Kembara di Pasar Malam..

(Gambar Hiasan..)

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya tidak terfikir menulis entri ini. Tetapi memandangkan masih ramai yang belum tahu (terutama orang kuantan), maka perlu saya maklumkan disini..

Tentu anda tertanya-tanya, apa yang saya nak habaq nie?? hehe..

Sebenarnya ianya berkaitan produk yang saya perkenalkan di dalam blog saya ini. Produk Mindatif Plus. Kepada mereka yang belum tahu apakah rahsia produk Mindatif Plus ini boleh click pada page Mindatif Plus di atas..:)

Terlebih dahulu saya ingin maklumkan bahawa kami menjalankan operasi penjualan Mindatif Plus dirumah sahaja. Produk Mindatif Plus tidak dijual or terdapat di kiosk-kiosk atau kedai ubatan di bandar Kuantan khasnya.

Saya pasti ada yang akan bertanya, kenapa tak letak di kedai or buka kedai ya??

Pertamanya, kami hanya menjual produk mindatif plus sahaja. Maka tidak berbaloi sekiranya kami membuka kedai hanya menjual satu produk sahaja. Sewa kedai sudah pasti lebih mahal dari keuntungan yang diperoleh.

Keduanya, sekiranya kami letak di kedai-kedai or kiosk-kiosk di bandar Kuantan, saya pasti kepada sahabat yang tiada urusan untuk singgah ke kedai-kedai ini, sudah pasti tidak tahu akan kewujudan produk ini. Sekiranya ada sahabat kita pergi, disana terdapat beratus jenis produk, maka empunya kedai pasti tidak akan menerangkan detail setiap botol produk yang terdapat di kedai mereka.

Jika ada pemilik kedai buat demikian, saya pasti anda akan cepat-cepat keluar dari kedai tersebut bukan? hehe..

Konsep produk mencari pelanggan amat sesuai untuk digunakan kerana dengan cara ini pengguna akan mengetahui kewujudan dan khasiat produk ini kepada mereka.

Jesteru, untuk memperkenalkan dan membuat jualan, saya dan keluarga membuka gerai di pasar-pasar malam di sekitar Kuantan. Boleh dikatakan setiap petang kami akan menjual di pasar malam sekitar Kuantan. Kami hanya beroperasi selepas waktu  (dalam 5.30 petang) sehingga maghrib atau sehingga pukul 9 malam bergantung kepada kawasan yang berdekatan dengan masjid atau surau di tapak pasar malam tersebut.

Untuk memudahkan warga Kuantan terutamanya yang ingin mendapatkan produk ini, kali ini saya akan listkan senarai pasar malam sekitar Kuantan yang kami pergi.

Isnin: Pasar malam Taman Dahlia/ Jaya Gading/ Balok Makmur

Selasa: Pasar malam Taman Tas

Rabu: Pasar malam Batu 11

Khamis: Pasar malam Bukit Goh

Jumaat: Pasar Malam Indra Mahkota/ Balok Perdana

Sabtu: Pasar malam Sungai Isap

Ahad: Pasar malam Tanjung Pasir (Simpang Bukit Goh)

Semoga info ini membantu sahabat sekalian (terutama warga Kuantan) untuk mendapatkan produk ini terus dari kami sekeluarga. Terima kasih..

p/s: Sahabat sekalian boleh sms kepada kami dahulu bertanya lokasi jualan kami agar memudahkan urusan sahabat semua. :)

About these ads

4 responses to this post.

  1. Posted by nadhirah on July 2, 2010 at 9:02 PM

    assalammualaikom, sy seorang pelajar pmr, sy teringin untuk mencuba produk ini..tetapi kami masih ragu2….siapa pembuat produk ini? dari mana produk ini datang?

    Reply

    • Assalamualaikum nadhirah.
      Saya paham situasi awk pertam kali mengetahui produk ini. Saya juga pernah mengalami situasi yang hampir sama setahun lebih yang lalu..=) Awk boleh rujuk testimoni pengguna kami yang telah mencuba produk ini. Kami tidak mereka-reka testimoni tersebut tetapi memang diberikan oleh pengguna hasil pengalaman mereka setelah mencuba produk ini.

      Produk ini formulasi dan dikeluarkan oleh Dr Tajuddin Baba, Dr homeopati dan merupakan ahli Dr2 homeopati Malaysia. Produk ini dihasilkan oleh individu yang berpengalaman dalam bidang homeopati. Bukan saya yang menghasilkan produk ini. Saya hanya menjual produk ini. Produk ini dikilangkan di Johor. Boleh click pada page Mindatif Plus untuk alamat syarikat.

      Semoga jawapan saya ini membantu awk..=)

      Reply

  2. Bagus la kalau camtu..senang jugak nak cari customer.. :D

    Reply

    • Posted by fyzul on May 21, 2010 at 12:11 AM

      Jumpa customer senang, tapi nak yakinkan customer tu mencabar..Maklumkah 1st time, mmg customer akan teliti..hehe..Yang dah jadi customer, alhamdulillah takda masalah..:)

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: