Siri 3: Teknik Mendidik Anak Cepat Pandai..

(Pupuk minat membaca anak2 seawal mungkin..)

Buat pembaca blog saya, saya mohon maaf kerana minggu ini tidak sempat untuk membawa artikel minda hebat siri ke-2 minggu ini kerana terlalu sibuk dengan tugasan di minggu2 akhir kuliah di UTM..

InsyaALLAH saya akan update blog saya pada minggu2 akan datang..

Pada hari jumaat yang baik ini, alhamdulillah saya terjumpa artikel dari berita harian teknik untuk mendidik minda anak2 supaya menjadi pintar yang telah di terbitkan pada tahun 2008..

Saya rasa perlu untuk saya letakan di blog saya supaya akan datang, saya boleh membaca semula tips ini untuk diaplikasikan setelah berumah tangga..hehe..Tapi tips ini bukan hanya sesuai untuk ibu bapa, remaja2 pun boleh membaca dan mempraktikkan kepada adik2 mereka teknik ini supaya adik2 mereka pandai..insyaAllah..:)

Teknik ini di ambil dari Jepun, “SHICIDA METHODS “.

Menurut penulis artikel ini, kaedah ini boleh nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising .

Berikut info tambahan yang turut di peroleh dari akbar berita harian. Semoga tips ini sama2 dapat diamalkan dan berjaya melahirkan lebih ramai cerdik pandai rohani dan jasmani.

***

INFO: Tip untuk ibu bapa

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

1) Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Sumber: Berita Harian 28/12/2008 dan Berita Harian 21/03/2010 oleh hazirah che sab

***

Rahsia Mindatif Plus: Mindatif plusjuga  mengandungi unsur2 kismis, kurma dan madu. Sesuai dengan sunnah Nabi SAW. :)

Kepada ibu bapa yang telah mencuba kaedah diatas dan dapati anak2 tuan puan menghadapi masalah lambat pikap atau lambat paham, insyaALLAH boleh mencuba produk mindatif plus.

Produk mindatif plus, alhamdulillah dengan izin Allah telah terbukti membantu ibu bapa yang hadapi masalah anak sukar belajar, anak lambat belajar dan sebagainya. Boleh rujuk testimoni pengguna dalam blog ini. Jesteru, bagi ibu bapa yang belum mencuba produk ini, apa salahnya mencuba produk ini pula..:) tQ..

MindatifPLUS (MP)~

Didik Anak Cara Jepun

Posted on the December 29th, 2008 under Tempatan, Tips by admin

//

SHICIDA METHODS JADIKAN ANAK PANDAI

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising .

About these ads

37 responses to this post.

  1. Posted by shahirah on February 4, 2014 at 9:34 AM

    Assalamualaikum…saya shahirah …..
    Anak saya umur 5 tahun.Sudah bersekolah di tadika.
    Masalah saya ialah anak saya susah mengingat apa yang di ajar spt abc…walaupun hanya mengulang abjad a hingga c sahaja..Mula2 tu bolehla saya sabar , kalau dah byk kali mengulang benda y sama tak juga ingat …saya jadi marah, menengking dan memukul dgan kertas …Saya tahu sikap saya salah…Bantulah saya

    Reply

  2. Anak lelaki saya dah 2 tahun 7 bulan… masih belum bercakap. sehingga ke hari ni saya masih mengikuti terapi di hospital.. perkataan mudah sepeti fish, car, yellow bahasa inggeris dan perkataan yang mudah ja yang boleh dia ikut… saya menghantar dia ke taska awal tahun ni. 2 hari lepas cikgunya menghubungi saya supaya anak saya bercuti kerana 2 hari ni dia aktif… saya sbagai ibu sangat susah hati dengan perkembanggan ini…

    Reply

    • Salam kak norfazila…

      Saya sebenarnya belum layak nak bg pendapat sebab masih bujang..heee

      Tapi saya ada bertanya rakan saya berkenaan situasi begitu..

      Jawapan dia, itu perkara biasa bagi kanak2.. Biasanya yang cepat berjalan akan lambat bercakap sikit..dan sebaliknya..

      masih terlalu awal untuk akk risau kerana usia anak akak baru 2 tahun lebih.. Jika sudah 5 tahun baru boleh risau lebih saya rasa..

      Saya doakan anak akk membesar menjadi anak yg soleh solehah.. :)

      harap jawapan saya dapat mengurangkan kerisauan akak..

      Reply

  3. Posted by junaidah on May 11, 2013 at 11:44 AM

    askum,nm akak jue.nk mintak petua atau cara untuk mengatasi masaalah ank akak ni,’umur ank akak 7thn/masaalahnye dia terlalu lambat menulis,tp klau baca bolah di katakan agak lancar,ade tak cara atau ape yang boleh akak buat untuk membantu dia?sbb setiap kali kerja di papan hitam sll je tak siap,sampai cikgu pn ssh nk ckp,untuk pengetahuan, anak akak ni duduk di dlm klass ke 2 yg pndai dr 5 klass.cikgu ckp dia bukan x pandai tp cuma lambat menulis.

    Reply

  4. Posted by Pn aisyah on April 9, 2013 at 9:54 PM

    Salam sy nak mntk pndpt mengenai anak pompuan sy berumur 7thn..dya pndai membaca suku kata yg pendek jak tp bila msuk suku kata pnjg agak susah dan mudah lupa..risau dgn pencapaian dya dh msuk bln 5 ni tp lum lancar lg..yg abg skrg dh 9thn tp abg ni tk susah nak ajar senang sja masa darjah 1 sehingga blh jd student cemerlang hgga skrg..tula yg merisaukan sy sampai kan hr2 suru anak pompuan sy study baca tk rht kecuali tido makan..sy sendiri susah nak ke mana2 risau kan dya..bli buku utk dya,vitamin la,kismis,doa tk pernah lupa tlg bantu sy lgpn exam tk lma lg

    Reply

    • Salam Kak Aishah..

      Tahniah dikuarniakan dua orang cahaya mata, permata yang menyejukkan mata.. Cemburu melihat rakan2 yang telah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata..Saya sebenarnya tidak sesuai untuk memberikan khidmat nasihat sebab saya bujang dan tiada pengalaman lagi..

      Apa yang boleh saya bantu, berdasarkan situasi yang kak aishah hadapi ini, saya dapati ini kes normal untuk kebanyakkan kanak-kanak..

      Namun akak tidak perlu gusar kerana insyaAllah anak akak akan boleh catch-up apa yang dipelajari..

      Untuk lebih meyakinkan akak, bagaimana cara untuk berhadapan dengan situasi seperti ini, saya sarankan akak cuba dapatkan kuliah motivasi cara2 mendidik anak2 oleh pakar motivasi malaysia.

      Saya boleh cadangkan beberapa nama, yang pada saya cara dorg kupas sangat menarik dan membuka minda kita untuk berfikir positif. Contoh, akak boleh cari ceramah Prof. Muhaya Muhammad, Ustazah Hafizah, Dr Fadilah Kamsah..

      Tips sikit dari saya, cuba wujudkan situasi belajar bukan hanya di dalam rumah.. Ketika akak bawa anak2 keluar berjalan ditaman, akak boleh gunakan masa tersebut untuk mereka interaktive direct dengan object yang dia belajar. Seperti, jika nampak pokok bunga, boleh direct ajar itu bunga, macam mana eja bunga?? minta dia eja.. dan lain2…

      dengan cara itu, akan wujudkan situasi harmoni dan zero stress dalam minda anak2…

      Dan.. TIPS yang paling mahal saya dapat dari Ceramah Prof Dr Muhaya, dia kata jangan marah anak-anak kecil bila dia salah. Tapi beri pujian kepada mereka, kerana marah memberi input negative dan sukar dipositifkan. Tetapi jika kita masukkan nilai positif, insyaAllah ia akan memberi tenaga positif yang beri motivasi kepada anak2..

      Semoga jawapan saya bermanfaat untuk akak sekeluarga.. :)

      Sekian terima kasih..

      Reply

  5. Posted by nurra_ayumi on January 9, 2013 at 12:12 PM

    as salam,.sy ada 2org anak,yg sulung lelaki thnni 5thn,anak yg kedua perempuan 2thn 1bln,masalah sy,anak yang sulung ni ada masalah lambat bercakap,berbanding adiknya yang baru 2thn tp byk ayat dan tindak balas jawapan darinya.kami dah bawa anak sulung kami rujuk dr kanak2 sejak umur 1thn 9bln dan hadir kelas speech therapy sejak umur 3tahun,dr kata anak kami normal tiada masalah,apa yang buat kami risau,anak sulung kamini masih tidak boleh membalas soalan yang kami ajukan walhal soalan mudah seperti “abg dah makan?makan ape tadi?”dia masih tidak dapat menjawabnya,malahan dia cuma mengulang ayat sy..tp anak sulung sy ini amat bijak dlm membaca abc,123,alif ba ta,mengenal warna,mengenal bentuk,dan dia amat berminat jika belajar.dia juga pandai menulis abc cuma masih belum minat mewarna,ada tak tips atau panduan untuk masalah lambat bercakap,sy risau sebab tahun dpn anak sy yang sulung ini mula masuk 6thn,bagaimana bila dia bersekolah nnt,buat mase ni kami hantar anak sulung kami ke kelas khas setiap minggu untuk merangsang dia bercakap dan berkawan,.harap boleh beri pendapat dan bantuan,.terima kasih

    Reply

    • Assalamualaikum wbt Puan.

      Saya tidak arif tentang permasalahan ini. Saya cuba cari tips yang boleh membantu salah satunya:

      “Pada hemat saya, seseorang yang pendiam atau pemalu ini disebabkan oleh perubahan perasaan mereka di dalam interaksi ruang sosial yang menganggu perasaan selamat dalam diri mereka. Akibatnya mereka mengambil langkah untuk menghindari daripada situasi tersebut dengan mendiamkan diri atau statik.

      Tips ini boleh dipraktikkan secara teratur di rumah bersama anak-anak bagi mendapat impak yang berkesan.

      *1. Ajar anak anda bagaimana memulakan hubungan sosial dengan orang lain.* *2. Puji hasil kerja mereka dan pamerkan.* *3. Berkomunikasilah sebanyak yang mungkin bersama mereka”*

      Link dia: http://www.excelqhalif.com/2012/03/27/cara-mengatasi-anak-pendiam-dan-pemal/

      Pendapat saya akak boleh cuba terapi islam. Atau akak boleh amalkan beri air zam-zam atau air terapi al quran mudah2an membantu beri kekuatan dan keyakinan kepada anak akak.

      Saya doakan yang terbaik untuk anak akak. Diharap ia dapat membantu sedikit untuk akak.

      Reply

  6. Posted by aniza on December 5, 2012 at 5:41 PM

    Saya Seorang Ibu kepada 3 orang anak…masalah saya ialah saya suka menenking kepada anak2 saya ketika marah…selepas beberapa minit saya amat menyesal..dan meminta maaf kepada mereka. Disebabkan itu anak2 saya menjadi seorang kasar…dan suka menenking orang. Saya la pun punca anak2 menjadi macam ni.
    saya takut perkara ini akan berlarutan sampai ke dewasa.

    Lagi satu anak saya berumur 7 tahun terlalu aktif bermain dan tidak suka belajar.
    Bagaimana cara untuk mengatasinye.

    Reply

    • Salam Kak Aniza.. ALhamdulillah sudah ada 3 cahaya mata.. Sebenarnya saya tak sesuai untuk memberi komen berkaitan hal nie sebab tiada pengalaman mendidik anak lagi.

      Cuma apa yang boleh saya beri sedikit pendapat berdasarkan pengetahuan yang ada sedikit nie..

      Kita sering dengar pepatah, bapak borek anak rintik. Dan juga frasa ilmiah lahirnya seorang anak kedunia asalnya putih bersih, ibu bapa yang mencorak anak tersebut sama ada islam, kristian, majusi atau nasrani. Sesuai dengan 2 frasa ini, sebagimana yang kita ketahui kanak-kanak belajar secara TIDAK FORMAL melalui observation @ pemerhatian persekitaran termasuk cara ibu bapa berinteraksi dengan mereka.

      Mereka tidak mampu berfikir apa yang mereka buat itu betul atau salah kerana pada fikiran mereka ia adalah betul sebab orang dewasa cakap dengan cara yang sama.

      Untuk permasalahan akak, alhamdulillah sebab akak nampak kesan kepada anak2 akak bila interaksi akak dengan anak2 secara tersebut tidak memberi feedback positif.

      Maka apa yang boleh saya sarankan, akak ubah cara reaksi @ respond kearah yang positif. Sebagai contoh, situasi si abg berebut dengan si adik satu permainan dan bergaduh, bising + si adik menangis. Secara normal, kita akan rasa rimas dengan suasana tersebut dan biasanya apa yang dilakukan adalah marah si abg.

      Maka pendekatan lain kita kena cuba untuk atasi masalah ini kerana memarahi si abg dan memberikan pemainan kepada si adik hanya langkah sementara @ correction untuk situasi tersebut. Namun ia boleh berlaku esok, lusa dan hari2 yang lain.

      1. Apa yang boleh kita cuba, cakap secara sayang dengan si abg + ungkapkan kata2 yang baik kita kepada anak-anak + motivasikan si abg supaya sayang juga si adk dgn cara berkongsi permainan. Ajar si abg peluk dan cium si adk bila berlaku pergaduhan tanda minta maaf secara tidak langsung mengerat ikatan antara abg dan adk. Cara ini perlu dibuat secara konsisten dan ambil masa yang lama juga.

      2. Disamping boleh amalkan doa-doa pelembut hati dan dibacakan serta dihembuskan pada umbun anak2 ketika mereka baru tidur juga insyaAllah antara cara yang disarankan.

      3. Jika ank yg 7 tahun suka bermain dengan kawan2, cuba hadkan masa untuk bermain. Contohnya boleh keluar bermain waktu petang sahaja. Berikan buku latihan dan minta si ank buat, jika betul contohnya 80% betul belanjer aiskrim dll. Percent keputusan tu letak secara logik dengan tahap penguasaan anak agar dengan cara ini mereka boleh nampak ada peningkatan dalam apa yang dia belajar plus dapat aiskrim.

      4. Bawa riadah juga salah satu cara untuk eratkan ikatan disamping peluang untuk lihat @ nilai potensi anak2.

      Mungkin akak juga boleh cuba dapatkan buku2 yang berkaitan dan jika ada ilmu baru, boleh juga kongsikan disini bersama untuk penambahan ilmu rakan pembaca yang lain juga. :)

      Harap pendapat saya membantu akak dan saya doakan usaha akak mendidik anak2 dipermudahkan dan anak2 akak jadi anak soleh dan solehah insyaAllah. =)

      Reply

    • Posted by Aniza binti Dzulkifli Aniza on December 13, 2012 at 11:07 AM

      Assalammualaikum… terima kasih kerana membalas email akak…satu lagi akak nk tanya, anak akak sudah berusia 7 dan 8 tahun…untuk mengatasi masalak akak ni…sudah lewat ker kalo akak nk mengubah sikap dan kelakuan anak2 akak…

      ________________________________

      Reply

  7. Posted by izudin on November 14, 2012 at 7:29 PM

    saya harap agar selepas ini anak saya akan berjaya

    Reply

  8. Posted by Maizura on October 12, 2012 at 12:38 PM

    salam.. saya berminat ingin cuba Mindatif plus untuk anak2 saya. Anak yang sulung berumur 4 tahun tapi masih bercakap dgn pelat dan masih belum boleh mengenal perkataan dan number. Cikgu di sekolah kate anak saya yg paling lambat dan pendiam malah mudah lupa bila disuruh baca ape yg diajar. Harap dapat beri pandangan dan tips. Terima kasih..

    Reply

  9. Posted by kak diah on September 18, 2012 at 2:24 AM

    saya ada anak yang darjah 5 dan darjah 2 masaalah saya anak saya tidak berminat untuk membaca buku setiap kali saya suruh dia akan buat tak tahu sahaja bagaimana saya nak mengatasi masaalah ini

    Reply

  10. Posted by rabiatuladawiah on July 31, 2012 at 1:13 PM

    bagaimana cara utk mengajar anak menguasai matematik. 2 orang anak saya lemah matematik 7 tahun dan 10 th

    Reply

  11. salam…saya ader masalah ngan mendidik anak2..saya berumur 27 dan ank pertama 3 thn dan kedua 2 thn…anak2 saya memang lambat berckp…sehingga kini yy berumur 2 thn blum pandai bercakap…say pulak kalau anak2 x dengar ckp saya,saya memang mudah marah dan nak tengking…macam nak saya ubah perangai n mendidik ank2 supaya dengar ape yg saya ckp….

    Reply

    • Salam Kak Ina,

      Alhamdulillah akak dah mempunyai 2 cahaya mata.. Itulah rezeki yang sangat berharga..

      Saya sebenarnya tidak layak untuk memberi pandangan sebab saya masih belum berkahwin. :) Maka tiada pengalaman berhadapan dengan karenah anak-anak.

      Nanti ada orang cakap-cakap belakang, saya tak kawin lagi senang la cakap..hehee..

      Lumrah, ibu muda sangat garang dan cepat marah pada anak-anak. Ibu saya juga pun garang waktu saya kecil-kecil..hehee..

      Cuma apa yang boleh saya bagi pendapat, apa bila datang perasaan marah, nak marah anak-anak akak, cepat-cepat akak peluk anak akak.Ucapkan perkataan yang penuh kasih sayang. Sebab melalui pelukkan, perasaan kasih sayang terus hadir dan akan mampu menenggelamkan perasaan marah itu insyaAllah.

      Banyakkan juga beristighfar dan selawat apabila datang perasaan marah.

      Minum air masak untuk turunkan kemarahan.

      Fikirkan nikmat dikurniakan cahaya mata penyeri rumah akak. InsyaAllah boleh melatih melawan perasaan marah akak.

      Akhir sekali, akak boleh dapatkan buku2 berkaitan cara mendidik anak dan mengawal emosi.

      Diharap pendapat saya membantu..

      Sekian.

      Reply

  12. Posted by asyraf on March 9, 2012 at 12:28 PM

    email aku kat facebook kalau ade fb. ginga.hagane042@gmail.com. search je aku. kalau tak de fb call aku or message
    NOMBOR HP:0198845983

    Reply

  13. Posted by asyraf on March 9, 2012 at 12:25 PM

    to fyzul tolong saye ye. bulan 9 ni nak upsr 2012. nak target 5A. adekah ubat untuk minda cerdas. and kat mane kedainya kat sarawak ni atau sabah? minta tips juga tolong lah aku.

    Reply

  14. Posted by siti @ ct on January 28, 2012 at 11:44 AM

    hantarkan tip tip melalui eamil saya

    Reply

  15. Lagi info mendidik anak @ mnsar blog “21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang”

    Reply

    • @mnsar: Alhamdulillah.. Terima kasih atas makluman. Cuma maaf atas komen ini; saya telah buka blog saudara, namum dukacita bila di provoke dengan pelbagai iklan yang tidak munasabah seperti “Tahniah anda menang ipad2 @ iphone” secara tiba-tiba. Iklan ini secara tidak langsung mengganggu konsentrasi ketika cuba membaca di blog saudara.

      Reply

  16. tips yg menarik …mekacih

    Reply

  17. Posted by El on May 18, 2011 at 10:35 PM

    sy mmg trtarik dgn halaman ini… sy nk tnya sedikit, doa apa yg perlu dibaca agar ank2 sy brfikiran tajam, senang belajar dan menghafal, serta mnjadi ank yg tidak kuat marah. sy jg nk ank2 sy lebih rapat dgn adik beradik. sbb dorg ni suka sgt bergaduh…

    Reply

    • @El: Saya nak bagi jawapan yang terbaik, saya tiada pengalaman lagi.. Cuma berdasarkan ilmu, untuk mencedaskan minda pelajar, amalkan makanan sunnah nabi dan doa ibu amat mustajab untuk anak-anak.

      Melalui sukan seperti beriadah sekeluarga, main badminton salah satu cara untuk rapatkan hubungan adik beradik anak2 akak. Ini pendapat saya.. Saya cuba dapatkan info dari sumber2 pakar yang lain jika ada nanti.. InsyaAllah..

      Reply

  18. akak maaf klau sy menganggu saye ade sedikit masalah … bila saye belajar saye akan mudah lupa dan tidak faham ape yg diccaakapkan oleeh cikgu . boleh akak tolong????

    Reply

  19. PETUA ANAK FOKUS BELAJAR
    Setiap malam mulai dengan bismillah & selawat 3 kali sebelum tidur suruh anak anda berimagenasi perjalanan hidupnya mulai awal bangun pagi hingga tidur semula. Contoh “min buat latihan yang cikgu bagi siap dan betul semua, cikgu sain semua jawapan betul dan cikgu tulis ‘A’ … cuba bawa anak anda berimagenasi yang positif sahaja. Contoh min baca Iqra lancar dan betul semua, kemudian ustazah puji min…P/s : Suruh anak bayangkan apa yg anda katakan..

    Reply

    • @Kak Sal: Terima kasih akak atas perkongsian Tips tersebut. Ada sorang bapa bagi tips kepada saya semasa kursus, usap kepala anak semasa mereka baru tidur (dalam keadaan separa sedar) dan ucapkan kata-kata yang baik kepada mereka. InsyaAllah boleh para ibu bapa sama-sama mencuba Tips untuk kebaikan bersama. Betul tak akak? :)

      Reply

  20. Posted by ummi muaz on February 8, 2011 at 7:38 AM

    Saja nak kongsi memandangkan empunya blog belum kawin.satu tips yang telah akak praktikkan untuk anak-anak akak supaya fasih dalam sebutan apabila tiba masa untuk mengaji adalah sentiasa mendengarkan kepada anak sedari dalam kandungan ayat-ayat suci al-quran walaupun dia tengah tidur.

    Reply

  21. salam..camne nk sruh ank pandai pegang pensil untuk menulis.anak saya dah berusia 5 tahun.ada tips?

    Reply

  22. Posted by Puan Jamilah on December 30, 2010 at 11:16 AM

    Boleh akak tahu bagaimana nk oder product mindatif minda ni..aka ada masalah dalam mendidik anak2…daya ingatan mereka lemah..cepat lupa..lagi satu mereka lebih suka belajar melalui online dari buat ulangkaji dari buku yg akak beli..pening la memikirkan masalah ni…

    Reply

    • Salam tahun baru akak. Maaf baru buka email hari ini. Untuk dapatkan produk ini perlu membuat bayaran ke akaun saya terlebih dahulu. Akak buka page cara bayaran, atau terus sms ke nombor saya untuk detail.

      Reply

  23. saya nk pandai ape yg patut sye lkukan lagi2 bln 9 ni sye ade ujian pencapaian sekolah rendah 2010 tolong bgi tips untuk sye dan kawan2 sye

    Reply

    • Posted by fyzul on April 30, 2010 at 2:31 PM

      Terima kasih adik fatin.. Nak amik UPSR tahun nie yer?? Adik abg fyzul pun amik UPSR tahun nie..:)
      Beberapa tips untuk adik2:
      1. Hormati dan patuh arahan ibu bapa.. Jangan sakiti hati ibu bapa..
      2. Hormati guru2 dan rakan2.. Selalu bertanya kepada guru jika tidak paham..
      3. Buat latihan latih tubi atau set soalan UPSR dari sekarang. Mungkin ada pelajaran yang masih belum cikgu ajarkan, takpa bahagian tu cuba jawab, tak tahu tinggal dahulu..Jangan tunggu sebulan atau dua tiga minggu baru nak menjawab koleksi UPSR. Sebab banyak benda adik kena ingatkan?? Jika mula jawab sekarang, insyaAllah bila menjelang dekat dengan exam, semua yang dipelajari akan mudah di ingat..:)
      4. Buat latihan bersama2 dengan kawan2.. Bila kita belajar dengan kawan2, kita akan lebih seronok..Bukan seronok bermain, tapi seronok belajar.. Pastu berbincang jawapan dengan kawan2, tapi jangan tengok jawapan di belakang buku lagi. Jika jawapan tidak sama, bincang kenapa kawan jawab macam tu, adik jawap macam nie.. Lepas dah bincang, baru tengok jawapan belakang buku atau tanya cikgu..
      5. Takkan nak belajar jer 24jam kan??? Petang2 kuar berbasikal atau jalan2 pusing taman, keluarkan peluh.. Badan sihat, otak cergas..:) Tapi jangan waktu bermain tu banyak sangat.. nanti tak belajar pula…
      6. Berusaha bersungguh2.. Nak berjayakan?? Nak dapat 5A kan?? Kena usaha dan belajar rajin2..Jangan malas2 tau..

      Ini tips yang boleh abg fyzul bagi buat masa nie, nanti jika ada tips lain, abg fyzul akan reply lagi..:)

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 39 other followers

%d bloggers like this: