Santai: Tapak tangan gatal.. Tandanya??

Biasa tak dengar orang tua-tua kata kalau tapak tangan gatal tandanya nak terima atau keluar duit??

Betul ker??

Gambar hiasan sahaja…hehe…

 

Disini saya kongsikan sedikit pengalaman saya:

Hebatnya Allah SWT memberi isyarat awal kepada tubuh badan kita bila hendak berlaku sesuatu perkara dalam hidup kita.

1. Tangan Kanan

Apa yang pernah saya alami dan saya sedari selama ini, bila tapak tangan sebelah kanan tiba-tiba rasa gatal tanpa ada sebab, maknanya kita bakal menerima duit yang kita tidak sangka. Contohnya pada sebelah pagi tiba-tiba tapak tangan rasa gatal, bila menjelang tengah hari dapat msg dari pelanggan ingin membeli Mindatif Plus. :)

2. Tangan Kiri

Bila tiba-tiba tapak tangan kiri gatal pula, bermakna ada rezeki (duit) yang terpaksa kita keluarkan sama ada membayar denda dan sebagainya.

3. Mata Kanan

Biasanya bila saudara jauh yang dah lama tak jumpa nak balik kampung atau kawan lama yang dah lama tak berjumpa tetapi tiba-tiba terserempak dimana-mana, bawah mata saya akan bergerak-gerak. Makin dekat hari nak berjumpa makin kuat bergerak secara spontan. Bila dah berjumpa, dah tidak bergerak-gerak.. (Bergerak-gerak bukan berkelip banyak kali tau.. Kulit bawah mata bergetar-getar sendiri.)

4. Mata Kiri

Yang ini saya sedar berlaku sebelum arwah datuk saya meninggal dunia. Ketika itu saya di matrikulasi. Selama ini tidak pernah-pernah mata sebelah kiri saya bergetar dengan kuat sendiri. Tapi pada hari tersebut, sebelah pagi mata kiri saya kuat bergetar sehingga saya dapat panggilan dari rumah memaklumkan datuk sakit kuat. Saya sempat balik melihat arwah atuk sebelum beliau meninggal.

Itu antara tanda-tanda dari tubuh kita bila hendak berlaku sesuatu disekeliling kita yang saya alami. Mungkin ianya secara kebetulan bagi setengah-setengah orang.

Atau rakan-rakan juga pernah alami pengalaman ini. Boleh share bersama. Sekian.

p/s: Orang kata kalau bulu mata gugur maknanya ada orang rindu.. Yang ini saya tak tahu kebenarannya..hehehehe.. Ada sebarang komen?? :)

About these ads

17 responses to this post.

  1. Posted by jay on August 6, 2014 at 11:11 AM

    Walaupun semuanya ketentuan Allah, jangan lupa Allah maha mengasihani hamba-hambanya. Allah bantu hambanya dengan memberikan sebarang petunjuk supaya hamba-Nya bersedia. Tak kira samada petunjuk yang baik atau buruk. Allah tidak akan memberi ujian pada hamba-Nya melainkan hamba-Nya mampu memikulnya…wallahualam….

    Reply

  2. Posted by NAZIRA on January 7, 2014 at 10:19 AM

    alis mata kiri belah atas sering berkedip2x..bila saya mncri apa mksud mata kiri berkedip mksudnya akn dapat berita girang..mm xtauu laa

    Reply

  3. salam kenal.. saya dari indonesia.. izin melihat isi blognya..

    Reply

  4. Posted by azman mohamad on August 7, 2013 at 2:48 PM

    Setiap kali tapak tgn saya gatal, xkira tapak kanan ke kiri ke, saya akan berdoa” yaAllah, jika rezeki ku masih dilangit, turunkanlah, jika dibumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah. YaAllah kurn iakanlah kepadaku segala yg telah engkau limpahkan kepada hambaMu yg Soleh”

    Reply

  5. Posted by Faezah on May 15, 2013 at 10:34 AM

    kl mata kiri bergetar selalu nye sy akan nangis dgn mcm2 sbb lah

    Reply

  6. Tagan saya gatal jgak, tpi tak dapat duit purm muking nk sepak org kot..

    Reply

  7. Posted by miow on January 18, 2013 at 1:48 PM

    tapi kalau saya,tapak tangan kiri gatal yg nak dapat duit…tapak tangan kanan gatal plak keluar duit..tu yg heran tu…

    Reply

  8. hylo,, kalau tapak kaki kanan gatal apew maknenye ?

    Reply

  9. Posted by nor akira on January 13, 2012 at 9:56 AM

    lau ape2 blaku kt saya atau owg yg saya syg,sy akn slalu dpt gerakan dri bdan saya…terutama perut saya..saya akn berasa sakit smpai bnda yg nk jd kt saya ak belaku..

    Reply

  10. Posted by Yati on November 28, 2011 at 4:08 PM

    salam…tuan rumah…

    Jumpa pun isu ni…saya pun memang dari dulu percaya sgt dgn tanda2 begini, umpama six sense yg Allah anugerahkan pada kita hambanya. Saya berbiz dari rumah..memang perihal tangan kanan gatal selalu sgt betul..memang akan ada org order,etc.kalau tangan kiri gatal tu..ada juga..tau2..kete rosak,etc. Mata berkedip2 pun betul..jika kiri, akan ada perkara yg saya tak suka berlaku, umpamanya..kek tak menjadi. apapun, saya yakin ini petunjuk dari Nya..utk kita lebih bersedia dan sabar.

    Tapi baru2 ni, suami saya mencelah..katanya ini perbuatan syirik-ustaz dari Bangi. Syirik kerana kira percaya pada tanda2 pada tangan kita, yg konon..kita percaya bukan selain dri Allah. Sudahnya kami bertegang leher membetulkan isu pada pandangan masing. Saya katakan..ini petunjuk dari Allah, utk kita bersedia, dan takde salah nya..memang kebetulan selalunya betul…Setiap order yg saya terima..rezeki dariNya…saya meniaga dari rumah saja. selain usaha saya yg tak seberapa.

    Minta tolong jelaskan..tqvm

    Reply

  11. betul tu..saya dan suami selalu gatal tangan kanan kalau nak dapat duit…tapi pelik jugak ada org cakap gatal tangan kanan nak keluar duit…huhuhu…confuse…confuse…takpe laa…yang penting…saya ngan husband yg dapat duit…keluar duit tu pulak sebab biasanya bila dah ada duit kitaorg suka shopping , melancong atau belanja keluaga atau kawan-kawan…hehehe..tak apa la kan rezeki ALLAH bagi kita kongsi sama-sama….sebab…ShaRiNg iS cARiNg

    Reply

    • @maya diana: Jadi bila saya pun dapat merasa dibelanja? hehe.. Gurau ja.. Jika saya, biasanya tapak tangan kiri akan gatal2 tandanya mau keluarkan duit untuk something..hehe.. Biasanya sesuatu yang kita tak jangka la.. Kalo keluarkan duit untuk shopping tu takda gatal tangan tapi “gatal-gatal tangan” berbelanja lebih..hehehe..

      Reply

  12. Posted by emiez on October 9, 2011 at 8:38 PM

    samalah…saya klu tpk tgn kanan gatal….ada lah nak dpt duit….tpi yg x suka klu bwh mata kiri bergetar(gerak2)….nak nangislah…..x suke:…x suke….tpi kita x leh percaya sngat kang khurafat…..yg pasti scara kebetulan apa yg blaku……

    Reply

    • Emiez: hehe… Sebenarnya pendapat saya bergantung pada diri individu. Jika melihat tanda2 ini sebagai tanda kebesaran Allah untuk hambaNya, tidak menjadi khurafat. Tapi jika menilai bukan dari sudut kekuasaan Allah tapi percaya bulat2 kononnya orang tua2 kata, maka boleh jadi khurafat. :)

      Saya melihat tanda ini sebahagian dari kebesaran sang pencipta yang memberi tanda2 awal apa yang bakal berlaku dan bukan kebetulan semata-mata. Sebabnya ianya berlaku banyak kali dan semuanya seperti dirancang pencipta.

      Contohnya minggu lepas, mata kanan saya bergerak2 dan biasanya tanda bakal berjumpa kawan lama secara tak sengaja. Jadi bila sy ke Giant, terserempak dengan kawan sekampung yang dah lama tak jumpa. Jadi itu adalah tanda awal Allah nak bagi kepada kita. :)

      Bwd thanks membaca blog saya. :)

      Reply

  13. Posted by anisa on September 1, 2011 at 11:44 PM

    badan selalu rasa gatal mayabe mandi x bersabun kot hahaha

    Reply

  14. Posted by inadiyah on August 16, 2011 at 3:37 PM

    kenapa badan kita selalu rasa gatal???

    Reply

    • @inadiyah: Badan gatal saya tak pasti.. Mungkin ada sapa2 yang tahu.. Atau memang penyakit. Yang saya maksudkan gatal tangan atau mata bergerak2 bukan isu sakit tapi hikmah tanda2 tersebut.. Wallahua’lam..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: