Siri 5: Pelajar Lemah Perlukan Lebih Perhatian..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah hari ini saya berpeluang berjumpa sorang Guru Besar sekolah rendah di Kuantan. Sekolah beliau antara sekolah terbaik daerah Kuantan. Dan pelajar-pelajar juga dari keluarga berpendidikan dan kaya.

Saya sempat berbincang dengan beliau tentang tips mengatasi pelajar yang lemah dan tidak tahu membaca yang dilakukan oleh sekolah pada tahun-tahun sebelum ini.

Beliau maklumkan, beliau tidak bertanya kepada murid kenapa masih lemah dalam pelajaran sebaliknya bertanya kepada guru mengapa pelajar tersebut lemah?

Dan apa yang didapati pelajar yang lemah sebenarnya perlu lebih perhatian dari pelajar lain. Lebih banyak masa perlu di khaskan untuk mengajar mereka berbading pelajar yang cepat belajar.

Daripada perbincangan ini saya dapat simpulkan satu perkara, pelajar yang lemah dalam pelajaran terutama pelajar sekolah rendah perlukan lebih perhatian, bukan sahaja dari pihak sekolah tetapi juga oleh ibu bapa.

Ibu bapa berperanan untuk memotivasikan anak-anak mereka yang agak lemah dan bukannya membiarkan sahaja mereka bermain.Ya saya akui, usia kanak-kanak adalah masa untuk bermain. Namun pendidikan jangan diabaikan..

Mengapa saya berkata begitu?

Kerana dari pemerhatian saya, di kampung-kampung ibu bapa tahu anak-anak mereka masih belum pandai membaca, lemah dalam pelajaran namun kesedaran untuk tingkatkan kualiti pelajaran anak-anak masih lemah dan kurang diberi perhatian oleh ibu bapa.

Perhatian ibu bapa pengikat kasih sayang..

Anak-anak kecil terutamanya, walaupun di sekolah guru-guru telah mengajar pelbagai subjek, lagu dan sebagainya. Namun naluri anak-anak memerlukan perhatian ibu bapa terutama apabila membuat kerja sekolah. Ibu bapa perlu luangkan sekurang-kurangnya 1 jam untuk anak-anak melihat mereka belajar dan mengajar mereka. Terutama anak-anak berusia dalam lingkungan 2-12 tahun.

Saya terbaca artikel dari sahabat kita Rosnah Ahmad, saya petik beberapa perkara yang menarik untuk di kongsi bersama.

Zaman kian berubah, kini aktiviti bercerita banyak diambil alih oleh cikgu sekolah, tadika, pengasuh taska, television dan komputer. Apa pun ibu bapa harus memupuk minat dan mencari masa untuk bercerita kepada anak. Bercerita adalah aktiviti masa berkualiti yang sangat berkesan untuk mendekati anak dalam kesibukan ibu bapa sekarang.

Secara tidak langsung anak akan merasakan mereka diberi perhatian dan dihargai.

Ada juga ibu bapa yang merasakan apabila anak pandai membaca, kerja mereka semakin mudah kerana mereka mampu membaca sendiri cerita kegemaran masing-masing. Mereka tidak perlu lagi bercerita.

Pakar pendidikan mengatakan bahawa ibu bapa masih perlu membacakan cerita kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Kanak-kanak pada usia ini masih memerlukan panduan daripada ibu bapa untuk menerangkan maksud perkataan yang tidak mereka fahami dan untuk memperjelaskan mesej sebenar di sebalik cerita yang dibaca.

Semoga info ini dapat membantu rakan-rakan yang membaca.

Sekian.

Note: Saya telah mengubah tajuk entri ini dari “Anak-anak Perlukan Perhatian” kepada “Pelajar Lemah Perlukan Lebih Perhatian” kerana ianya lebih niche. hehe..

~fyzul MP

About these ads

3 responses to this post.

  1. Posted by mdmpza on January 9, 2014 at 11:16 PM

    mengajar anak-anak saya membaca pada usia4,5 dan 7 thn amat mencabar dan menguji kesabaran.. bila saya mengajar yg 7thn, yg 4 dan 5 thn pun sibuk dengan buku masing2…tak mahu belajar membaca satu buku yg sama. yg usia 7 thn agak sensitif, lemah membaca dan menulis berbanding anak yg 5 thn. tumpuan saya agak lebih kepada si abang. anak ke2 ada rasa cemburu…”ummy ni asyik ajar abang jer yg lebih…kakak nak pandai jg”….macamnana tu? itu yg buat saya kalah… sebab pd pandangan saya anak ke2 lebih rajin dlm membuat kerja prasekolahnye, suka menulis dan membaca w/pun baru mengeja mengikut suku kata. adalah agak terabai sedikit …

    begitu jg anak ke 3…diusia 4 thn…dia cuma suka mewarna…bermain…mengganggu abang dn kakak buatkerja sekolah. lama-lama tercabar juga si abang…ikut main sama… kakak la yg terjerit2 suruh diam…akhirnya…jadi gaduh..dan ada yg menangis…kalau tak di kawal…

    sedar tak sedar..habislah masa yg diperuntukkan untuk mengajar mereka dirumah..baby pula menangis dek kekecohan si abang-abang dan kakak…

    ummy??…marah…dalam senyuman…dek kekecohan anak2…sabar jer la…
    motif tak kesampaian…tapi usaha tetap diteruskan demi tanggungjawab dan kasih sayang kpd anak2. insyaallah…

    Reply

  2. umur 12 tahun? rupanya masih perlukan perhatian dari ibu bapa lagi.. jgn kata 12 tahun, yg 23 tahun pun perlu.. :D

    Reply

    • Setuju..hehe..
      tp kanak-kanak sebenarnya perlukan lebih perhatian. Almaklumlah budak2 lagi..
      Yg remaja nie, perhatian dorg berbentuk lain dah sikit..sebab dorg dah boleh berfikir secara matang..hehehe..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: