Tips Belajar 2: Mindset yang jelas..

(kejayaan bermula dengan mindset yang jelas..)

Apa khabar semua?? Selamat bersua kembali..:)

Bagaimana pelajaran anda sekarang? Ada peningkatan atau sama sahaja? Atau semakin merosot?? Jangan macam tu..

Ingat lagikah anda tips pertama saya?? Sesiapa yang masih belum baca atau terlupa, tips pertama saya sebelum ini adalah murnikan niat anda..🙂

Tips ke-2 kali ini ada kesinambungan dari tips pertama. Igatkah lagi dalam tips pertama saya sarankan pelajar agar murnikan niat apabila ingin menuntut ilmu. Kerana setiap perkara bermula dengan niat, jika baik niatnya maka baiklah hasilnya insyaALLAH..

Perkara kedua adalah pentingnya mindset yang jelas. Mindset yang bagaimana tu??

Semalam keputusan SPM tahun 2009 telah dikeluarkan dan seluruh akhbar utama negara mengeluarkan berita dan gambar mereka yang berjaya dalam akhbar. Rasanya tidak terlewat buat saya ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam SPM. Buat mereka yang mendapat keputusan kurang baik, janganlah berputus asa.

Tahukah anda, salah satu faktor mereka yang berjaya ialah mereka mempunyai mindset yang kuat untuk berjaya. Bermula awal tahun ketika form 5 lagi, mindset mereka telah tertumpu kearah untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM mereka.

Tidak percaya kata-kata saya?? Cuba tanya mereka yang berjaya dapat 10A, 12 A, 15A dalam SPM..Adakah mereka target nak dapatkan keputusan cemerlang ini bermula dari awal tahun atau 2/3 bulan sebelum SPM??

Saya pasti kebanyakkan daripada mereka akan menjawab seawal tahun form 5. Ada juga yang telah fokus seawal form 4 lagi.. Lihat, bagaimana mindset mereka yang jelas untuk cemerlang dalam SPM membantu mereka bergerak untuk mencapai kejayaan..

Tetapkan Matlamat..

Untuk membantu kita berjaya, kita perlu tetapkan matlamat. Kerana dengan adanya matlamat ini, kita akan lebih jelas apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka yang berjaya adalah mereka yang mempuyai matlamat yang jelas atau mindset yang jelas.🙂

Sesiapa yang ingin berjaya namun masih belum ada matlamat yang jelas, inilah masanya! Jangan lengah2 lagi!!

Ambil satu kertas A4 kosong, tulis matlamat anda di atas kertas tersebut!! Ya!! Tuliskan matlamat anda atas kertas tersebut.. Banyak mana matlamat nak tulis nie?? Tulis matlamat tertinggi yang ingin anda capai dalam masa terdekat. Contohnya, saya ingin mendapat 5A dalam UPSR tahun ini! Atau saya ingin dapat 8A dalam PMR tahun ini!

Kemudian, lekatkan di cermin almari anda!! Cermin almari?? Biar betul?? Ya!! Betul!! Lekatkan dicermin almari anda!! Mengapa?? Setiap pagi apabila anda bersiap hendak ke sekolah, anda pasti menggunakan cerminkan??

Maka setiap pagi anda akan melihat matlamat anda tersebut. Secara tidak langsung anda bersemangat untuk kesekolah. Mengapa?? Kerana anda telah jelas mengapa anda perlu ke sekolah. Anda ingin mencapai matlamat anda!!

Tidak percaya dengan tips ini?? CUBA lakukan pada tahun ini dan lihat hasilnya..;)

Tindakan susulan..

Mindset yang jelas perlu disusuli dengan tindakan seterusnya.. Owh, ada langkah seterusnya ker?? Ya.. Saya akan berikan tips ini dalam post seterusnya..Tunggu ya..=p

Buat masa ini, tetapkan matlamat anda terlebih dahulu! Itu ja??Ya.. Anda perlu tetapkan matlamat anda terlebih dahulu dan ikut tips yang saya berikan diatas..

Selamat maju jaya..jangan lupa pesan saya. Tetapkan matlamat anda terlebih dahulu!!  Jumpa lagi dalam post akan datang insyaAllah..:)

MindatifPLUS (MP)~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: