Rahsia dalam Rahsia.

Salam sejahtera semua.. Bertemu kita sekali lagi dalam post yang terbaru “Rahsia Dalam Rahsia” yang selama ini amat saya nantikan untuk berkongsi bersama rakan-rakan sekalian.. Selama ini saya mencari-cari sumber ilmu dan infomasi yang sesuai untuk saya kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian disini.

Rahsia dalam rahsia ini merupakan introduction atau pengenalan rahsia yang saya ingin kongsikan bersama disini.;)

Sebenarnya tengah hari tadi, setelah ke pejabat pos di UTM Skudai untuk menghantar pesanan produk mindatif kepada pelanggan saya di selangor, saya singgah sebentar di kiosk buku-buku ilmiah. Banyak buku-buku yang menarik dijual disana. Saya singgah sebentar ke kiosk tersebut untuk melihat-lihat dan mencari buku yang sesuai supaya saya dapat kongsikan bersama dengan sahabat yang melawat blog saya ini.🙂

Alhamdulillah, saya berjumpa sebuah buku terbitan dari Telaga Biru. Buku tersebut hasil karya Dato’ Siti Nor Bahyah Mahmood dan Haji Muhammad Zakaria. Saya pasti bagi mereka yang suka membaca, amat sinonim dengan karya buku-buku penerbitan Telaga Biru. hehe..:) Saya membaca sinopsis dibelakang buku tersebut dan dapati inilah buku informasi yang saya cari selama ini! Kenapa?? Saya akan menjawab persoalan tersebut dalam siri-siri artikel saya seterusnya selepas ini insyaAllah..=) Diharap sahabat-sahabat sekalian bersabar dan terus melawat blog saya dari masa ke semasa untuk mendapatkan informasi disini..

Kepada sesiapa yang tidak sabar untuk mengetahui apakah rahsia dalam rahsia yang ada dalam buku tersebut, sahabat boleh terus dapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku berhampiran anda. Tapi apa judul buku tersebut bukan..?? Lihat foto buku tersebut dibawah..:)

Adakah saya akan copy paste kesumua bahan dalam buku ini ke blog saya??? Tidak..=) Nanti saya akan di tuduh plagiat bahan orang lain..Saya akan cuba mengolah semula informasi yang ada dalam buku ini dan menyusun mengikut keperluan dan kesesuaian blog saya supaya sahabat-sahabat teruja untuk terus membaca disini. InsyaAllah..=)

Sebelum saya akhiri post kali ini, saya ingin kongsikan satu pesanan

(Perkara yang menggelapkan hati):

1. Kenyang perut

Dari Luqman al-Hakim kepada anaknya:

“Wahai anakku (ingatlah), apabila perut dipenuhi makanan, maka padamlah fikiran, bisulah lidah daripada menuturkan hikmah (ILMU) dan beratlah anggota untuk beribadah.”

Sebagaimana yang kita lihat, apabila kita terlalu kenyang kita akan mudah mengantuk, malas membuat kerja dan ingin rehat atau baring. Lantas akan menghadkan fungsi otak untuk berfikir. Sunnah Rasulullah SAW ketika makan; 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara. Baginda juga menyarankan agar kita berhenti makan sebelum kenyang.

Macam mana kita nak tau dah kenyang atau tak?? Biasanya bila bunyi sendawa, orang kata tanda dah kenyang. Namun ada juga yang memberi alasan ‘angin’ dan terus makan sehingga dah tak boleh nak makan dah..

Kalo saya sendiri pun, setelah selesai makan, mula la rasa mengantuk..Menguap beberapa kali disebabkan oxygen tidak cukup disalurkn ke otak dan seluruh badan. Nasihat saya, makan mengikut keperluan badan dan bukan mengikut nafsu makan..=) Selepas makan, jangan terus baring (confirm2 akan tidur..), atau jangan terus baca buku (tak pasal2 peta baru ada kat buku nanti..hehe)

Tips lepas makan..Rehatkan badan seketika sama ada, duduk bersembang dengan family dulu ka, keluar amik angin luar rumah selama 10 minit ka..

2. …

3. …

Ada banyak lagi  perkara yang boleh menggelapkan hati..insyaAllah akan saya kongsikan dalam post2 akan datang..:)

Ikhlas: MindatifPLUS (MP)~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: