“Kalo saya ada RM1 Juta, saya akan….”

Edisi Khas Buat Rakan Pembaca Di blog Ini.. :)

Assalammualaikum wbt,

Saya teringat frasa diatas yang selalu kita perkatakan semasa zaman sekolah dahulu. Sama ada dalam karangan berbentuk cerita atau juga perbualan kumpulan.

Bagi subjek penulisan karangan sekolah, karangan berbentuk peneritaan antara jenis karangan yang disukai pelajar dan pada pendapat saya sangat baik kerana memupuk dan membina idea kreatif seorang pelajar dalam menghuraikan suasana dan matlamat  yang diingini dalam bentuk penceritaan.

Antara 3 jawapan top yang saya berikan dahul apabila disoal perkara ini:

1.Pergi menunaikan Haji dan Umrah bersama keluarga…

2. Memiliki rumah bunglo besar….

3. Kereta besar dan mewah….

dan lain-lain..

Saya pasti rakan-rakan lain juga mempunyai jawapan yang sama dengan saya terutama point no 2 dan no 3. Kan? Kan? Kan? hehe…

Masa terus berlalu, dan wang RM1 juta masih menjadi impian..hehe…

Namun sekiranya saya ditanya pada hari ini apakah yang bakal anda lakukan jika mempunyai wang RM1 juta, maka ini jawapan saya hari ini..

Saya akan mencari sumber pelaburan yang boleh menjana wang RM1 juta saya menjadi berganda dan berjuta-juta..Kemudian impian saya diatas akan dilaksanakan..Cantikkan begitu.? hehe..  :)

Perubahan masa, ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ditempuhi oleh seseorang, merubah persepsi atau pemikiran kita. Pemikiran zaman sekolah dan zaman bekerja sudah berlainan. Jika dulu jawapan adalah untuk menghabiskan wang RM1 juta tersebut, namun kini jawapan lebih kearah menggandakan wang RM1 juta tersebut.

Lanjutan kepada idea investment atau pelaburan ini, saya ada kongsikan peluang pelaburan dalam page side income diatas. Rakan-rakan boleh baca detail tersebut disana. Jadi disini saya buat penambahan, jika saya ada RM1 juta, saya akan laburkan kepada saham VGMC.

Mengapa dan bagaimana?

Saya perincikan bagaimana dengan wang RM1 juta mampu menjana kembali RM1.2 juta dalam masa 1 tahun!.

Sebaimana saya maklumkan ada 3 cara untuk jana pendapatan apabila melabur di VGMC. Saya terangkan 2 cara yang mudah, iaitu pertama 10% dividen setiap bulan dalam bentuk gold dan kedua trading gold dalam VGMC.

Apabila saya ada RM1 juta, saya mampu membeli sebanyak lebih kurang 200 lot saham atau bersamaan 200,000unit saham.

Maka bonus bulanan saya 200 lot x 10% = 20.0 oz gold.

Katakan harga emas semasa dunia bermain pada harga USD1700.00 per oz. Maka 20oz dividen saya bersamaan USD34,000.00 = RM102,000 sebulan!

Dividen dibayar setiap bulan sebayak 10% gold, maka setahun bersamaan 120%.

Dalam masa setahun saya sudah mendapat balik pulangan modal sebanyak RM1.22 Juta. Bestkan?

Itu baru dari satu bonus sahaja. Keduanya kita boleh gandakan pendapatan melalui trading gold setiap hari. Saya tunjukkan bukti salah seorang shareholder VGMC yang melabur RM1 juta @ 200 lot saham. Lihat hasil trading gold beliau..

Ini adalah rekod trading gold beliau yang mempunyai 200 lot saham bersamaan hampir RM1 juta. Boleh lihat sendiri di blog beliau ini. (Klik Disini)

Berdasarkan rekod beliau yang mempunyai 200 lot saham, satu hari kasar untung trading adalah USD2,000 dan andaikan dalam tempoh sebulan, keuntungan trading boleh mencecah USD20,000 (min) atau bersamaan RM60,000.

Total kasar 10% dividen + untung trading = RM160,000 sebulan.

Memang masyuk bila ada RM1 juta nie.. hehe…

Namun ini adalah angan-angan buat masa ini. InsyaAllah ada rezeki bakal bergelar jutawan jua satu hari nanti.. :)

Remark: Buat rakan-rakan yang mempunyai dana simpanan berlebihan, ini adalah salah satu peluang untuk anda gandakan wang anda tersebut.

Ingin tahu bagaimana, boleh terus hubungi no telefon saya atau boleh baca di halaman side income diatas untuk keterangan lanjut berkenaan pelaburan VMGC ini.

Akhir kata, berimpian tidak salah, namun jangan hanya tinggal impian, perlu bergerak untuk mengejar impian kita tersebut. InsyaAllah suatu hari nanti pasti akan dikecapi.

Sekian terima kasih.

Bertukar alamat website…

Assalamualaikum wbt dan salam tahun baru 2012..

Alhamdulillah segala puji bagiNya yang memberi rahmat dan kasih sayang kepada kita untuk terus hidup dimuka bumi Allah ini.

Selawat dan salam atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..

2011 telah pergi meninggalkan kita dan kini kita berada pada tahun 2012.

Semalam adalah sejarah, hari ini kita melukir sejarah dan esok tiada siapa tahu.

Hari ini buat pertama kalinya saya ingin melukir sejarah apabila ingin memaklumkan bahawa blog saya ini http://wakseman.wordpress.com ini secara rasminya akan bertukar kepada blog saya yang baru setelah 2 tahun lebih bertapak dalam dunia blogger.

Rakan-rakn tidak perlu bimbang kerana semua informasi dalam blog wakseman ini telah di pindahkan kedalam blog saya yang baru.

Mengapa saya mengubah alamat blog saya ini?

1. Pertamanya nama blog ini sangat unik dan mungkin boleh menjadi kekeliruan atau kesukaran rakan-rakan untuk mengingat nama blog saya.

2. Orang mungkin salah faham nama pemilik blog ini adalah orang jawa atau indonesia kerana nama wakseman itu sendiri. Padalah penulis blog ini adalah rakyat Malaysia Melayu. hehe…

3. Saya ingin menjenamakan blog saya sendiri, walaupun ianya tidak seberapa kandungannya. :)

Alamat blog terkini:

Mulai 2012, insyaAllah saya akan memulakan aktiviti berblogger di alamat blog saya yang baru iaitu http://hafizulhalim.wordpress.com

Jangan segan-segan untuk singgah di blog saya ini.. :)

Adios~

11.11.11 sangat bermakna….

Assalamualaikum wbt semua…

Hari sudah 13.11.11…

Tarikh 11.11.11 dah berlalu 2 hari lepas.. hehe..

Sudah pasti ramai yang menjadikan tarikh yang sangat cantik tersebut sebagai detik-detik yang manis dalam hidup seperti majlis pertunangan, pernikahan, dan lain-lain lagi.. :)

Dan setiap orang ada reason tersendiri memilih tarikh tersebut..

Tahun ini sangat istimewa bagi saya pada tarikh tersebut kerana…

1. 11.11.11 jatuh pada hari Jumaat (Penghulu segala hari)

2. 11.11.11 menandakan sudah genap 1 tahun saya bekerja.. :) hehe..

Itu sahaja yang istimewa mahu dikongsikan bersama disini..

Apa detik manis yang berlaku pada anda pada tarikh tersebut??

Boleh sharekan disini.. :)

..Salam Aidilfitri..

Alhamdulillah….

Telah genap sebulan berpuasa.. Kini telah tiba hari raya…

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan saya dan tidak lupa juga kepada pembaca di blog ini..

“Maaf sudah lama tidak update disebabkan laptop saya hilang apabila rumah sewa dipecah masuk beberapa bulan lalu..”

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi komen di blog ini.. :)

Akhir kata Selamat Hari Raya.. Jemput datang rumah.. :)

Life is What You Give

Kita tidak pernah terfikir dan berfikir tentang hal ini…

Saya juga tidak terfikir sehingga pada hari selasa (17hb May 2011) yang lalu saya mendengarnya dalam slot motivasi pagi di radio IKIM.FM..

Isunya simple sahaja..

“Life is what you give..”

Inilah kehidupan…

Saya tertarik satu contoh peristiwa yang berlaku kepada ustaz tersebut dimana satu hari ketika beliau belajar di Arab, gurunya meminta wang kertas 1 dinar dan kemudian menconteng duit tersebut dan sign diatasnya.

Kemudian gurunya meminta beliau membelanjakan duit tersebut pada hari  itu  juga. Apabila duit tersebut kembali semula ke tangan ustaz barulah beliau diminta menghubungi gurunya semula untuk mendapatkan sebab atas tindakan gurunya itu.

Maka ustaz membelanjakan duit itu dengan membeli anggur disebuah kedai dalam kuantiti yang banyak. Maka duit yang berconteng dilipat cantik dan dibayar bersama duit lain. Ustaz kemudian menunggu sehingga berminggu minggu, bilakah tuan kedai tersebut akan memulangkan duit yang telah diconteng kepadanya.

Disebabkan sudah terlalu lama, maka ustaz terlupa akan duit yang diconteng itu. Setelah hampir dua bulan, pada satu hari ketika ustaz menaiki sebuah teksi, disebabkan tiada duit kecil, maka ustaz membayar tambang sebanyak 5dinar. Pemandu teksi memulangkan baki wang dan tanpa melihat jumlah baki, ustaz terus masukkan duit ke dalam poketnya.

Sampai dirumah, apabila diperiksa duit dalam koceknya alangkah terkejutnya beliau apabila wang yang pernah diconteng oleh gurunya 2 bulan lepas kini kembali semula ke tangan beliau. Lantas ustaz segera telifon gurunya menyatakan hal tersebut.. Dan akhirnya…

Pengajaran yang mahu diberikan adalah “Life is What U give..”

Jika kita memberikan manfaat kepada masyarakat, kita akan dapat manfaat bersama. Namun jika kita beri mudarat kepada masyarakat, lambat laun kita akan terkena semula..

Ibarat pepatah menyebut..

“Hidup ibarat roda yang sentiasa berputar, adakala kita diatas dan adakala kita dibawah..”

Maka sama-sama kita fikirkan… :)

Akhir kata…

“Hiduplah untuk memberi sebanyak–banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyakknya..” Frasa dalam movie laskar pelangi..hehe

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers