Tips Belajar 3: Kejayaan Mudah Berjangkit

( Jangkitan kejayaan bergantung siapa yang kita dampingi..)

Betul ker kejayaan nie mudah berjangkit?? Bestnya..

Saya sebenarnya teringat satu tips motivasi diberikan oleh Dr Fadzilah Kamsah, kata beliau kejayaan mudah berjangkit..

Lama juga saya termenung waktu pertama kali mendengar tips beliau..Memang benar juga kata Dr Fadzilah tersebut, kejayaan mudah berjangkit..

Zaman sekolah dengan kawan2..

Tiba2 teringat kisah waktu di sekolah dahulu.. Ketika form1-3, saya bersekolah di sekolah menengah kebangsaan indra mahkota 2 (SMKIM2)..

Antara subjek kesukaan adalah matematik kerana cikgu2 yang mengajar best..sporting..actually semua cikgu mengajar best hehe.. tapi yang saya paling minat matematik.. Pada masa tu, ramai kawan2 yang sama2 suka matematik..helmi mamat, irsyad, syafira, syahida,hidayu dan ramai lagi..

Yang bestnya apabila cikgu matematik, <ketika tu Cikgu Maznah dan Cikgu Rohana > berikan latihan dalam kelas, kami berlima antara kawan2 yang bersaing untuk dapatkan jawapan dahulu.. berebut2 nak tengok sapa yang berjaya jawap dulu dengan betul..hehe..riuh kelas tu terutama suara helmi mamat.. Dia antara top matematik dalam kelas.. Biasa bersaing dengan dia dan irsyad..wawa..Best sangat time tu..Persaingan yang amat sehat dan bersemangat.. Apabila ujian jer, pasti kami akan bandingkan jawapan dan tengok sapa yang berjaya dapat markah paling tinggi..Itu biasa la kan..hehe..

Tambahan pula ada rakan2 lain yang havoc atau buat bising (helmi ikhwan, hisyam, syam bahri, zaimi dll..) dalam kelas menceriakan lagi kelas tu.. hehe..

Bila teringat semula, memang benar, kejayaan mudah berjangkit.. Apabila kita bersama kawan2 yang seronok belajar, saling bersaing untuk berjaya, Akan wujud persaingan sihat.. Masing2 ingin mendapatkan markah tertinggi..

Apa yang saya dapati terhadap adik bongsu saya, suasana di kelas dia pun wujud persaingan sehat seperti ini. Dia dan beberapa kawan yang lain berlumba2 untuk mendapatkan markah tertinggi.. Kejayaan antara dia dan kawan2 saling berjangkit kerana masing2 seronok belajar untuk mendapatkan markah tertinggi..Bukankah ini sesuatu yang baik bukan??

Bijak pilih kawan anda..

Tips ke-3 untuk berjaya ini boleh di aplikasikan sekiranya kita bijak memilih kawan..

Maknanya tak boleh kawan dengan semua orang ker??

Tidak, bukan itu maksud saya..Kita perlu berkawan dengan semua orang..Perlu kenal semua orang, jika kita tidak berkawan, bagaimana kita nak kenal sikap sahabat kita.. Boleh ke kita kenal sesorang hanya melihat dia dari jauh sahaja tanpa bertegur sapa?? Tidak boleh bukan..

Perlu berkawan, NAMUN berkawan perlu bertempat.. Untuk berjaya, perlu dampingi kawan2 yang suka belajar.. Mereka yang suka membaca buku.. Suka membuat kerja dan semua perkara yang baik2.. Apabila kita dah dalam suasana yang baik, insyaAllah kita kan menjadi baik..

Ingat tak pepatah ada sebut,(kalo x salah..hehe) jika berkawan dengan kawan yang menjual minyak wangi, kita akan dapat sama bau minyak wangi..

Suasana belajar yang positif perlu dipupuk.. Kalo tiap masa kawan2 ajak belajar, saling tolong menolong, lama2 kita pun seronok belajar.. Kita akan mula berjaya sedikit demi sedikit..betul x??

Begitu juga sebaliknya.. Jadi anda yang tentukan nak berada pada pihak positif atau negatif.. Yang negatif saya xmau sebutkanlah, boleh fikirkan sendiri..=)

Namun begitu, jangan apabila berkawan dengan mereka yang rajin sahaja.. kawan2 yang agak malas ditinggalkan.. Perlu dampingi mereka dan ajak mereka untuk berjaya bersama kita.. Tapi jangan kita pula terpengaruh dengan mereka yang malas berjaya..

Ingat untuk berjaya ANDA tentukan sama ada anda  ingin berjaya atau tidak..

(Pilihan untuk berjaya atau tidak terletak pada tangan ANDA..)

Kesimpulan..

Berjaya sorang2 tidak seronok.. Dalam apa jua suasana kita, sama ada bekerja, belajar, usahawan dan sebagainya.. Siapa orang sekeliling kita mempengaruhi kejayaan kita..

Jika kita bersama2 mereka bermotivasi untuk berjaya, membaca cerita2 mereka yang berjaya..kita secara tidak langsung akan mendapat aura mereka untuk berjaya..

Namun sebaliknya sekiranya kita sentiasa bersama mereka yang berfikiran negatif, sentiasa berfikir gagal maka tidak mustahil anda juga akan menjadi salah seorang mereka yang gagal..

Dimana kita ingin berada?? Pikir2kan lah.. Kejayaan anda tentukan..=)

Ikuti siri tips belajar ini pada minggu hadapan dengan tips yang lebih bermanfaat, insyaAllah..=)

MindatifPLUS (MP)~

5 responses to this post.

  1. Posted by su on July 21, 2010 at 10:08 AM

    suka jugak .kata2 yg membina

    Reply

    • Pepatah ada menyebut jika kita berkawan dgn penjual minyak wangi, kita akan mendapat bau wanginya skali..hehe..
      Mcm irfan khairi dan Dr Fadzilah Kamsah ada berkata dalam ceramah motivasi mereka, jika nak berjaya..berdamping dengan orang berjaya.. =)

      Reply

  2. saya suka post ni🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: