Tuisyen Online

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

  • Runsing kos tuisyen semakin mahal untuk seorang anak??

  • Perbelanjaan tidak cukup untuk menghantar anak-anak ke tuisyen setiap bulan??

Disini saya ingin perkenalkan satu portal pendidikan online yang terbaik untuk satu keluarga yang sangat murah dan menjimatkan. HANYA RM60  SEBULAN UNTUK SEKELUARGA merangkumi semua subjek utama untuk UPSR, PMR dan SPM.

Jika dahulu kita tuisyen di pusat-pusat tuisyen formal berhampiran rumah. Ada juga keluarga yang sanggup hantar jauh sedikit asalkan dapat cikgu yang terbaik dan sanggup bayar lebih.

Namun sejak kegawatan ekonomi ini, saya percaya ada keluarga yang kurang mampu menghantar kesemua anak-anak mereka tuisyen. Dan biasanya anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun tersebut baru diberi peluang ke tuisyen sahaja.

Kini tidak lagi, kerana melalui tuisyen online ini bukan anak yang bakal menduduki exam sahaja yang boleh guna, TETAPI kesemua adik beradik satu keluarga boleh gunakan portal ini seawal usia 3 tahun sehingga 17 tahun.

Disini saya listkan kelebihan menggunakan portal pendidikan ini:

1.Harga pengaktifan portal hanya RM60 sebulan untuk satu keluarga!!

Saya tekankan sekali lagi, RM60 sebulan untuk sekeluarga!! Bukan untuk seorang anak. Tidak kira tuan/puan baru ada seorang anak, 3 orang, 5 orang or 9 orang. Kesemua anak-anak tuan/puan boleh gunakan portal ini. Bahkan setiap anak mempunyai ID mereka sendiri dalam 1 portal tersebut.

2. Ibu bapa mudah memantau prestasi pelajaran mereka.

Melalui tuisyen online ini ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka menggunakan portal ini dirumah. Jika kedua-dua ibu bapa berkerja, ibu bapa boleh menggunakan waktu malam untuk bersama anak-anak sambil menggunakan portal ini. Secara tidak langsung mengeratkan kemesraan antara ibu bapa dan anak-anak.

Sekiranya di tuisyen biasa, ibu bapa mungkin tidak tahu bagaimana prestasi anak-anak mereka disana bahkan tidak tahu adakah mereka bersungguh belajar or sekadar datang memenuhi syarat kerana dihantar oleh ibu bapa.

Selain ID untuk anak-anak, ibu bapa juga ada ID mereka tersendiri. Menerusi ID ini ibu bapa dapat menilai prestasi setiap anak-anak mereka menggunakan portal ini. Ibu bapa juga dapat mengetahui sama ada anak-anak mereka belajar menggunakan portal tersebut atau tidak melalui kad laporan prestasi anak-anak mereka.

3. Pengurusan masa lebih efektif.

Biasanya jika kita hantar tusiyen biasa, anak-anak perlu bersiap terlebih dahulu. Jika anak lelaki biasa sekejap ja untuk bersiap, namun bagi anak perempuan mereka perlu mengambil masa yang lebih lama untuk bersiap. Kemudian ibu bapa perlu menghantar anak-anak lebih awal ke pusat tuisyen. Kadang kala anak-anak yang terpaksa menaiki bas perlu keluar sejam lebih awal supaya tidak ketinggalan bas. (Saya dah lalui pengalaman ini..) Disini kita telah rugikan banyak minit anak-anak sebelum mereka belajar.

Namun sekiranya kita menggunakan portal tuisyen online ini, mereka bebas menggunakan portal ini bila-bila masa seperti selepas waktu maghrib  sementara menunggu makan malam bersama keluarga  dan bila-bila masa yang ada.  Tidak perlu bersiap-siap cantik-cantik, kerana mereka hanya perlu membuat latihan dirumah sahaja. Ibu bapa juga jimat duit minyak kerana tidak perlu menghantar dan menunggu mereka balik.

4. Jimat dan menjimatkan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, keahlian atau akaun mengunakan portal ini dibayar sekali sahaja untuk seumur hidup. Berbeza dengan sesetengah portal lain, akaun valid untuk beberapa bulan sahaja. Selepas cukup bulan jika tak renew, ibu bapa perlu membeli portal dengan ID baru. Ini sangat merugikan ibu bapa. Namun dengan menggunakan portal ini, ibu bapa hanya bayar sekali sahaja dan akaun akan aktif seumur hidup selagi ada anak-anak yang bersekolah atas nama bapa.

Selain itu, pengaktifan atau yuran bulanan RM60 tersebut tidak wajib untuk setiap bulan. Konsep dia seperti kad topup telefon. Sekiranya kita nak guna, baru kita topup. Begitu juga dengan pengaktifan portal ini. Sebagai contoh, pada musim cuti sekolah akhir tahun ibu bapa tidak mahu menggunakan portal ini, maka ibu bapa tidak perlu topup atau bayar RM60 tersebut. Selepas bermula sesi persekolahan, ibu bapa ingin menggunakan semula portal ini maka perlu bayar RM60. Tiada masalah jika ibu bapa nak stop sebulan, dua bulan or tiga bulan atas sebab kewangan kerana bila-bila masa ibu bapa boleh aktifkan penggunaanya semula kerana akaun atau keahlian ini seumur hidup.

p/s: Ada perbezaan keahlian atau akaun dangan pengaktifan. Diharap ibu bapa tidak terkeliru. Saya akan jelaskan detail apabila menyentuh harga portal ini nanti.

5. Mendapat pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain mendapat pengiktirafan KPM, sukatan pelajaran 100% mengikut piawaian KPM dan mendapat koleksi sebenar kertas peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dari KPM.

6. Pelajar bersaing seluruh Malaysia.

Sekiranya kita menghantar anak tuisyen biasa kita hanya boleh comparekan result mereka dengan rakan-rakan tuisyen mereka sahaja. Berbeza apabila menggunakan portal ini, mereka akan bersaing dengan seluruh pelajar 1 Malaysia kerana setiap kali kertas peperiksaan yang diambil akan direkodkan. Kemudian 100 pelajar terbaik dari seluruh Malaysia akan dipaparkan dalam ranking pengguna portal ini.

Bukan sahaja nama malah nama sekolah dan lokasi juga di paparkan dalam ranking ini. Dengan ini secara tidak langsung pelajar dan ibu bapa dapat menilai prestasi anak-anak mereka dikalangan pelajar-pelajar lain seluruh Malaysia yang menggunakan portal ini.

Dengan adanya ranking ini memberi semangat atau motivasi kepada para pelajar untuk mencuba sebaik mungkin untuk mendapat keputusan lebih baik dari pelajar-pelajar lain seluruh Malaysia.

Portal ini bukan hanya menyediakan koleksi soalan sahaja malah juga merangkumi nota, kamus, latihan dan sebagainya yang boleh membantu pelajar sekiranya menghadapi masalah memahami pembelajaran menggunakan portal ini.

Portal ini cukup lengkap untuk pelajar.

Bagaimana pendapat rakan-rakan dengan kelebihan portal ini? Memang terbaik untuk ibu bapa dan pelajar bukan? :)

***

Saya pasti ada rakan-rakan tertanya-tanya dan mungkin ada juga yang sudah dapat meneka portal apa. Izinkan saya perkenalkan Portal Pendidikan Online Mystar. :)

Mystar mempunyai dua portal pendidikan iaitu mystar-a dan mystar-b. Mystar-a adalah untuk pelajar sekolah rendah dan menengah manakala mystar-b untuk pelajar bermula dari umor 3 tahun sehingga 6 tahun.

Apakah subjek-subjek yang ditawarkan??

Untuk Mystar-A:

Sekolah Rendah (Tahun 1-6) UPSR

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains

Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3) PMR

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Sekolah Menengah (Tingkatan 4-5) SPM

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Geografi
  • Sains
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Manakala untuk Mystar-B:

    Untuk kanak-kanak berusia 3 Tahun – 6 Tahun,pempunyai 7 jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan Bahasa Thailand. Selain grafik dan bunyian yang mampu menarik minat kanak-kanak.

    Rakan-rakan boleh click pada botton demo untuk merasai bagaimana sistem mystar digunakan.

    ***

    Sekiranya rakan-rakan berpuas hati dengan service dan kelebihan portal ini  setelah mencuba demo portal ini, dan berminat untuk MEMBELI PORTAL ini, boleh terus hubungi saya Mohd Hafizul Halim 013-7019350 or email saya hafizul0922@gmail.com

    Berapa harga 1 portal untuk satu family ini??

    Harga pakej RM300 sahaja untuk kedua-dua portal, Mystar-A dan Mystar-B.

    Saya jelaskan bayaran RM300 itu untuk apa sebenarnya supaya rakan-rakan tahu kemana RM300 itu dibayar.

    RM100 adalah untuk yuran keahlian atau untuk membuka akaun pengguna seumur hidup atas nama bapa.

    RM200 pula adalah kod topup (pengaktifan) untuk 4 bulan pertama. Sebagaimana saya maklumkan, kod topup setiap bulan RM60, maka untuk 4 bulan RM60x4 = RM240. Tetapi rakan-rakan telah membeli harga pakej RM300  pada permulaan, maka diskaun RM40 diberikan. Disini ibu bapa sudah tidak perlu bimbang untuk membayar RM60 duit tuisyen untuk 4 bulan pertama. Masuk bulan kelima baru perlu bayar RM60 untuk beli kod topup tersebut.

    Jika kita kira RM60 dibahagi 30 hari untuk sebulan, kos tuisyen jatuh hanya Rm2 sehari untuk sekeluarga. Bukan untuk seorang anak tetapi satu family bahkan merangkumi subjek-subjek utama untuk UPSR, PMR dan SPM.

    Jimat bukan?? :)

    Setiap keluarga perlu ada komputer dan juga internet untuk menggunakan portal ini. Itu sahaja..

    ***

    Saya mohon maaf kerana tiada borang tempahan atau pesanan terus secara online. Sekiranya ada rakan-rakan berminat untuk mendapatkan portal ini boleh terus hubungi saya. Kita akan berurusan terus melalui telefon.

    Cara membuat bayaran akan saya maklumkan setelah rakan-rakan bersetuju untuk membeli portal ini selepas perbincangan lebih lanjut di adakan. =)

    ***

    Selain itu, ibu bapa juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan perniagaan ini. Sekiranya ada ibu bapa berminat mengetahui cara menjalankan perniagaan ini, saya akan membimbing dan menerangkan cara mudah menjalankan perniagaan ini. Cuma sms saya maklumkan berminat untuk mengetahui tentang perniagaan ini. Kita boleh chat melalui yahoo sekiranya perlu. ;)

    Serba sedikit tentang profile Puncakmas Marketing Sdn Bhd. Operasi utama syarikat di Bandaraya Alor Setar, Kedah. Syarikat diterajui oleh empat usahawan muda iaitu En. Mohd Norzuzafre bin Zulkifle (President), En Muhazani bin Mat Noh (Timbalan President), En Mohamad Shukri bin Sulaiman (Pegawai Eksekutif) dan En Mohd Norshahar bin Zulkifle (Pengurus Besar).

    Puncakmas Marketing Sdn Bhd 100% milikan bumiputera.

    Keratan-keratan akhbar:


    Note 1: Disini saya hanya fokuskan penjualan dan penggunaan portal itu sendiri dan bukan menekankan tentang pelan perniagaan portal ini. Sesiapa berminat menggunakan portal ini maklumkan kepada saya.

    Note 2: Sekiranya ada ibu bapa menghadapi masalah anak lemah dalam pelajaran, sukar menghafal atau fokus dalam kelas, saya juga ada  menjual satu produk minda (suppliment) untuk pelajar. Alhamdulillah berkesan untuk pelajar-pelajar yang mengambil secara berterusan. Info produk tersebut boleh click pada page Mindatif Plus diatas. :)

    Terima kasih.

    25 responses to this post.

    1. Posted by Linda Othman on May 20, 2014 at 7:09 PM

      Cmne cara nk mendaftar

      Reply

    2. Posted by muryati on May 1, 2014 at 7:16 PM

      mcm mane sy nak langgan nie??

      Reply

    3. Posted by fatin najihah on March 26, 2013 at 11:07 PM

      daftar kt ner ea

      Reply

    4. Posted by suriati on September 4, 2012 at 3:26 PM

      Assalamualaikum, apabila saya membaca portal ini saya tertarik dengan pelajaran yang diberikan anak saya lemah mata pelajaran (Matematik,Sains dan B.english) kalau bahasa melayu dia ok! dapat score A tapi yang lainnya kurang baiklah.Saya nak tahu cara cara melanggan :)

      Reply

    5. Posted by ASMA on April 21, 2012 at 6:52 PM

      camna ,,nak join. utk anak tahun 3 lemah bahasa melayu

      Reply

    6. Posted by ati on January 26, 2012 at 4:21 PM

      mcm mn nk langgan?

      Reply

      • Salam kak ati: Nak langgan boleh terus sms no saya. Saya akan daftarkan untuk akak selepas bayaran dibuat. Kemudian akak boleh buka dan gunakan.

        Reply

    7. Posted by ati on January 26, 2012 at 4:20 PM

      mcm mn sy nk langgan portal ni?

      Reply

    8. Posted by emma on October 28, 2011 at 12:27 PM

      ank sy mmg lemah dlm semua subjek.die x minat dlm pelajaran hanya minat main game je.Rasanya semua ibu bapa risau kalau ade ank cmni kn? mcmana nk tarik minat ank2 ni supaya lebih tekun n minat nk membaca buku?

      lg 1 saya klik kt demo tu nape x blh bukak ye?

      Reply

      • @Kak Emma: Boleh saya tahu berapa tahun anak akak? Ini pendapat saya, memang lumrah kanak suka bermain. Kita dulu2 pun waktu kecil banyak nak bermain dari nak belajar.. hehe.. Cuma bezanya dulu, lebih banyak outdoor game dengan kawan2 spt berbasikal, main sorok2, dll daripada bermain indoor game.. Beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk anak-anak: 1. Tetapkan waktu untuk bermain dan waktu untuk belajar kepada mereka. 2. Untuk kanak-kanak dalam usia 3-10 tahun (pendapat saya), ibu bapa perlu turut sama membaca bersama mereka. Ambil sedikit ruang untuk mengajar mereka. Ia perlukan banyak kesabaran.. 3. Saya perhatikan orang cina sudah asuh anak2 mereka dari kecil ke kedai buku. Ini salah satu tabiat yang baik untuk membentuk minda anak-anak. Banyakkan ajak mereka ke kedai buku.Pupuk semangat suka membaca dan ibu bapa juga beri contoh kepada anak2 melalui banyak membaca. 4. Salah satu tips untuk merangsang mereka membaca ialah apabila anak2 teringin membeli satu buku, tetapkan satu target kepada mereka spt jika ujian pertama dapat markah 80 keatas, kita akan belikan mereka buku yang mereka mahukan. Secara tidak langsung mereka akan termotivasi utk capai apa yang mereka inginkan.

        Untuk memulakan semua ini bukan mudah, tapi insyaAllah atas usaha yang berterusan, didikan yang baik, kesabaran, tidak putus berdoa, anak-anak akan berubah.

        Berkenaan demo: Akak click pada butang demo kemudian pilih bahasa. Baru dapat masuk ke webdemo dia..

        Harap pendapat saya membantu akak.. :)

        Reply

      • @Kak Emma: Boleh saya tahu berapa tahun anak akak? Ini pendapat saya, memang lumrah kanak suka bermain. Kita dulu2 pun waktu kecil banyak nak bermain dari nak belajar.. hehe.. Cuma bezanya dulu, lebih banyak outdoor game dengan kawan2 spt berbasikal, main sorok2, dll daripada bermain indoor game.. Beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk anak-anak: 1. Tetapkan waktu untuk bermain dan waktu untuk belajar kepada mereka. 2. Untuk kanak-kanak dalam usia 3-10 tahun (pendapat saya), ibu bapa perlu turut sama membaca bersama mereka. Ambil sedikit ruang untuk mengajar mereka. Ia perlukan banyak kesabaran.. 3. Saya perhatikan orang cina sudah asuh anak2 mereka dari kecil ke kedai buku. Ini salah satu tabiat yang baik untuk membentuk minda anak-anak. Banyakkan ajak mereka ke kedai buku.Pupuk semangat suka membaca dan ibu bapa juga beri contoh kepada anak2 melalui banyak membaca. 4. Salah satu tips untuk merangsang mereka membaca ialah apabila anak2 teringin membeli satu buku, tetapkan satu target kepada mereka spt jika ujian pertama dapat markah 80 keatas, kita akan belikan mereka buku yang mereka mahukan. Secara tidak langsung mereka akan termotivasi utk capai apa yang mereka inginkan.

        Untuk memulakan semua ini bukan mudah, tapi insyaAllah atas usaha yang berterusan, didikan yang baik, kesabaran, tidak putus berdoa, anak-anak akan berubah.

        Berkenaan demo: Akak click pada butang demo kemudian pilih bahasa. Baru dapat masuk ke webdemo dia..

        Harap penda

        Reply

    9. Posted by Amizah on May 4, 2011 at 5:13 PM

      Bagaimana sekiranya langganan baru bermula di pertengahan tahun?Adakah diajar bermula dari awal tahun?

      Reply

      • Salam. Maa lewat balas pertanyaan. Dalam My-Star, kita ada nota, latihan, exam dan sebagainya. Nota disediakan dari awal tahun hingga akhir tahun. Jadi kita bebas untuk mula dari awal atau terus ke pembelajaran terkini. Kemudian latihan pula ikut modul. Tiada masalah jika bermula di pertengahan tahun. Tambahan, my-star kini telah ada program tambahan seperti membaca iqra’, mengaji, dan banyak lagi semua dalam pakej yang sama.

        Reply

    10. Posted by shah on July 28, 2010 at 3:08 PM

      salam..
      anak saudara sy ad gne..
      dia kat mystar x lengkap..
      bnyk silibus yg x penuh complete lg..
      ble bkk asik under construction je..

      Reply

      • wslm..
        Terima kasih shah atas infomasi ini..
        Infomasi seperti ini membantu pihak mystar untuk mempertingkatkan lagi kualiti portal mereka dari semasa kesemasa..
        IAllah saya akan cuba bertanya kepada pihak yg terlibat akan isu ini..
        Cuma boleh saya tahu anak saudara shah berumur berapa tahun dan silibus untuk subjek apa yang bermasalah?
        Supaya lebih senang saya utarakan masalah ini langsung dengan syarikat..
        Terima kasih.. :)

        Reply

        • Saya telah bertanya dengan rakan yang menggunakan portal ini untuk anak mereka yang berumur hingga darjah 6.. Mereka maklumkan tiada masalah tentang portal mystar. Jadi boleh shah maklumkan saya detail silibus utk subjek dan umo berapa yang bermasalah? Lebih mudah saya nak check semula. Terima kasih.

          Reply

    11. Posted by kak linda on July 7, 2010 at 9:03 AM

      salam.. RM300 utk Mystar A saja atau dapat kedua-duanya A n B

      Reply

    12. Posted by emma on June 21, 2010 at 8:53 PM

      tuisyen untuk orang dewasa tak der ker? bahasa inggeris , mandarin & bahasa tamil…

      Reply

      • Portal Mystar untuk pelajar sahaja setakat ini. Untuk dewasa belum ada.. Rasanya kelas tuisyen biasa ada mengajar bahasa2 tersebut.

        Reply

    13. Teruskan usaha mulia ini !!

      Reply

    14. Assalamualaikum

      Sekadar ingin berkongsi tentang 12 design grafik dan ecover 3D Portal Pendidikan Online MYSTAR. Gunakan design berbeza yang mampu menarik minat pelanggan anda dan meningkatkan persembahan blog.

      Pergi jengok kat http://mystarzone.com/ dan muat turun PERCUMA sekarang !!!!

      shaharuddin
      http://www.shaharuddin.com
      http://www.mystarzone.com

      Reply

      • Terima kasih en shaharuddin atas perkongsian ini. =)

        Reply

        • Sama-sama.

          Insa’allah dlm masa senggang terdekat saya akan tambah lagi grafik tersebut dan beberapa bonus istimewa teknik dan tips mempertingkatkan persembahan blog dan minisite jualan.

          Special request utk custom design ecover juga boleh …

          Reply

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 41 other followers

    %d bloggers like this: