Posts Tagged ‘kelebihan mindatif plus’

Mindatif Plus: Aturan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini hanya tinggal beberapa hari lagi. Rakan-rakan di facebook, blogger-blogger, dan juga email telah banyak menyentuh dan berkongsi tips persedian sebelum Ramadhan dan juga pelbagai fadhilat bulan Ramadhan yang sangat di tunggu-tunggu umat Islam.

Saya juga berharap semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun lepas. Teringat lirik lagu nyayian Man Bai dan Raihan yang famous tu bila masuk bulan Ramadhan. :)

Entri kali ini saya cuma ingin maklumkan beberapa perkara berkaitan Mindatif Plus menjelang bulan Ramadhan nanti.

Begini, beberapa hari yang lepas, sorang pengguna baru Mindatif Plus, Cik Siti Husna dari UIA Gombak sms saya bertanya bagaimana aturan pemakanan Mindatif Plus ini semasa bulan Ramadhan?

Saya telah menjawab persoalan beliau menerusi sms dan juga terfikir selepas itu untuk menaip entri berkenaan isu ini. Dari sehari ke sehari, masih tidak tertaip dan akhirnya malam ini saya ingin menulisnya memandangkan Ramadhan semakin hampir. :)

Kepada rakan-rakan yang telah mengamalkan Mindatif Plus atau baru ingin mencuba Mindatif Plus untuk anak-anak terutama menjelang baki beberapa hari sebelum mula peperiksaaan UPSR/PMR/SPM tahun ini, aturan pengambilan Mindatif Plus adalah sama iaitu pagi (sahur) dan malam.

Namun saya percaya, ada ibu bapa yang bermasalah untuk mengejutkan anak-anak mereka bangun sahur atau pelajar IPT yang memang sukar bangun sahur maka disini saya sarankan mengambil Mindatif Plus pada sebelah malam sebelum tidur skali gus untuk sehari pengambilan. Sebagai contoh untuk pelajar sekolah rendah, aturan mereka adalah 2 biji pagi dan 2 biji malam, maka saya sarankan terus mengambil 4 biji sebelah malam.

Keduanya; kepada para ibu yang mengambil atau baru mencuba Mindatif Plus untuk anak mereka yang bakal UPSR tahun ini atau anak yang sangat lemah dalam pelajaran hingga saat ini, saya syorkan memberi anak-anak puan makan lebih sikit Mindatif Plus ini seperti 6 biji sehari sehingga habis peperiksaan. InsyaAllah, semoga dengan cara ini dapat membantu meningkatkan daya ingatan anak-anak menjelang akhir-akhir sebelum peperiksaan.

Namun suka saya ingatkan, jangan pula hanya tinggal seminggu lagi sebelum peperiksaan baru mencuba dan memberi anak makan produk ini dalam kuantiti yang lebih banyak dengan harapan mampu membantu. Walaupun produk ini tiada sebarang kesan sampingan, namun dari segi tindak balas memori pelajar dalam masa seminggu, saya tidak pasti adakah produk ini mampu memberi kesan terbaik atau tidak dalam masa begitu singkat. Semua dengan izin Allah SWT.

Ketiga; saya ingin ceritakan satu testimoni baru yang saya terima dari mulut rakan yang berniaga tudung di pasar malam hari ini sendiri. Minggu lepas saya dan keluarga berniaga di Pasar Malam Taman Dahlia, dan rakan yang menjual tudung datang bertanya dan berminat untuk mencuba produk ini untuk anak-anaknya yang nakal.

Hari ini kami datang berniaga, beliau datang ke gerai kami dan menceritakan perubahan anak beliau selepas mengamalkan Mindatif Plus selama seminggu. Kata beliau, anaknya yang sebelum ini gagap, alhamdulillah berkat produk ini sudah tidak gagap lagi sekarang. Beliau sangat gembira dengan perubahan anaknya ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah, semuanya berkat dan izin-Nya.

Sebenarnya minggu lepas juga ada sorang abang yang telah mengamalkan produk ini dan membeli produk ini di Mersing, datang ke gerai kami dan bertanya adakah saya menjual produk ini di Kuantan kerana selama ini beliau membeli terus di Mersing. Beliau yang telah mengamalkan produk ini mengakui kepada kami produk ini sangat bagus dan baik untuk orang tua yang mula nyanyuk juga. Kami sebagai penjual tersenyum kerana semestinya kami tahu produk ini sangat baik untuk pengguna. :)

Kepada rakan-rakan yang belum mencuba, tidak salah mencuba dan lihat sendiri perubahan kepada anak-anak atau adik-adik atau diri sendiri TETAPI perlu mengamalkan mengikut aturan yang disarankan. Semoga khasiat produk ini turut sama dirasai oleh rakan sekalian. Sekian.

p/s: testimoni hari ini bukan saya reka-reka untuk lariskan jualan tetapi ianya diluahkan sendiri oleh pengguna produk ini.

~fyzul MP

Kembara di Pasar Malam..

(Gambar Hiasan..)

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya tidak terfikir menulis entri ini. Tetapi memandangkan masih ramai yang belum tahu (terutama orang kuantan), maka perlu saya maklumkan disini..

Tentu anda tertanya-tanya, apa yang saya nak habaq nie?? hehe..

Sebenarnya ianya berkaitan produk yang saya perkenalkan di dalam blog saya ini. Produk Mindatif Plus. Kepada mereka yang belum tahu apakah rahsia produk Mindatif Plus ini boleh click pada page Mindatif Plus di atas..:)

Terlebih dahulu saya ingin maklumkan bahawa kami menjalankan operasi penjualan Mindatif Plus dirumah sahaja. Produk Mindatif Plus tidak dijual or terdapat di kiosk-kiosk atau kedai ubatan di bandar Kuantan khasnya.

Saya pasti ada yang akan bertanya, kenapa tak letak di kedai or buka kedai ya??

Pertamanya, kami hanya menjual produk mindatif plus sahaja. Maka tidak berbaloi sekiranya kami membuka kedai hanya menjual satu produk sahaja. Sewa kedai sudah pasti lebih mahal dari keuntungan yang diperoleh.

Keduanya, sekiranya kami letak di kedai-kedai or kiosk-kiosk di bandar Kuantan, saya pasti kepada sahabat yang tiada urusan untuk singgah ke kedai-kedai ini, sudah pasti tidak tahu akan kewujudan produk ini. Sekiranya ada sahabat kita pergi, disana terdapat beratus jenis produk, maka empunya kedai pasti tidak akan menerangkan detail setiap botol produk yang terdapat di kedai mereka.

Jika ada pemilik kedai buat demikian, saya pasti anda akan cepat-cepat keluar dari kedai tersebut bukan? hehe..

Konsep produk mencari pelanggan amat sesuai untuk digunakan kerana dengan cara ini pengguna akan mengetahui kewujudan dan khasiat produk ini kepada mereka.

Jesteru, untuk memperkenalkan dan membuat jualan, saya dan keluarga membuka gerai di pasar-pasar malam di sekitar Kuantan. Boleh dikatakan setiap petang kami akan menjual di pasar malam sekitar Kuantan. Kami hanya beroperasi selepas waktu  (dalam 5.30 petang) sehingga maghrib atau sehingga pukul 9 malam bergantung kepada kawasan yang berdekatan dengan masjid atau surau di tapak pasar malam tersebut.

Untuk memudahkan warga Kuantan terutamanya yang ingin mendapatkan produk ini, kali ini saya akan listkan senarai pasar malam sekitar Kuantan yang kami pergi.

Isnin: Pasar malam Taman Dahlia/ Jaya Gading/ Balok Makmur

Selasa: Pasar malam Taman Tas

Rabu: Pasar malam Batu 11

Khamis: Pasar malam Bukit Goh

Jumaat: Pasar Malam Indra Mahkota/ Balok Perdana

Sabtu: Pasar malam Sungai Isap

Ahad: Pasar malam Tanjung Pasir (Simpang Bukit Goh)

Semoga info ini membantu sahabat sekalian (terutama warga Kuantan) untuk mendapatkan produk ini terus dari kami sekeluarga. Terima kasih..

p/s: Sahabat sekalian boleh sms kepada kami dahulu bertanya lokasi jualan kami agar memudahkan urusan sahabat semua. :)

Mindatif Plus: Pemberitahuan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua pengguna produk mindatif plus dan juga bakal-bakal pengguna mindatif plus yang saya hormati sekalian.

Disini ingin saya maklumkan bahawa pihak syarikat (De Men C Marketing) bersama Tajalli Resources Sdn Bhd telah bersetuju mengurangkan kuantiti produk mindatif plus berikutan kenaikan harga bahan untuk membuat mindatif plus. Berikut adalah butiran kuantiti baru produk mindatif plus:

  • 1 botol besar 240biji
  • 1 botol kecil 110 biji

Walaubagaimana pun, harga jualan produk mindatif plus masih kekal seperti harga sebelum ini. Kualiti produk mindatif plus masih terjamin insyaAllah..Pengurangan kuantiti ini tidak dapat dielakkan oleh pihak syarikat berikutan permintaan tinggi bahan untuk membuat produk homeopati dari Malaysia, sekali gus menyebabkan harga bahan tersebut dinaikkan oleh pembekal.

Diharap pengurangan kuantiti ini tidak menjejaskan kepercayaan pengguna terhadap keberkesanan produk ini. Saya juga berharap pengguna terus memberi sokongan kepada produk mindatif plus ini. Sekian terima kasih.

Ikhlas: MindatifPLUS (MP)

Mindatif PLUS + Membaca Buku..

(Bimbinglah anak2 membaca tanda kasih sayang kita..)

Tadi sempat bersembang dengan mama dan adik saya tentang perkembangan jualan mindatif selepas sarapan mee goreng dan teh tarik.. Alhamdulillah sambutan semakin mengalakkan dan respon pengguna yang mengamalkan produk ini bertambah baik..Tetapi masih ramai ibu bapa yang lain yang tidak tahu tentang produk ini dan khasiatnya.

Pagi nie saya sedih apabila mendapat tahu dari mama saya, ada pelanggan memberi anak2 mereka mengamalkan mindatif plus tetapi tidak memantau anak2 mereka belajar..

Mereka bersungguh-sungguh memberi anak mereka makan mindatif plus dengan harapan anak mereka akan lebih mudah belajar, mudah menghafal dan rajin belajar. Terima kasih kepada pengguna yang sentiasa mengamalkan produk ini.. Tetapi sayangnya walaupun anak-anak mereka makan produk ini, dari segi membaca buku, ibu bapa tidak memantau anak2 mereka belajar..Ada anak2 yang mengamalkan produk ini, tetapi tidak membaca buku..Bagaimana kesan rangsangan otak akan bertindak sekiranya tidak membaca buku??

Ya..memang saya nyatakan produk ini boleh membantu anak2 yang malas belajar untuk membaca..Tetapi jika sebelum ini anak2 tersebut kuat bermain, ibu bapa tidak serius memantau atau menyuruh anak mereka membaca buku, maka setelah makan produk ini juga, tanpa arahan atau bimbingan ibu bapa untuk anak2 membaca, mereka akan seronok bermain sahaja seperti sebelum ini..Naluri anak2 memang sukakan permainan sahaja..Ibu bapa perlulah memastikan masa bermain dan belajar anak2 seimbang..

Kes sepupu saya..

Seperti saya nyatakan dalam testimoni tentang sepupu saya (intan sofia izzati namanya..), ya setelah mencuba produk mindatif plus, alhamdulillah ada perubahan dari segi pelajaran dia..Beliau mula makan produk mindatif plus pertengahan tahun ketika berusia 6 tahun. Namun ketika usia 6 tahun, apabila di suruh membaca buku sendiri beliau masih malas membaca.. Walaupun sudah ada peningkatan, tetapi sekadar arahan membaca sahaja, beliau lebih suka bermain permainan dan mewarna.

Apabila memasuki darjah satu tahun ini, sepupu saya di tempatkan dalam kelas ke-3 kerana prestasi semasa tadika kurang baik..Pada awal tahun ini, adik perempuan saya membantu beliau belajar. Mengajar beliau dan memerhatikan beliau semasa beliau belajar. Dalam kata lain, ajar mcam tuisyen la..Peringkat awal beliau masih liat2 la sikit..Biasa la tu budak2.. Tapi alhamdulillah setelah di ajar secara bersungguh dan paksa dia belajar, pelajaran beliau bertambah baik.. Beliau cepat belajar dan mengaji. Pada peperiksaan awal tahun baru2 nie beliau dapat no satu dalam kelas. Dan alhamdulillah sekarang dia telah di tukarkan ke kelas ke-2.. Baru2 nie, mama beliau belikan buku cerita, dan beliau seronok membaca buku cerita tersebut dan boleh membaca dengan lancar tanpa disuruh.

Pantau anak2 membaca..

Kepada pengguna produk mindatif plus yang saya kasihi, saya memohon kepada tuan/puan agar memantau anak2 kecil dan membimbing mereka membaca..Bimbinglah mereka mengenal huruf, membaca satu persatu pada peringkat awal..Sekiranya sebelum ini anak2 tuan/puan kuat bermain, saya mohon peringkat awal nie, tegas memantau anak2 tuan/puan membaca buku..Saya tahu, tuan/puan membeli produk ini dengan harapan membantu pelajaran nak2 tuan/puan. Saya pun berharap seperti itu juga.

Tetapi saya akan terkilan sekiranya anak2 yang makan produk ini tidak di pantau belajar. Bijak mana pun seseorang, sekiranya dia tidak membaca dan tidak mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkara, beliau tidak tahu juga..Saya sangat menekankan hal ini kerana saya tidak mahu, pengguna menyatakan produk ini tidak membantu..

Bagaimana nak tahu jika tak membaca..

Saya ada seorang rakan cina semasa di UTM. Beliau sangat bijak dalam kursus kami, tetapi saya terkejut apabila satu hari saya minta beliau membaca iklan mandarin di papan kenyataan, namun beliau kata beliau tidak tahu.. Saya tanya kenapa? Beliau pun bertanya, kalo saya minta awk baca jawi, awak boleh baca tak  jika awak tidak belajar?? Saya jawab tidak. Maka dia pun memberikan jawapan yang sama. Beliau tidak belajar membaca dan menulis mandarin. Sebab tu beliau tak tahu dan tidak belajar..

Sangat jelas lah disini bahawa belajar sangat penting. Sepandai mana kita dalam sesuatu perkara, tidak bermaksud kita tahu semuanya. Sekiranya kita tidak membaca, kita tidak tahu.. Seperti isu2 semasa juga, sekiranya kita sebok bermain game sepanjang masa, tidak membaca surat khabar dan menonton berita, adakah kita akan tahu isu semasa hari ini??

Penutup

Saya sekali lagi bermohon kepada pengguna produk mindatif plus agar pastikan anak2 yang mengamalkan produk ini tidak hanya makan sahaja, tetapi perlu juga membaca buku. InsyaAllah selepas beberapa ketika, mereka akan seronok membaca buku kerana semua yang mereka pelajari mereka mudah paham dan ingat. Cuma peringkat permulaan perlu pantauan serius dari ibu bapa..

Akhir kata, semoga doa, ikhtiar dan tawakkal kita untuk melahirkan lebih ramai anak2 cerdik pandai di negara kita diredhai dan diberkati ALLAH SWT dengan mengamalkan produk mindatif plus ini. Amin..

ikhlas: MindatifPLUS (MP)

Mengapa Orang Ramai Mempercayai Produk Mindatif Plus ini?.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Di kesempatan ini saya ingin menjawab persoalan yang ada bermain difikiran pengguna yang pertama kali mendengar dan mendapat tahu tentang produk ini.

“Mengapa orang ramai mula menggunakan produk mindatif plus ini dan mula mempercayai produk mindatif plus ini?.”

Disini saya listkan beberapa faktor utama ramai memilih Mindatif Plus:

SEBAB UTAMA:Membantu dalam pelajaran

Sebab utama mengapa ramai yang menggunakan produk ini adalah kerana ia membantu mereka atau anak mereka dalam pelajaran. Alhamdulillah setakat ini, apabila saya bertanyakan kepada pelanggan saya (Pelajar UTM kebanyakkannya) “Bagaimana selepas menggunakan produk ini?” Alhamdulillah, respon positif yang mereka berikan.

Alhamdulillah, mereka dapat rasa perbezaan dari segi pelajaran. Apabila membaca, mereka tidak memerlukan masa yang begitu lama untuk mengulangkaji sesuatu pelajaran. Mereka mudah mengingat dan paham apabila membaca setelah menggunakan produk ini. Penumpuan mereka di dalam kelas lebih baik dari sebelumnya.

Continue reading

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers