Motivasi: Perbaiki sikap buruk..

Malas tu sikap negatif atau penyakit ya??

Sukar bangun tidur tu sejenis penyakit ker??

Pemarah penyakit atau sikap ya??

Tidak fokus dalam kelas sikap atau penyakit ya??

Tiba-tiba semua persoalan ini bermain di fikiran saya.. Walaupun kepenatan baru balik dari New York Hotel, Johor Bahru masih terasa. Actually kami ada Dinner Course Kejuruteraan Kimia malam tadi.. Boleh tahan juga makanan malam nie..mana taknya kami bayar RM35 untuk dinner ini..tentulah makan kena bagi berbaloi betul tak? hehe..

Kembali pada topik kita, apakah beza antara penyakit dan sikap..Tiba2 semua persoalan ini timbul ketika badan hendak berlabuh atas kamar tidurku untuk berehat..Pada mulanya malas untuk menaip artikel ini.. Kemudian saya berfikir semula, malas tu penyakit atau sikap?? Jika penyakit perlu makan ubat la kan..Kejap lagi pasti penyakit malas tu hilang..tetapi ada ke ubat untuk menghilangkan penyakit malas nie?? Jika malas ini bukan penyakit, maka adakah ianya sikap yang buruk?? Apa jawapan anda untuk persoalan ini..

Saya tertarik untuk bangun menulis kerana produk mindatif plus yang saya jual ini membantu untuk atasi sikap malas, tidak fokus dalam kelas, atau sikap panas baran. Opss..Kejap! Kesemua tu sikap ker atau penyakit ya???

Siapa setuju mengatakan bahawa malas belajar, sukar fokus dalam kelas, sukar bangun tidur, atau panas baran bukanlah penyakit TETAPI sikap negatif dalam minda?? Angkat tangan..

Ada juga orang kata malas tu penyakit tau.. Konfius2..

Tidak kiralah sama ada malas, panas baran, sukar fokus dalam kelas dan sebagainya itu penyakit atau sikap, apa yang lebih penting disini adakah perkara ini bagus?? Adakah bersifat pemarah ini bagus?? Adakah bersikap panas baran dan malas belajar itu bagus??

Tidak bukan.. Malah ianya boleh di kategorikan sebagai sifat yang buruk dan hendaklah diperbaiki.

Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik dna paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.

Semoga kita dijauhi dan tidak tergolong dalam golongan tersebut. Bagaimankah kita hendak mengatasi sikap beruk tersebut?? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Oleh: Albaruhiyy

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.
Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

Antara doa Nabi juga :
اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد

Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.

Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :

يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.

Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

Ketiga : Carilah ilmu
Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :

أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.

Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibadat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.

Perlukan perubahan..

Penyakit atau sikap seperti malas, panas baran, sukar fokus dalam kelas, sukar bangun tidur bukanlah penyakit yang kekal dan tidak boleh diatasi. Ianya boleh diatasi apabila mindset dan akal dapat berfikir dengan waras serta membuat keputusan yang bijak mengikut situasi.

Supliment atau makanan tambahan mindatif plus ini pula bertujuan untuk mencukupkan mineral dalam badan. Salah satu mineral yang penting adalah kalium fosfat. Kalium fostat ini akan membina sel-sel neuron otak yang kuat supaya dapat membantu meningkatkan daya ingatan, kepekaan, meningkatkan kecerdasan fikiran dan menguatkan hafalan.

Apabila mineral penting untuk otak ini mencukupi secara tidak langsung daya pemikiran dan daya tumpuan akan bertambah baik kesan dari kecukupan mineral dalam badan.

Samalah seperti anggota badan yang lain, sekiranya kita tidak cukup zat makanan dan vitamin, badan akan susut atau kerus dan tidak bermaya. Sebaliknya mereka yang mengambil makanan gizi yang seimbang, mereka sentiasa dalam keadaan baik dan sihat.

Kesimpulan..

Sikap panas baran, malas, mudah mengantuk dan lain2 lagi bukan bersifat kekal. Ianya berubah mengikut situasi, daya tahan dan mineral badan seseorang. Mindatif plus merupakan suppliment atau makanan tambahan yang difrmulakan kursus untuk mencukupkan mineral yang diperlukan oleh badan. Dan hasil penggunaan produk ini, alhamdulillah menunjukkan perubahan dari segi sikap terhadap pengguna produk ini dengan izin ALLAH SWT.

Pengambilan produk ini adalah ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut. Semua yang baik datang dari ALLAH  dan perkara yang buruk mohon dijauhi dari kita.

Matapun dah mengantuk, akhir kata terima kasih kerana membaca artikel ini..=)

MindatifPLUS (MP)~

About these ads

3 responses to this post.

  1. bagus ler sy ske pew semua nasihat kat atas 2

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: