Mindatif Plus dah dapat pengiktirafan KKM ker??

(Mari mencari penjelasan..)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

“Adakah ubat ini diikitiraf oleh Kementerian Kesihatan?”

“Adakah produk ini selamat digunakan?”

Semenjak saya membuka blog informasi dan menjual produk mindatif plus, ramai yang pertama kali mengetahui tentang produk ini bertanya tentang status produk ini sama ada telah mendapat kelulusan kementerian kesihatan KKM atau tidak. Soalan ini memang lazim ingin diketahui pengguna terutama produk kesihatan. Saya pun akan bertanya persoalan seperti ini jika menjadi pembeli produk kesihatan yang lain.🙂

Saya telah cuba menjawab dalam artikel homeopati: satu penjelasan berkenaan isu ini. Namun, beberapa hari lepas saya  menerima pertanyaan daripada Sue tentang status KKM. Dan pada petang ini, En Nizam melontarkan persoalan yang sama kepada saya tentang  produk dan status isu KKM juga dan ramai lagi yang pernah bertanya sebelum ini..Berdasarkan persoalan beliau, saya rasa lebih sesuai saya menjawap persoalan ini dalam artikel terbaru agar semua boleh membacanya.

Sebelum ini saya telah mendapatkan jawapan dari Big Boss saya (En Ahmad Habibillah). Pada hari ini sekali lagi saya bertanya kepada Big Boss saya akan hal ini dan memohan kepada beliau untuk saya terangkan di dalam blog saya. InsyaAllah saya akan kongsikan jawapan itu bersama-sama disini supaya semua paham dan jelas akan persoalan KKM terhadap produk Mindatif Plus ini.

(Mindatif Plus selamat digunakan)

Mindatif di Pasaran..

Untuk pengetahuan semua, produk Midatif Plus telah berada di pasaran baru 3 tahun lebih. Walaupun masih baru dipasaran, produk ini telah mendapat tempat dihati pengguna. Alhamdulillah..

Mengapa produk ini menambat hati pengguna?? Click disini untuk jawapannya..=)

Berkenaan isu KKM, saya ingin membawa persoalan saudara nizam dalam komen beliau di post homeopati: satu penjelasan. Tujuan saya membawa komen beliau disini agar persoalan yang beliau lontarkan akan terjawab dalam artikel ini..InsyaAllah..Terima kasih saudara nizam atas persoalan ini..:) Saya menerima komen ini sebagai satu komen yang membina. Perhatian dan komen saudara ini nizam membantu rakan-rakan lain untuk menjawab persoalan yang sama..

***

“asalamualaikum…
saya tertarik untuk mengikuti perkembangan blog tuan terutama sekali produk mindatif … dan saya juga telah makan produk tuan yang berada di pasaran kemuskilan saya telah lama berada di pasaran namun saya lihat tiada pengitirafan dari Kementerian Kesihatan …cuma satu sahaja kelemahan ubat tuan …walaupun tuan nyatakan atikel bahawa produk homeopathi tidak perlu mendapatkan kelulusan kementerian tetapi saya tetap mengatakan ianya mengambil resiko kepada pengguna. lebih2 lagi artikel tu dikeluarkan pada tahun 1999 tetapi sekarang telah tahun 2010.Persoalanya adakah lojik pehak tuan masih menggunakan artekel tersebut pada zaman sekarang.. Apa alasan tuan pulak tidak untuk mendapatkan kelulusan kementerian kesihatan adakah kerana kos atau biokerasi kementerian atau kah produk tuan sendiri tak dapat melepasi saringan kemekterian kesihatan.. adakah dengan sijil CEPP sudah cukup memedai untuk membuat keyakinan pengguna …saya sebagai pengguna berharap perkara KKM ini jangan di ambil rengan sebab dia melibatkan Jenerasi muda bangsa melayu…tidak seharusnya kita meletakan keuntungan semata2 tetapi mengorbankan bangsa dengan tiada kelulusan kementerian kesihatan..sekiranya kanak2 yang berumur dari 1 tahun sampai ibu mengandung mengamalkan sedangkan kelulusan kementerian kesihatan tiada bayangkan jenerasi masadepan bangsa melayu ..mungkin masa sekarang tiada kesan apa akan jadi 10 tahun,20 tahun akan datang … sikit-sikit lama2 jadi bukit..jadi siapa akan di pertanggungjawabkan kelak. Saya berharap sangat agar tuan dapat berbincang dengan pengeluar masalah KKM ini agar pasaran produk tuan mendapat keyakinan 100% dari pengguna dengan kualiti yang tak perlu di ragui lagi.
Mungkin tuan akan kata dia di proses oleh seorang doktor Homeopati yang mempunyi kelulusan dan diiktiraf dunia tapi masalahnya kenapa yang tahu undang2 perubatan dan pengeluaran produk mengabaikan sijil kementerian kesihatan.sekiranya produk ni masih baru di pasaran mungkin pengguna masih boleh terima lagi…sebab saya dah menggunakan telah setahun dan saya di fahamkan telah 3 tahun berada di pasaran ..persoalanya telah 3 tahun tak mungkin KKM tiada lagi.
Kita jangan salahkan produk lain takada KKM dan kita jangan cari banyak alasan lain untuk tidak mendapatkan sijil KKM sebaliknya kita perkukuhkan Produk kita agar tiada pehak bertanyakan kenapa dan kenapa…itu adalah lebih baik dari memberikan pelbagai alasan yang menuju kelemahan sendiri.

sekian terimakasih”

***

Penjelasan..

Berdasarkan petikan akhbar pada tahun 1999, memang secara logik seperti pandangan saudara nizam, artikel tersebut boleh jadi tidak relavan kerana telah lebih dari 10 tahun..

Namun begitu, dalam tempoh 10 tahun ini kita dapati di Malaysia produk homeopati semakin berkembang dan telah banyak produk2 homeopati menembusi pasaran Malaysia. Sekiranya artikel tersebut sudah tidak relavan, sepatutnya pihak berwajib telah lama mengeluarkan statement baru tentang status produk homeopati sama ada produk berasaskan homeopati tidak selamat atau mempuyai kesan sampingan kepada public/rakyat Malaysia. Sebaliknya, sehingga hari ini tiada lagi statement terbaru berkaitan isu status produk homeopati di keluarkan di media kecuali isu jamu ubat sendi adi putra sebelum ini..

Adakah syarikat tidak memohon untuk mendapatkan pengiktirafan KKM???

Tidak..Bukan begitu.. Begini..

Sepatutnya isu ini perlu dijawab oleh syarikat dalam websitenya. Namun saya berasa bertanggung jawab untuk memaklumkan dan mewawarkan kepada pengguna dan pelawat blog saya ini agar tiada timbul was-was dan salah paham terhadap isu produk ini dan juga pengiktirafan KKM ini..

Untuk pengetahuan semua, pihak syarikat telah lama menghantar permohonan untuk mendapatkan kelulusan KKM untuk produk Mindatif Plus ini. Namun begitu, disebabkan terlalu banyak produk farmaseutikal lain yang berada di pasaran yang memohon untuk mendapatkan pengiktirafan KKM, kerenah birokrasi dan lain2 yang hanya pihak syarikat dan KKM sahaja tahu, maka process untuk mendapatkan kelulusan KKM ini telah memakan masa lebih dari 3 tahun. InsyaALLAH produk ini akan berjaya mendapatkan kelulusan KKM tidak lama lagi..

Pihak syarikat dari masa kesemasa cuba mempercepatkan untuk mendapat pengiktirafan KKM ini kerana dengan adanya pengiktirafan KKM ini, pengguna akan lebih yakin dengan produk ini.

Sejarah Homeopati di Malaysia..

Saya bawakan pengenalan sedikit tentang homeopati di negara kita dan juga luar negara. Homeopati telah bertapak di Malaysia sekitar tahun 50-an. Di Malaysia ia dipelopori oleh Dr Burhanudin Helmi, seorang tokoh negarawan yang terkenal yang mendapat asas pendidikan homeopati secara formal. Kita mengenali beliau sebagai perjuang kemerdekaan negara, namun kita tidak tahu bahawa beliau merupakan pelopor  perubatan homeopati di negara ini. Berbanding dengan sistem perubatan Barat yang diamalkan hari ini, homeopati agak baru di Malaysia.

Di United Kingdom dan Amerika syarikat pula, homeopati telah lama mendapat perhatian ramai. Di England sekarang, sudahpun terdapat lima buah hospital serta lebih 50 buah klinik homeopati yang berdaftar. Di negara-negara seperti India, Pakistan, homeopati merupakan satu sistem rawatan yang utama dan diiktiraf oleh kerajaan. Hospital–hospital, makmal-makmal dan institusi-instiutsi pengajian tinggi homeopati terdapat dengan meluas di negara-negara tersebut.

Homeopati bukanlah kaedah perubatan baru di dunia.Ianya bukanlah kaedah perubatan yang baru 5 atau 10 tahun di pasaran dunia. Tetapi telah mula bertapak di Malaysia lebih dari 50 tahun!! Homeopati telah berkembang pesat di luar negara dan merupakan salah satu kaedah alternatif perubatan masa kini. Sekiranya produk kesihatan berasaskan homeopati ini tidak bagus, rasanya bukan KKM sahaja yang tidak approve, malah negara-negara lain juga akan mengeluarkan kenyataan terbuka akan keburukan homeopati ini kerana perubatan ini bukan dipelopori atau bermula di Malaysia. Tetapi telah lama berada di pasaran dunia sebelum ini.

Sekiranya masih was-was dengan penerangan saya tentang kebaikan homeopati, boleh bertanya kepada cik ‘Google’  atau cik ‘Yahoo’ berkenaan homeopati, saya pasti cik ‘Google’ dan ‘Yahoo’ akan memberikan jawapan yang anda cari..=)

Saya terjumpa satu blog homeopati bahasa melayu yang ditulis oleh Robert (Sabah). Dalam blog tersebut, beliau ada menjual produk homeopati juga.. Tapi takpalah, apa yang penting, dalam blog beliau banyak artikel menerangkan sejarah homeopati, bagaimana perubatan homeopati berfungsi dan lain-lain yang saya rasa membantu kepada sesiapa yang ingin mencari jawapan tentang homeopati ini lebih mendalam. Rasanya tidak perlu saya untuk mempostkan artikel2 seperti itu lagi dalam blog saya kerana info yang diberikan dalam blog beliau dah panjang lebar. Jesteru itu, kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut apa itu homeopati boleh lawati blog beliau: Homeopati Marudu Diharap infomasi dalam blog beliau membantu anda..=)

Sehubungan dengan itu, petikan atikel berita harian 1999 yang menyatakan bahawa produk homeopati ini selamat digunakan masih menjadi rujukan saya ketika ini kerana sehingga 2010 belum ada penghebahan atau kenyataan secara terbuka dan spesifik  bahawa semua produk homeopati salah dan tidak selamat digunakan dari sisi pengiktirafan kerajaan..Jesteru itu, para pengguna produk homeopati tidak perlu bimbang akan isu ini. Produk berasaskan perubatan homeopati yang dihasilkan oleh pakar atau Dr homeopati adalah selamat digunakan.InsyaALLAH..

Kesimpulan

Semoga penjelasan saya ini membantu menjawab berkenaan isu KKM ini. Saya tidak menyembunyikan apa perkara kepada saudara semua kerana saya mempromosikan produk ini bukan untuk memperoleh keuntungan semata-mata, namun apa yang saya lihat, produk ini telah berjaya membantu ramai ibu bapa dan pelajar dengan izin ALLAH SWT.

Saya dapati memang ibu bapa diluar sana mengalami masalah anak tidak pandai membaca walaupun sudah darjah satu/dua..Malah bukan itu sahaja, banyak lagi perkara-perkara yang berkaitan pendidikan menjadi masalah buat guru-guru di negara ini terutama di kawasan kampung-kampung. Adakah kita ingin biarkan generasi hari ini yang tidak pandai terus ke belakang menjadi kuli-kuli sahaja?

Sekiranya produk berteraskan perubatan homeopati seperti mampu menolong mengatasi masalah ini dengan izin Allah SWT, mengapa tidak kita mencuba untuk kebaikan anak-anak/adik-beradik kita sendiri. Mengapa kita sanggup berbelanja kepada permainan/makanan yang tidak memberi manfaat kepada mereka sedangkan duit tersebut boleh kita belanjakan untuk mendapatkan produk yang berkualiti untuk perkembangan pendidikan anak-anak generasi masa kini.

Sokongan anda..

Saya sekadar eksekutif jualan sahaja yang terbatas dari segi infomasi tentang syarikat, namun begitu saya cuba dari semasa ke semasa untuk menceritakan kebaikan produk ini kepada pengguna dan orang ramai.

Saya menjual bukan kerana nama, bukan kerana harta dan bukan kerana keuntungan semata-mata. Saya menjual produk ini kerana disini saya mampu membantu masyarakat muslim negara untuk bangkit berjaya dari segi pendidikan. Tanpa generasi berpendidikan, negara tidak akan berjaya maju kehadapan dunia dan akhirat. Kita perlu melahirkan lebih ramai bijak pandai yang seimbang rohani dan jasmani agar kesejahteraan dan martabat Islam dapat di angkat semula di bumi Malaysia ini. insyaAllah..

Saya berharap pengguna produk ini tidak ragu-ragu untuk menggunakan produk ini. InsyaAllah, produk ini akan berjaya mendapatkan pengiktirafan KKM tidak lama lagi. Saya mohon kita sama-sama mendokan agar proses untuk mendapatkan pengiktirafan ini dapat dipercepatkan.

Akhir kata, produk mindatif plus ini selamat digunakan dan tiada kesan sampingan..insyaAllah..

***

Artikel terbaru dari Utusan Malaysia berkenaan perubatan homeopati. Klick tajuk berita dibawah untuk baca berita penuh..

Keajaiban perubatan homeopati

Ikhlas: Mohd Hafizul~

One response to this post.

  1. […] DAPATKAN JAWAPAN TERKINI STATUS PRODUK MINDATIF DAN KELULUSAN KKM DISINI.. […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: