Apa dah jadi dengan ikan laga aku tu..?

Assalamualaikum wbt..

Rakan-rakan yang pernah membaca entri saya sebelum ini Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..” bertarikh 22 May 2010 berkenaan ikan laga saya pasti ada yang tertanya-tanya apa yang perkembangan ikan laga saya tersebut setelah hampir sebulan berlalu.

Tentu persoalan-persoalan ini bermain di fikiran rakan-rakan sebelum ini. Adakah berjaya bertelur atau tidak? Hidup ke tidak anak-anak ikan tersebut? Besar mana dah anak-anak ikan tu?? Dan sebagainya..

Ini jawapan tentang semua persoalan tersebut..:)

Untuk pengetahuan rakan-rakan, pensenyawaan telur-telur ikan pada 22 May 2010 tersebut tidak berjaya. Seminggu saya memerhatikan dan menunggu dengan penuh excited namun tiada seekor pun anak-anak ikan kelihatan. huhu.. Projek tersebut GAGAL..

Namun saya tidak berputus asa, selepas itu saya cuba untuk mengawankan semula pasangan ikan saya di dalam balang kaca pula. Saya letak  ikan laga saya lebih dari seminggu bersama dalam balang tersebut namun tiada juga hasil. Si jantan tidak membuat sarangnya dengan baik dan ikan-ikan ini tidak bertelur. Saya ada baca di forum, selepas proses bertelur yang pertama perlu asingkan pasangan ini dan bagi rehat dalam 2 minggu untuk ikan-ikan ini aktive semula. Sebab itu kot pasangan ikan saya ini tidak bertelur lagi. hehe..

Minggu lepas saya keluarkan pasangan ikan laga saya ini dan masukkan ke dalam kolam saya. Saya beri ikan-ikan ini makan jentik-jentik kaw-kaw punya.. Saya rumah kampung, banyak bekas tadahan air hujan kat rumah tu. Jentik-jentik pun banyak..hehe.. Bukan jentik-jentik ja, nyamuk pun banyak tau..Tapi nyamuk kampung la..Tak bahaya seperti nyamuk bandar..hehe..

Alhamdulillah semalam saya perhatikan, sudah ada beberapa ekor anak-anak ikan bermain di permukaan air dalam kolam.. Gembiranya hati saya melihat anak-anak ikan tersebut..:)

Pagi tadi pergi menjenguk anak-anak ikan saya tu, tetiba risau sebab dah tak nampak ada anak-anak ikan ini di permukaan air sangat. Kemudian saya perasan si jantan makan beberapa ekor anak ikan. Hah!! Saya cepat-cepat asingkan pasangan ikan ini ke dalam cawan dan mengasingkan anak-anak ikan ini.

Saya tak pasti si jantan memakan anak-anak ikan tersebut atau menyimpan dalam mulutnya sebab selepas diasingkan, beberapa anak ikan masih hidup ada dalam cawan bersama jantan..hehe..

Alhamdulillah ada lebih dari 40 ekor anak ikan yang berjaya diasingkan.. :)

Semoga kesemua anak-anak ikan ini berjaya survive dan cepat membesar..hehehe..

Saya cuba mengambil gambar anak-anak ikan ini tetapi tidak nampak anak ikan sebab saiznya terlalu kecil. Saya tunjukkan rupa anak-anak ikan yang diambil dari forum betta..;)

Yang ini masih peringkat awal..Baru menetas agaknya..

Lebih kurang macam nie la anak-anak ikan laga saya berenang-renang..=)

Penutup = Jangan Mudah Berputus Asa.

Apa yang dapat saya kongsikan disini, tidak kira apa juga aktiviti atau tugasan yang kita lakukan, buat yang terbaik.

Jangan mudah berputus asa walaupun masih gagal beberapa kali. Bangkit dari kegagalan dan kenal pasti kelemahan yang menyebabkan kita pernah gagal sebelum ini dan atasinya dengan cara yang betul.

Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR atau SPM tahun ini, masih punya masa untuk memperbaiki keputusan adik-adik. Walaupun peperiksaan pertengahan atau ujian baru-baru ini kurang baik, jangan cepat berputus asa. Dan jangan cepat berpuas hati dengan keputusan tersebut. Perbaiki lagi dan teruskan usaha untuk berjaya. InsyaAllah kejayaan akan tercapai..:)

~fyzul MP

Advertisement

45 responses to this post.

  1. Assalamualaikum :)
    saya cume nak tnya… ikan laga jantan saya tengah buat buih sekarang ni. agak2 bila dorang nak mengawan ek … si betina tu asyik jauhkan diri jek…tapi kadang2 ikot je bontot jantan tu … hmmm

    Reply

    • @redagen12: wslm… Oh, ikan jantan dah buat buih sarang banyak ea. Bagus pertanda positif. Bagi masa pada ikan, paling cepat makan masa 3 hingga 4 hari juga baru ngam untuk mengawan. Tapi kalo tak jadi juga, tukar pasangan ikan betina lain.

      Reply

      • malam tadi sebelom tido da nampak dorang stat mengawan . tp masih tak nampak si jantan simpan telur dalam buih tu … hmm sabar je la ek :D tp saya masih tak pasti penjagaan anak2 dorang nanti kalaw da menetas . mcm mane ek?

        Reply

  2. Posted by rahman on December 14, 2011 at 7:07 PM

    all..kalo sye letak ikan jantan…yg biasa…dgn ikan betina yg kecik kuku jari..blh x..sbb sye dah mencarik merata2 kedai ikan bertinasusah nk dpt….mcm mne ek?

    Reply

    • @rahman: Ish…. Jangan.. Ikan betina masih kecil.. Nanti tak pasal2 mati jer ikan betina tu.. Sabar.. Tunggu matang… :) Sedangkan ikan betina yang besar boleh mati jika dikerjakan ikan jantan tau…

      Reply

  3. Posted by muhammad ukashah on November 17, 2011 at 2:14 PM

    selalu saya biakkan x de ape2 tapi semalam saya letak sebelah -sebelah dan hari ini saya masukkan tiba2 yg betina itu kejar yg jantan ,habis ekor die yg lawa?????

    Reply

    • @Ukashah: Macam mana ikan jantan kamu? Habis dikerjakan ikan betina? Berdasarkan pengalaman saya, itu normal. Ada ikan betina yang lebih agresif dari jantan menyababkan ikan jantan lari. Jadi apa yang saya lakukan, saya cari ikan jantan lain yang lebih berpengalaman untuk dikacukkan bersama ikan betina tersebut. Jika matching satu hari sudah bertelur. Tapi jika tak serasi seminggu letak pun tiada apa2 berlaku..

      Reply

  4. Posted by muhammad ukashah on November 17, 2011 at 2:11 PM

    kenapa ikan laga betina saya mengejar yang jantan

    Reply

  5. Posted by judin on August 31, 2011 at 4:26 PM

    kenape saye tengok ikan laga betina makan teluRnya dan hembus kembali ke atas. ?

    Reply

  6. Posted by judin on August 31, 2011 at 4:18 PM

    bagai mana nak cantik kan ekor ikan laga

    Reply

  7. Posted by judin on August 31, 2011 at 4:18 PM

    saye pun ade banyak anak die baru menetas

    Reply

  8. Posted by zaini on August 16, 2011 at 11:54 AM

    can na nak dapatkan ikan laga yg cantik2 dan bagaimana nak kacuk untuk dapatkan yang warna dia cantik2

    Reply

  9. Posted by putra kaza on August 13, 2011 at 12:49 AM

    assalammualaikum….korng tau x berapa hari tempoh ikan laga untuk membiak..?

    Reply

    • @putra kaza: Wslm. Tempoh matang ikan laga membesar dan sedia membiak saya kurang pasti sebab belum ada anak ikan laga yang sudah besar. hehe..

      Reply

  10. Posted by zaini arif on July 19, 2011 at 5:08 PM

    kenapa anak ikan saya mati…
    anak pun kena bagi mkn jugak ke???

    Reply

    • @zaini: Perlu bagi makan. Dua hari lepas, anak ikan laga baru menetas. Banyak sangat tapi tak tahu kenapa keesokkan harinya semua mati. Mungkin air terlalu kotor dan berbau. Sayang betul..huhu…

      Reply

  11. Posted by aliff zulkifli on June 30, 2011 at 10:59 PM

    aku hampir berjaya mengawan plakat betina ngan slendang jantan . . . agk2 nyer mcm mne rupa bntuk ank nyer . . . .korang kalo ad pelaga betina nk jual ato nk kasi free korang email kat aku keyh !

    Reply

  12. Posted by ahmad on June 27, 2011 at 8:23 PM

    assalammualaikum sayer msih x phm care utuk ikan lage mengawan

    Reply

    • @Ahmad: Salam. Berminat membiak ikan laga juga yer? :) Cara ikan laga mengawan seperti dalam gambar yang saya tunjukkan. Atau boleh try buka forum betta, dan cari link ke blog ahli betta yang tunjuk cara ikan laga mengawan. Ada satu blog yang complete cara mengawan ikan laga. Tapi dalam bahasa inggeris.

      Reply

  13. Posted by ahmad on June 27, 2011 at 8:22 PM

    assalammualaikum sayer msih x phm care bgi ikan mengawanlga

    Reply

  14. Posted by shazreen on May 31, 2011 at 11:21 PM

    thnkz juga sbb bgy smangat nk bljar dn biakkan ikan laga . sya dh byk bly ikan laga kt kedai xp dy x mengawan . pown . sya tgk jantan buka bnda yg kat leher dy 2 . risau tooo . sy pown wak kuar lhaa btina . sbb 2 sy dowk cry cara cara biakkan ikan . thnkz yarhh .

    Reply

  15. Posted by shazreen on May 31, 2011 at 11:08 PM

    nk thu dia nk mengawan kee tdk mcm mnhaa erkk . ??

    Reply

  16. Posted by awie on April 15, 2011 at 4:59 PM

    selepas ikan laga bertelur brapa lama dya akn mnetas???

    Reply

  17. Posted by faiz on January 18, 2011 at 5:17 PM

    slm..kalu air paip..ikan laga b0le id0p x???

    Reply

  18. Posted by amirul on January 16, 2011 at 8:40 AM

    lepas ikan pelaga ni menetas,apa yg perlu dia makan

    lagi 1 lepas menetas ,dia duduk ngan jantan ke tina

    Reply

    • @mikhail: Saya tak berapa pasti berapa bulan.. Tapi jika cukup makan cepat besar.. :)

      @amirul: Dari bacaan saya, makanan anak ikan laga anak kutu air atau air lumut dari kolam ikan keli. Saya berikan air lumut ikan keli namun tak menjadi kerana banyak yang mati kemungkinan tak cukup makanan. Cara terbaik anak kutu air.Caranak dapatkan, yang diajar oleh otai betta dalam forum, ambil tahi ayam dan masukkan air dalam bekas. Biarkan beberapa hari ata minggu sehingga ada kutu air buat sarang dalam bekas tersebut. Tentang anak ikan pula, juga dari advise pakar betta kata singkan anak ikan dari kedua2 ibu bapa mereka. Namun apa yang saya perhatikan,ikan jantan akan menjaga anak-anak. Si ibu kena asingkan. Kamu boleh cuba..

      Reply

  19. Posted by mikhail on January 11, 2011 at 2:57 PM

    agak2 berape lame nak bagi ikan tu besar….?????

    Reply

  20. Posted by acik,huhu on December 28, 2010 at 3:10 AM

    :) .acik de pelihara ikan lage ni,da ade yg besr huhu,p suke2 je hehe,ade la dlm 30 ekor yg hidop sampai sekrg,p cmne erkk nak suh ikn ni cpt besar,,,,,,,????,,,,,hah,de gak yg acik kacukn dgn ikn laga yg kampung dgn ikn laga yg d jual kt kedai2 ikn tu hehe menjadi gak,,,,,p acik asig kn lam tagki air,,,,harap2,ank ikn tu cpt besar dan leh tegok warne ape yg kluar kt ank2 ikn kacukn tu,,,,,,sory laa,tk thu sangt bb name ikan lage ni hehe,bise org kg acik pngil sekilau barak je sebb ekor kecik dan bdn besar,hahaha

    Reply

    • Salam Acik.. Waaa.. Tahniah berjaya biakkan ikan laga.. Mesti seronokkan? hehe.. Saya pun masih belajar dan banyak tak tahu tentang ikan laga komersial nie. Nanti anak2 ikan dah besar boleh la share gambarnya nak tengok anak laga kacukan acik tu.. :)

      Reply

    • ikan laga,, mmbesar,,jngka 3 bulan atau 4 bln,,yg jual kat kedai,,

      Reply

  21. Posted by mikhail on December 18, 2010 at 12:07 PM

    semasa nak menagawan tu nak ke letak tumbuhan….

    Reply

    • Mikhail: Kita disarankan letak tumbuhan atau potongan paip dalam akuarium kerana semasa proses mengawan, ikan jantan akan mengejar ikan betina. Proses mengorat bukan terus dapat, jadi ikan betina akan jual mahal dan selalu lari bila ikan jantan mengorat. Jadi fungsi tumbuhan adalah untuk ikan betina menyorok bila dikejar ikan jantan selagi ikan betina belum sedia untuk mengawan.

      Reply

  22. masa nak letak ikan laga tu….kena letak sekali terus ke ataupun ambil bekas yang boleh ada transparent.so,nnti ikan jantan nampak…….tapi kalau letak terus takpe ke…..??? dan kalau buat dalam akuarium 4 segi jadi x proses mengawan???

    Reply

    • Untuk mengawan ikan laga.. Cara yang baik letak ikan laga betina dalam transparent dulu dalam akuarium yang sama. Supaya ikan jantan suka dan membuat sarang. Bila ikan jantan telah buat sarang yang besar, buihnya banyak baru lepaskan ikan betina. Kalo nak lepas terus boleh, tapi kawasan or akuarium luas sebab nanti ikan laga jantan akan kejar ikan laga betina jer.. Akuarium 4 segi takda masalah cuma pastikan air akuarium dalam atau banyak. Sebab saya perhatikan sendiri, jika air dalam akuarium tak cukup banyak, apabila ikan betina melepaskan telur, telur tidak sempat dikutip oleh ikan jantan kerana telah jatuh ke permukaan akuarium dan ikan jantan tak kutip yang telah jatuh ke dasar. Ikan betina yang makanan telur tersebut.

      Reply

  23. Posted by aiman on August 11, 2010 at 10:20 AM

    terima kasih kerana bagi semangat

    Reply

  24. Posted by epi on July 18, 2010 at 12:25 AM

    knape ikan laga jantan aku (crown) kena belasah dek betina sampai hancur ekor…
    confused, tlg bg pendapat….

    Reply

    • betul yg belasah tu ikan betina? takut ikan jantan jer..hehe…

      tp kalo ikan betina, biasanya mmg ikan betina yg agresif akan lawan balik mula2 berkenalan dgn jantan. Dorg bukan terus bertelur.. Biasa makan masa dlm 1 minggu kot utk suai kenal.. lebih info cara biak betta ko buka forum betta..byk info kat situ.. :)

      Reply

  25. Posted by black on July 6, 2010 at 9:07 PM

    anak ikan laga nk kne bg mkn ape ye…???

    Reply

    • Sebenarnya ada cara yang betul makanan untuk anak ikan laga. Info dia kamu boleh dapat dalam forum betta..Jika tak silap saya bagi kutu air atau air dari kolam ikan keli..
      Saya cuba guna air dari kolam ikan keli sahaja. Namun kesannya banyak anak-anak ikan lama2 mati.huhu.. Mungkin makanan tidak cukup kot. Tapi xpa, lepas nie saya nak cuba lagi kaedah lain secara semula jadi..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.