Siri 2: Erti Bahagia..

(ku impikan bahagia dunia dan akhirat..)

Apakah erti bahagia? Bagaimana rasanya bila bahagia??

Setiap orang pasti ada pandangan mereka yang tersendiri tentang erti bahagia. Ada yang merasakan dengan mempunyai banyak duit, kereta mewah, rumah besar, isteri cantik dia sudah bahagia..Adakah bahagia diukur dengan duit atau harta??

Ada juga yang merasakan bahagia apabila dapat bercuti bersama keluarga semasa musim cuti sekolah. Kerana inilah sahaja peluang untuk bergembira dengan keluarga kerana ada yang sibuk bekerja pada hari2 biasa..Adakah waktu membataskan kita untuk bahagia??

Ada juga yang merasakan bahagia apabila ibu bapa mereka tidak mengongkong mereka. Bahagia apabila semua perkara dilakukan tidak dimarahi oleh ibu bapa mereka kerana ibu bapa mereka tidak kesah. Adakah kita akan bahagia dengan cara ini sepanjang masa??

Tentu kita akan gembira bila anak atau adik kita berjaya dalam pelajaran bukan?? Mana ada ibu bapa bahagia anak malas belajar, nakal, ponteng sekolah, mengamuk awal pagi bukan??

Erti bahagia sesuatu yang abstrak, saya tidak boleh berkata dengan buat cara ini dan ini kita boleh bahagia..Kerana bahagia berbeza mengikut pandangan  setiap individu.. Dari segi pandangan ibu bapa, mereka akan berasa gembira apabila anak-anak mereka cemerlang dari segi akademik, dan sahsiah. Dari pandangan seorang anak, mereka berasa bahagia apabila meihat ibu bapa mereka gembira dengan adanya mereka disisi ibu bapa mereka.

Walau individu bebas mentafsirkan erti bahagia kepada mereka, namun begitu, Islam juga ada menggariskan bagaimana cara nak capai hidup bahagia..:)

Semasa membaca artikel2 di blog saifulislam, saya terjumpa artikel karya ustaz berkaitan tips hidup bahagia. Di kesempatan itu saya bawakan artikel beliau disini untuk perkongsian kita bersama tertama yang belum membaca artikel ini di blog ustaz.

Semoga kita sama2 mendapat iktibar dari artikel ini, insyaAllah..

***

Tips Hidup Bahagia: “Ingat 2 Perkara, Lupa 2 Perkara.″

Oleh: Abu Saif @ Saifulislam.com

  • INGAT 1

Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.

Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.

Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?

Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

  • LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.

“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

  • INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.

Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.

Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.

Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

  • LUPA 2

Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.

Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF

Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?

Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.

Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.

Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku.

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.

Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.

***

InsyaAllah mulai jumaat atau sabtu saya akn menerbitkan artikel2 yang berkaitan keluarga atau tips belajar untuk perkongsian bersama disini..

Nantikan tips belajar yang ke-3 nanti..=)

Ikhlas~ MindatifPLUS (MP)

2 responses to this post.

  1. salam ziarah kembali.
    nice sharing.
    xde chat box eh..hehe.
    thnx atas komentar.
    myb sbb layout yang putih tu font jadi kurang jelas.yala..biru tu pun setara cerianya dgn putih yg suci.xoxoxo~

    keyh..
    syukran menyinggah ye

    Reply

    • Posted by fyzul on March 20, 2010 at 11:29 AM

      terima kaseh isha ziarah blog nie..hehe.
      Dah cuba beberapa kali letak shoutmix tu, tapi wordpress nie xle muat box dia tu.. xtau la kot saya yg tak reti, tp guna blogspot xda masalah nk letak chat box tu..
      kalo ada rakan2 yg guna wordpress tau setting dia bgtau la ea..hehe..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: