Minda 1: Rahsia Kehebatan Otak Manusia..

(Otak aset paling berharga..)

Pagi tadi saya berkesempatan membaca intro buku rahsia minda hebat..Beberapa hari ini tidak sempat untuk membukanya. Sibuk dengan tugasan dan lain-lain perkara. Kebetulan pagi tadi dalam pukul 8.30 pagi perlu keluar sebentar untuk kira kereta dikawasan industri taman universiti skudai untuk satu projek non-point source. Sambil mengira kereta lalu lalang, tu sempat la buka buku ini..=) (Gambar diatas hanya hiasan sahaja..hehe..)

Wow!! Banyak fakta menarik yang tidak diketahui ada dalam buku ini.. Menarik.. Atas sebab itu saya tertarik untuk kongsikan beberapa fakta dalam buku ini dengan sahabat sekalian..

Kemampuan otak..

Allah SWT memberi kemampuan manusia berfikir tanpa bergantung kepada saiz atau berat fizikal sebenar. Sebaliknya ia bergantung kepada struktur sel-sel saraf neuron yang terkandung di dalam otak..

Beberapa hari lepas saya ada terbaca berita menyatakan pengkaji berjaya menemui tengkorak manusia yang mana otak manusia tersebut dikatakan paling besar di dunia berdasarkan saiz tengkorak tersebut..Namun fakta menunjukkan saiz otak tidak memainkan perananan dalam menentukan kemampuan manusia berfikir..he..

Tahukan kita bahawa:

Orang yang jarang-jarang berfikir atau memerah otaknya untuk berfikir mempunyai paling minimum 10 bilion sel. Setiap sel berhubung antara satu sama lain. Orang yang rajin dan kuat berfikir mempunyai hingga 1 trilion sel dalam kapasiti saiz otak yang sama.

“Semakin kerap atau semakin kuat kita berfikir, semakin banyak sel yang terbentuk.”

***

Ramai yang dilahirkan bukan genius..

Perkataan genius sinonim digunakan oleh masyarakat kita untuk menggambarkan seseorang itu bijak pandai. Memang tidak dinafikan ada ibu bapa yang bertuah melahirkan anak yang cerdik seperti adi putra, pakar matematik. Bukan semua ibubapa bertuah melahirkan anak yang terus genius. Namun ramai yang berjaya dalam bidang profesianal masing-masing walaupun bukan bergelar genius.

Kita sering kali mendengar ayat seperti ini,

“Bertuanhya cik siti tu..anak2nya semua pandai2 belaka..Semua berjawatan tinggi..”

“Pandainya anak kamu dapat masuk univesiti..anak aku nie tak pandai sangat..SPM cukup2 makan je..”

Ramai yang tidak menyelidik atau mencari sebab mengapa anak si A berjaya dan mengapa anak si B kurang berjaya.. Terdapat beberapa faktor seseorang berjaya.. Salah satunya ialah tahap kemampuan otak kita berfikir..

Pernah tak kita bandingkan atau bertanya anak si A dan si B, berapa banyak set soalan atau latihan yang pernah dibuat sebelum peperiksaaan? Berapa kalikan mereka membuat ulang kaji sebelum peperiksaan? Saya pasti akan ada beza dan kontra yang jauh antara kedua2 pelajar terbabit.

Apabila otak telah dilatih berfikir perkara yang sama berulang kali, insyaALLAH tiada masalah untuk otak mengingat semua fakta yang pernah dibaca. Sementara otak yang hanya dilatih membaca hanya sekali dua sahaja, itu pun telah lama dahulu..Saya pasti sukar untuk mengingat semula apa yang telah dibaca. Saya pun pernah menghadapi perkara ini berulang kali..=)

Kepada adik2 yang ingin mengambil UPSR/PMR/SPM tahun ini, kena banyak buat latihan bermula dari sekarang..Jangan tunggu last minute, bila tinggal 1 dua bulan baru nak baca semua dari awal..Jangan buat macam tu.. Mula latihan dari sekarang, sikit2 lama2 banyakla fakta yang boleh kita ingat insyaAllah..=)

Jimmy Netron??

(Karton popular di tayangkan di TV9..)

Pernah tak kawan-kawan tonton rancangan karton jimmy neutron nie?? Ini salah satu rancangan karton saya tonton..hehe.. Buat sesiapa yang tidak pernah tengok karton ini, cuba tengok sekali di tv9..Bukan nak promote tentang karton nie..hehe.. Ada pengajaran yang boleh diambil dari karton ini..

Tahu tak watak jimmy di gambarkan mempunyai kepala yang besar kerana otaknya yang pitar mencipta perkara baru.. Walaupun ciptaannya memang tidak logik, tapi pengajaran yang perlu kita ambil..hehe..

Setiap kali mencipta sesuatu alat, pasti akan ada masalah yang akan timbul.. Dan akhirnya jimmy juga yang selesaikan.. Setiap kali ingin selesaikan masalah, dia akan berkata..versi melayu ea..”berfikir..berfikir..berfikir..” sambil effect di tunjukkan berlaku dalam otaknya yang menandakan dia sedang berfikir..

Begitu jugalah sebenarnya realiti otak kita..=) Apabila kita paksa otak berfikir, dan akhirnya kita berjaya fikir sesuatu yang sebelum ni susah nak fikir.. Biasanya kita akan gunakan kaedah jimmy ini apabila berada di dewan pepriksaaan. betul tak?? hehe.. Biasanya bila penjaga dewan maklumkan masa tinggal 15 minit or 10 minit lagi, masu tu idea tiba-tiba datang untuk menjawap soalan yang sukar yang tidak kita tahu..Betul kan?? Saya biasa juga berlaku macam nie..hehe.. Biasa la, bila dah terlampau banyak perkara yang nak diingat + gemuruh lagi dalam dewan + pressure lagi, otak tidak dapat berfikir secara kritis. Ada something blok otak kita time tu..huhu.. Namun apabila dipaksa otak berfikir disebabkan yang tinggal beberapa minit lagi, kita tidak sangksoalan tersebut dapat dijawab juga akhirnya..

Dari situasi sebegini, otak kita akan berjaya berfikir apabila dipaksa oleh kita sendiri..=) Jika kita set otak kita untuk tidak berfikir, malas berfikir, then otak kita akan ikut tidak befikir la..

Tingkatkan kemampuan otak..

Sebenarnya kemampuan otak boleh di tingkatkan dengan melakukan beberapa perkara seperti:

1. Membaca lebih banyak buku2 ilmiah yang berbentuk fakta. Ya..buku ilmiah berbentuk fakta! Bukan komik, majalah gosip dll yang kurang berfaedah.. Lebih banyak fakta atau input yang diterima otak, lebih banyak input yang mampu disimpan..

2. Mengeluarkan semula fakta2 yang telah dihafal atau diingat menerusi perbincangan, menjawab soalan peperiksaan. Dengan cara ini, kita akan membantu otak untuk mencari dimana fail data yang telah dibaca sebelum ini dan secara tidak langsung meningkatkan kemampuan otak berfikir.

3. Sentiasa melatih otak untuk mencuba perkara yang baru. Dalam kata lain cabar kemampuan otak anda. Banyak melatih otak berfikir apabila melihat sesuatu perkara. Berfikir baik buruk sesuatu yang kita lihat..

4. Otak memerlukan tenaga dan rehat yang cukup seperti badan kita juga..=) Cara merehatkan otak adalah seperti berkelah atau bersia-siar di taman, bersukan, tidur yang cukup, membaca al-Quran dan solat sunat.

5. Mengamalkan produk Mindatif Plus..=)

Fakta Mindatif Plus..

Tahukan anda bahawa kalium fosfat yang terkandung dalam mindatif plus membantu untuk membina sel-sel neuron dalam otak..=) Kelebihan kalium fosfat ini, ia membantu untuk menguatkan ingatan, kepekaan, meningkatkan kecerdasan fikiran dan menguatkan hafalan..insyaALLAH..

Dengan mengamalkan Mindatif Plus, insyaAllah ia dapat membantu merangsanag dan meningkatkan kemampuan otak untuk berfikir..

Penutup..

Otak yang tidak dirangsang atau diarahkan berfikir, lama-kelamaan akan berkarat. Otak perlu dirangsang untuk berfikir setiap masa. Lebih banyak kita berfikir, lebih tinggi kemampuan otak kita berfikir. Berfikir tidak semestinya memikirkan hal-hal dunia sahaja..Sebagai seorang muslim, perlu seimbangkan juga dengan perkara akhirat.. Melatih memikirkan kehebatan kekuasaan ciptaan Allah SWT merupakan salah satu cara tingkatkan kemampuan otak berfikir..

InsyaALLAH, setiap hari rabu saya akan keluarkan satu artikel baru berkaitan minda hebat..InsyaAllah minggu depan saya akan bawakan tips merangsang otak dengan persekitaran dan banyak lagi..Dengan info2 ini, kita dapat menambah ilmu yang bermanfaat dan yang paling penting dapat menambah keimanan dan mendekatkan diri kita dengan pencipta kita ALLAH SWT..

Saya akhiri post kali ini dengan fakta berikut:

” Otak orang biasa mampu memiliki sekurang-kurangnya 120 jenis kemahiran. Berapa jenis kemahiran yang telah kita miliki??” Pikir2kan..

MindatifPLUS (MP)~

About these ads

12 responses to this post.

  1. Posted by demok on March 10, 2011 at 4:33 PM

    bnyak faedh dpat dri artkle..
    tme qaseh ats prkongsian..

    Reply

  2. Posted by nick on February 27, 2011 at 8:24 PM

    assalamualaikum..orang yahudi banyak menggunakan cara yang diamalkan oleh rasulullah dalam pemakanan mereka,sebab tu orang yahudi nie otak mereka bijak…kalau tak bijak camne bill gates boleh wt sistem codding yang memang kompleks tu..kan?..orang islam men makan jew..walaupun halal tp kena kaji jgk kesan makanan 2 kt tubuh dan otak kiter..

    Reply

  3. Posted by SITI SULIZAH SAMAT on February 9, 2011 at 9:29 PM

    otak yang cerdas datang dari badan yg cergas.

    Reply

  4. Cara Pintar Belajar, Belajar mendadak menjelang ujian memang tidak efektif. Paling nggak sebulan sebelum ulangan adalah masa ideal buat mengulang pelajaran. Materi yang banyak bukan masalah.Ada sepuluh cara pintar supaya waktu belajar kita menjadi efektif.

    1. Belajar itu memahami bukan sekedar menghapal Yap, fungsi utama kenapa kita harus belajar adalah memahami hal-hal baru. Kita boleh hapal 100% semua detail pelajaran, tapi yang lebih penting adalah apakah kita sudah mengerti betul dengan semua materi yang dihapal itu. Jadi sebelum menghapal, selalu usahakan untuk memahami dulu garis besar materi pelajaran.

    2. Membaca adalah kunci belajarSupaya kita bisa paham, minimal bacalah materi baru dua kali dalam sehari, yakni sebelum dan sesudah materi itu diterangkan oleh guru. Karena otak sudah mengolah materi tersebut sebanyak tiga kali jadi bisa dijamin bakal tersimpan cukup lama di otak kita.

    3. Mencatat pokok-pokok pelajaranTinggalkan catatan pelajaran yang panjang. Ambil intisari atau kesimpulan dari setiap pelajaran yang sudah dibaca ulang. Kata-kata kunci inilah yang nanti berguna waktu kita mengulang pelajaran selama ujian.

    4. Hapalkan kata-kata kunciKadang, mau tidak mau kita harus menghapal materi pelajaran yang lumayan banyak. Sebenarnya ini bisa disiasati. Buatlah kata-kata kunci dari setiap hapalan, supaya mudah diingat pada saat otak kita memanggilnya. Misal, kata kunci untuk nama-nama warna pelangi adalah MEJIKUHIBINIU, artinya merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu.

    5. Pilih waktu belajar yang tepatWaktu belajar yang paling enak adalah pada saaat badan kita masih segar. Memang tidak semua orang punya waktu belajar enak yang sama lo. Tapi biasanya, pagi hari adalah waktu yang tepat untuk berkonsentrasi penuh. Gunakan saat ini untuk mengolah materi-materi baru. Sisa-sisa energi bisa digunakan untuk mengulang pelajaran dan mengerjakan pekerjaan rumah.

    6. Bangun suasana belajar yang nyamanBanyak hal yang bisa buat suasana belajar menjadi nyaman. Kita bisa pilih lagu yang sesuai dengan mood kita. Tempat belajar juga bisa kita sesuaikan. Kalau sedang bosan di kamar bisa di teras atau di perpustakaan. Kuncinya jangan sampai aktivitas belajar kita mengganggu dan terganggu oleh pihak lain.

    7. Bentuk Kelompok BelajarKalau lagi bosan belajar sendiri, bisa belajar bareng dengan teman. Tidak usah banyak-banyak karena tidak bakal efektif, maksimal lima orang. Buat pembagian materi untuk dipelajari masing-masing orang. Kemudian setiap orang secara bergilir menerangkan materi yang dikuasainya itu ke seluruh anggota lainnya. Suasana belajar seperti ini biasanya seru dan kita dijamin bakalan susah untuk mengantuk.

    8. Latih sendiri kemampuan kita. Sebenarnya kita bisa melatih sendiri kemampuan otak kita. Pada setiap akhir bab pelajaran, biasanya selalu diberikan soal-soal latihan. Tanpa perlu menunggu instruksi dari guru, coba jawab semua pertanyaan tersebut dan periksa sejauh mana kemampuan kita. Kalau materi jawaban tidak ada di buku, cobalah tanya ke guru.

    9. Kembangkan materi yang sudah dipelajariKalau kita sudah mengulang materi dan menjawab semua soal latihan, jangan langsung tutup buku. Cobalah kita berpikir kritis ala ilmuwan. Buatlah beberapa pertanyaan yang belum disertakan dalam soal latihan. Minta tolong guru untuk menjawabnya. Kalau belum puas, cari jawabannya pada buku referensi lain atau internet. Cara ini mengajak kita untuk selalu berpikir ke depan dan kritis.

    10. Sediakan waktu untuk istirahatBelajar boleh kencang, tapi jangan lupa untuk istirahat. Kalau di kelas, setiap jeda pelajaran gunakan untuk melemaskan badan dan pikiran. Setiap 30-45 menit waktu belajar kita di rumah selalu selingi dengan istirahat. Kalau pikiran sudah suntuk, percuma saja memaksakan diri. Setelah istirahat, badan menjadi segar dan otak pun siap menerima materi baru.

    Satu lagi, tujuan dari ulangan dan ujian adalah mengukur sejauh mana kemampuan kita untuk memahami materi pelajaran di sekolah. Selain menjawab soal-soal latihan, ada cara lain untuk mengetes apakah kita sudah paham suatu materi atau belum.

    Coba kita jelaskan dengan kata-kata sendiri setiap materi yang sudah dipelajari. Kalau kita bisa menerangkan dengan jelas dan teratur – tak perlu detail – berarti kita sudah paham.
    Baca Lengkap……

    Reply

    • Terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu ini. Sangat bermanfaat untuk pembaca disini.. Sekiranya ada info yang menarik mohon email kepada saya, boleh saya postkan dalam blog saya ini. :)

      Reply

      • Posted by sri on December 25, 2010 at 7:12 PM

        otak anugerah x ternilai..sume pun tau tapi nak memahami kemampuan otak tu la paling sukar kalau tak dicari..

        Reply

        • Betul tu sri.. Kajian menyatakan semakin banyak kita menggunakan otak untuk berfikir, semakin banyak sel-sel neuron baru terbentuk.. Masalahnya kita malas nak berfikir..hehehe…

          Reply

  5. Posted by g roul on April 27, 2010 at 12:52 AM

    askm .nak tanya .mcm mana mendalami otak dan hati. Supaya berchaya. . N ada amalan kah yg bagus K tq doa

    Reply

    • Posted by fyzul on April 27, 2010 at 1:31 PM

      salam,
      Hidayah @ cahaya milik Allah.. Banyak amalan yang boleh diamalkan..amar makruf nahi mugkar..insyaALLAh selagi kita berpegang pada Al QURAN dan sunnah Rasulullah, hidup akan diberkati.. Untuk mendalami hati kita, perlu belajar dari guru yang arif..=)

      Reply

  6. betol, betol, betol….

    Reply

  7. Posted by fazlina on March 18, 2010 at 10:52 AM

    otak yang tak berfikir buat bertambah karatt….
    so, pk2 kan laa….:))

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: