Bermain Dan Belajar

Assalamualikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Ilahi kerana dengan izinNya kita masih lagi bernafas di dunia kepunyaanNya. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi junjugan kita Nabi Muhammad SAW.

Sesi persekolah baru saja bermula beberapa minggu yang lalu selepas bercuti hampir dua bulan. Saya pasti tentu anak-anak kecil ini seronok berjumpa kembali rakan-rakan mereka disekolah. Mereka pasti tidak melepaskan peluang untuk menceritakan pengalaman yang mereka lalui semasa cuti sekolah lepas. Ada juga yang tidak sabar untuk bermain dengan rakan-rakan disekolah kerana dirumah, mereka mungkin sukar berjumpa kerana jauh dari rumah masing-masing.

Selepas kembali ke sekolah dari bercuti panjang, pasti masih ada anak-anak kecil ini belum bersedia sama ada ingin fokus belajar atau bermain. Normal, pada bulan pertama dan kedua persekolahan, mood belajar masih rendah dalam diri anak-anak kecil ini.

Walau bagaimanapun, memang tidak dapat dinafikan sifat azali anak-anak kecil suka meneroka dan lebih banyak bermain. Mereka belajar hasil dari ‘penerokaan’ mereka. Ianya sesuai dengan fitrah kejadian anak-anak kecil.

Namun begitu, saya dapati ada ibu bapa yang mengawal ketat anak-anak mereka dari bermain dan ada juga yang bersifat tidak kesah dengan anak-anak mereka apabila mereka memasuki alam persekolahan. Tindakan awal ini memberi kesan sama ada positif atau negative kepada perkembangan masa depan anak-anak mereka.

Pada pendapat saya, langkah terbaik adalah bersifat sederhana dalam memantau aktiviti mereka.

Pengalaman saya..

Saya merupakan antara anak lelaki yang paling kuat bermain ketika kecil berbanding dengan adik-adik yang lain. Pada masa itu, rasa punyai ramai kawan kampong untuk bermain. Balik sahaja sekolah, dalam pukul 3 atau 4 petang saya sudah keluar bermain. Balik rumah menjelang pukul 6.30petang sebelum maghrib. Kerana kalau balik lewat, pasti akan kena marah atau lebih teruk kena rotan kerana banyak bermain. Haha..

Walaupun banyak kali juga kena rotan masa kecil, saya tidak serik keluar bermain. Antara aktiviti yang menarik yang paling saya suka, melastik burung. Hehe.. Setiap petang saya dan beberapa orang kawan lagi akan pusing masuk kebun-kebun di kampong untuk melastik burung. Pada masa tesebut, burung yang menjadi kegemaran adalah burung serindit. Warnanya kehijauan dan ada warna merah di dadanya. Ataupun burung punai tanah. Sekiranya tiada, burung merbuk, terkukur dan kelicap pun turut menjadi mangsa.

Namun begitu, saya sebenarnya jarang sekali dapat melastik tepat mengena sasaran. Biasanya hanya kawan-kawan saya sahaja yang berjaya melastik burung-burng tersebut. Walaupun tak kena sasaran, saya enjoy je ketika itu. Hehehe..

Pengawasan Ibu Bapa..

Walaupun ketika kanak-kanak saya kuat bermain, alhamdulillah keluarga saya amat mementingkan pelajaran kami adik beradik. Apabila hampir menjelang minggu peperiksaaan, ibu saya akan mengawal aktiviti harian saya. Berbanding dengan keluarga kawan-kawan sepermainan saya yang lain, saya dapati ibu bapa mereka seakan tidak kesah tentang perkembangan pelajaran mereka.

Begitu juga ketika saya belajar disekolah menengah. Saya dapati ada sesetengah ibu bapa rakan-rakan saya yang kurang memantau aktiviti anak-anak mereka sehinggakan mereka lebih banyak bermain dari belajar.

Kesan dari sikap ini, saya dapati jumlah pelajar yang berjaya memasuki universiti tidak ramai.

Pengaruh Games..

Lagi satu fenomena yang saya alami dan perhatikan sepanjang menuntut di universiti, ada juga segelintir pelajar universiti yang terpengaruh dengan lambakan games dipasaran menyebabkan mereka leka bermain dari belajar.

Saya teringat satu kisah yang diceritakan oleh ketua jabatan fakulti saya kepada saya dan beberapa rakan ketika majlis makan malam selepas selesai program annual general meeting persatuan untuk kursus saya. Kata beliau, ada junior kami pada semester lepas terpaksa di berhentikan pengajian kerana mendapat keputusan yang teruk. Apabila disiasat, didapati pelajar terbabit kurang belajar dan banyak bermain game menyebabkan resultnya teruk.

Begitu juga yang berlku kepada super senior di fakulti saya apabila masih tidak dapat menghabiskan pengajiannya walaupun telah extend 3 semester dan mengambil hanya 1 subjek sahaja lagi untuk membolehkannya grad. Namun, apabila disiasat didapti kes yang serupa banyak bemain game komputer sehingga lewat malam dan akhirnya mengabaikan pelajaran.

Saya dan rakan-rakan juga pernah mengalami situasi yang sama ketika tahun pertama dan kedua pengajian dahulu. Peranguh game memang sangat kuat terutama ketika belajar. Pernah suatu ketika, kami beratur menunggu giliran semata-mata untuk bermain game.

Bertindak Bijak..

Walaupun tidak dapat lari dari pengaruh game, bagi seorang mahasiswa, mereka perlu bertindak matang dalam aktiviti yang dilakukan. Mahasiswa perlu bijak membezakan antara perkara yang penting atau tidak.

Sementara, bagi pelajar-pelajar yang masih menuntut di peringkat menengah atau rendah, pengawasan ibu bapa penting dalam aktiviti seharian anak-anak mereka. Membiarkan anak lebih bermain dari belajar boleh mendatangkan kesan negative. Namun begitu mengongkong anak untuk belajar sahaja dan menyekat aktiviti mereka untuk bermain turut boleh menyumbang kepada kesan negative kepada emosi anak-anak remeja terutamanya.

Hidup perlu keseimbangan kerana tanpa keseimbangan dalam hidup, individu mudah terjebak kepada perkara negative berbanding perkara positif. Manusia dapat mengenal baik dan buruk sesuatu tindakan berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui mereka atau orang disekeliling mereka.

Note: Kepada ibu bapa yang mengalami situasi anak-anak kecil mereka sukar dikawal untuk bermain, disini ada satu produk makanan tambahan baik untuk pelajar yang kurang minat belajar dan tidak focus dalam pelajaran. Sila rujuk topik produk kesihatan untuk maklumat lebih lanjut. Sekian.

MindatifPLUS (MP)~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: