Homeopati: Satu Penjelasan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya pasti saudara/i pasti tertanya-tanya penjelasan tentang apa yang bakal saya berikan bukan?

Saya rasa terpanggil untuk turut menulis dan menerangkan secara ringkas  berkaitan isu kes Adi Putra yang mengemparkan seluruh negara.

Apa kaitan Adi Putra dengan mindatif plus?? Isu yang ingin dijawab disini berkaitan status produk homeopati. Isu berkaitan produk Adi Putra turut memberi tempias dan kesan terhadap industri produk jenama homeopati lain di negara ini.

Jesteru itu, penjelasan yang bakal saya berikan ini diharap dapat menenangkan semua dan mengembalikan semula kepercayaan pengguna kepada produk homeopati.

Terlebih dahulu saya ingin bawakan berita penuh dari harian metro  jawapan yang diberikan oleh Kemenerian Kesihatan berkenaan status kes Adi Putra tersebut. Diharap supaya pembaca semua akan jelas tentang isu tersebut.

Rampasan produk Adi Putra lepas siasatan rapi

Sumber: Harian Metro, 2010/01/19

PETALING JAYA: “Rampasan yang dilakukan terhadap produk Ubat Penawar Sendi Tulang milik kanak-kanak genius, Adi Putra Abdul Ghani, 11, Sabtu lalu, bukan dilakukan sesuka hati atau berniat jahat. Kami tidak punya apa-apa kepentingan dalam perkara ini,” kata Pengarah Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Hatta Ahmad.

Menurutnya, kajian berhubung isi kandungan produk berkenaan yang didakwa boleh menyembuhkan sakit sendi dan tulang sudah mula dilakukan di makmal forensik bahagian penguat kuasa farmasi sejak awal November tahun lalu.

“Ujian makmal yang dilakukan kakitangan makmal berulang kali mendapati pil terbabit disahkan mengandungi kimia Dexamethasone iaitu dadah steroid yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.

“Semua ujian makmal terbabit dilakukan secara terperinci menggunakan peralatan paling moden yang boleh mengesan sebarang kehadiran kimia berbahaya yang sengaja dicampurkan ke dalam ubatan atau makanan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu sama ada pegawai penguat kuasa farmasi sengaja mensasarkan produk Adi Putra berikutan semua tindakan diambil mengikut prosedur selain terlebih dahulu melalui ujian makmal yang ketat.

Dalam pertemuan singkat semalam, Hatta sempat membawa wartawan melawat dua makmal moden KKM iaitu Makmal Forensik Bahagian Penguat kuasa Farmasi dan Makmal Pengujian Produk Unit Penyaringan Campur Palsu KKM yang digunakan khusus untuk menjalankan pemeriksaan terhadap ribuan produk kesihatan.

“Penggunaan alatan moden seperti Gas Mass Spectrum Chrometography (GCMS) dan High Performance Liquid Chrometography (PLC) mampu mengesan bahan asing yang dicampurkan ke dalam ubatan walaupun dalam kuantiti kecil.

“Keputusan yang diperoleh 100 peratus tepat dan tidak perlu diragui. Bukti terbabit kemudian dijadikan asas bagi membolehkan tindakan susulan dilakukan bagi merampas mana-mana produk kesihatan yang didapati bercampur aduk dengan kimia berbahaya di pasaran,” katanya. Beliau berkata, dakwaan pada pelekat label produk yang mendakwa Produk Ubat Penawar Sendi Tulang dihasilkan daripada rempah ratus seperti halia dan madu ternyata satu fakta tidak tepat dan pihaknya masih menyiasat sumber pembekal produk pil terbabit diperoleh. Menurutnya, pemeriksaan makmal pada enam lagi produk homeopati dipasarkan Adi Putra turut mendapati ia hanya mengandungi bahan sukrose iaitu gula. “Berdasarkan siasatan ketika serbuan, semua pil kecil berwarna kuning itu didapati diimport daripada pengeluar produk Homeopati dari Lahore, Pakistan,” katanya.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Berdasarkan keterangan dapi Pihak Kementerian Kesihatan, produk yang mengandungi steroid itu adalah produk untuk menyembuhkan sakit sendi dan tulang dan bukanlah produk homeopati IQ dan EQ. Cuma isunya produk tersebut turut di tambah ramuan homeopati bersama ramuan herba yang mengandungi steroid.

Jika kita lihat pada kenyataan terakhir yang berbunyi; “Menurutnya, pemeriksaan makmal pada enam lagi produk homeopati dipasarkan Adi Putra turut mendapati ia hanya mengandungi bahan sukrose iaitu gula.”

Jelas dari pernyataan ini produk homeopati yang di analisis tersebut sebenarnya mengandungi hanya sucrose iaitu gula dan bukan steroid. Steroid tersebut di dapati dalam ramuan herba yang telah di campur bersama sucrose homeopati dalam ubat sendi dan tulang dan bukan produk homeopati semata-mata.

Disini saya ingin bawakan keratan akhbar berkenaan status produk homeopati.

Ubat homeopati tiada kesan sampingan
Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999

Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Sumber pertikan artikel: Akhbar Dr perubatan homeopati

Saya cuba dapatkan berita penuh dari akhbar berita harian untuk tatapan semua, namun perlu membuat bayaran kepada berita harian untuk aksess masuk mendapatkan berita penuh.

Sehubungan itu, isu berkaitan kelulusan kementerian kesihatan KKM untuk produk homeopati yang diiktiraf sudah terjawap lebih 10 tahun dahulu.

Diharap semua bakal pengguna dan pengguna produk homepati terutama mindatif plus tidak ragu-ragu dengan produk ini.

Kenapa memilih homeopati

Info ini diperoleh daripada rakan kita yang tutut menceburi bidang homeopati. Beliau telah listkan beberapa kebaikan rawatan homeopati secara general seperti berikut:

  • Homeopati adalah system perubatan yang kedua terbanyak digunakan diseluruh dunia menurut perincian WHO ( pertubuhan kesihatan sedunia ). Di Amerika Syarika kepopularitiannya meningkat 25%-50% setahun. Kejayaan ini disebabkan oleh beberapa faktor :
  • Homeopati sangat berkesan.Apabila sesuatu penawar yang serasi diambil ia akan mengembalikan kesihatan dengan cepat, sempurna dan berterusan..
  • Homeoapti adalah amat selamat, Bayi dan wanita yang mengandung selamat menggunakan penawar homeopati tanpa perlu risau kepada kesan sampingan. Penawar homeopati juga boleh diambil selari dengan pengambilan ubatan lain tanpa menimbulkan sebarang masalah kesihatan.
  • Homeopati adalah berteraskan semulajadi. Kesemua penawar homeopati adalah berdasarkan alam semulajadi.
  • Homeopati bertindak secara harmoni dengan system imun manusia, berlawanan dengan ubat konvensional yang menekan sistem imun manusia . ( sebagai contoh ubat batuk menekan ( suppress ) rangsangan batuk yang merupakan usaha badan untuk mengeluarkan kahak dari paru-paru.
  • Perubatan homeopati tidak mendatangkan ketagihan.Sebaik pesakit telah sembuh maka ia tak perlu mengambil ubat lagi. Jika masih tidak sembuh dalam tempoh yang lama itu menandakan penawar tersebut tidak serasi dengan penyakit.

InsyaAllah pada kesempatan akan datang saya akan bawakan biodata pengasas produk ini dan qualification atau kelayakan beliau dalam bidang ini. Beliau merupakan ahli doktor-doktor perubatan homeopati Malaysia dan telah di iktiraf di peringkat antarabangsa. Berpengalaman dalam perubatan homeopati lebih 15 tahun. Detail siapa beliau akan saya bawakan nanti. InsyaAllah..

Sekian terima kasih.

7 responses to this post.

  1. Posted by anna on January 28, 2013 at 9:35 PM

    maaf..ralat…tuan..bukan puan..saya tak perasan nama penulis blog ini. Maaf en. fyzul🙂

    Reply

    • Salam Puan Anna..

      Saya juga masih menunggu official info dari pihak pengurusan. Tetapi insyaAllah, saya ada juga bertanya tentang pendapat Dr panel di kilang saya tentang produk homeopati. Dr panel juga kata tiada masalah untuk amalkan produk homeopati nie..

      Reply

  2. Posted by anna on January 28, 2013 at 9:34 PM

    Salam puan. Saya masih menunggu reply puan berhubung isu homeopati dan KKM. Memandangkan tulisan (pertanyaan) saudara nizam adalah pada 8 Mac 2010. Saya ingin tahu lebih lanjut kerana saya baru ingin berjinak-jinak dengan produk homeopati yang dilaporkan langsung tidak mengandungi bahan kimia. Terima kasih -Anna, Klang.

    Reply

  3. Posted by asniza on March 7, 2011 at 11:10 AM

    salam. Akak berminat untuk memperolehi stok ini. akak tinggal di shah alam. ade x stokist yang terdekat.

    Reply

    • @Kak Asniza: Akak boleh terus hubungi pegedar saya Puan Nurita Jumri di Shah Alam. No phone ada dalam page senari pengedar diatas.🙂

      Reply

  4. Posted by nizam on March 8, 2010 at 9:47 AM

    asalamualaikum…
    saya tertarik untuk mengikuti perkembangan blog tuan terutama sekali produk mindatif … dan saya juga telah makan produk tuan yang berada di pasaran kemuskilan saya telah lama berada di pasaran namun saya lihat tiada pengitirafan dari Kementerian Kesihatan …cuma satu sahaja kelemahan ubat tuan …walaupun tuan nyatakan atikel bahawa produk homeopathi tidak perlu mendapatkan kelulusan kementerian tetapi saya tetap mengatakan ianya mengambil resiko kepada pengguna. lebih2 lagi artikel tu dikeluarkan pada tahun 1999 tetapi sekarang telah tahun 2010.Persoalanya adakah lojik pehak tuan masih menggunakan artekel tersebut pada zaman sekarang.. Apa alasan tuan pulak tidak untuk mendapatkan kelulusan kementerian kesihatan adakah kerana kos atau biokerasi kementerian atau kah produk tuan sendiri tak dapat melepasi saringan kemekterian kesihatan.. adakah dengan sijil CEPP sudah cukup memedai untuk membuat keyakinan pengguna …saya sebagai pengguna berharap perkara KKM ini jangan di ambil rengan sebab dia melibatkan Jenerasi muda bangsa melayu…tidak seharusnya kita meletakan keuntungan semata2 tetapi mengorbankan bangsa dengan tiada kelulusan kementerian kesihatan..sekiranya kanak2 yang berumur dari 1 tahun sampai ibu mengandung mengamalkan sedangkan kelulusan kementerian kesihatan tiada bayangkan jenerasi masadepan bangsa melayu ..mungkin masa sekarang tiada kesan apa akan jadi 10 tahun,20 tahun akan datang … sikit-sikit lama2 jadi bukit..jadi siapa akan di pertanggungjawabkan kelak. Saya berharap sangat agar tuan dapat berbincang dengan pengeluar masalah KKM ini agar pasaran produk tuan mendapat keyakinan 100% dari pengguna dengan kualiti yang tak perlu di ragui lagi.
    Mungkin tuan akan kata dia di proses oleh seorang doktor Homeopati yang mempunyi kelulusan dan diiktiraf dunia tapi masalahnya kenapa yang tahu undang2 perubatan dan pengeluaran produk mengabaikan sijil kementerian kesihatan.sekiranya produk ni masih baru di pasaran mungkin pengguna masih boleh terima lagi…sebab saya dah menggunakan telah setahun dan saya di fahamkan telah 3 tahun berada di pasaran ..persoalanya telah 3 tahun tak mungkin KKM tiada lagi.
    Kita jangan salahkan produk lain takada KKM dan kita jangan cari banyak alasan lain untuk tidak mendapatkan sijil KKM sebaliknya kita perkukuhkan Produk kita agar tiada pehak bertanyakan kenapa dan kenapa…itu adalah lebih baik dari memberikan pelbagai alasan yang menuju kelemahan sendiri.

    sekian terimakasih

    Reply

    • Posted by fyzul on March 8, 2010 at 10:30 AM

      Assalamualaikum saudaraku nizam,

      Terima kasih atas pertanyaan dan perhatian tuan keatas produk midatif plus ini.. Saya amat menghargainya..Terima kasih juga atas kerana telah setia menggunakan produk ini selama setahun dan mengikuti perkembangan produk ini dari semsa ke semasa..

      Saya berkenaan persoalan saudara nizam lontarkan berkenaan isu KKM..Saya akan jawap dalam post terbaru saya sebentar lagi, insyaAllah agar semua yang melawat blog saya ini mendapat jawapan yang seadilnya disini. Saya tidak akan sembunyikan apa2 keburukan tentang produk ini kepada saudara nizam dan juga pelanggan lain disini. Terutama palnggan yang membeli dari blog ini.

      Mohon saudara rujuk post saya sebentar lagi..=)

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: