Renungan: Adakah ini yang terbaik??

(Mencari yang terbaik..)

Syukur Alhamdulillah semalam (isnin) semuanya berakhir..

Presentation final year projek berakhir dengan jayanya.. Selepas berhempas pulas sepanjang sem ini, akhirnya berakhir jua tugasan ini.. Berakhirnya presentation semalam, petanda hari2 terakhirku di UTM  hanya tinggal beberapa hari lagi.. Yang tinggal sekarang paper final exam beberapa hari lagi..

Kepada pengunjung blog ini, saya mohon maaf kerana beberapa minggu tidak update blog ini. Tidak lupa jua kemaafan ditujukan kepada rakan2 pengguna mindatifplus yang terpaksa menunggu beberapa hari.. Hari nie baru sempat menghantar tempahan2 produk kepada pengguna..

Alhamdulillah hari nie sempat berehat sebentar sambil menulis secubit perkongsian bersama disini..

Malam semalam selepas habis presentation lepak2 bercerita bersama2 rakan2 sekelas dibilik mereka.. Terkeluar topik Dr AA.. Siapa Dr AA??

Nama beliau Dr Arshad Ahmad(AA).. Beliau mengajar kami subjek safety and health sem lepas.. Beliau seorang yang ceria.. Seronok beajar bersama beliau.. =) Dalam sembang2, ada rakan maklumkan beliau ada blog dan blog beliau menarik .. Saya tidak pernah membuka blog beliau, hari nie teringat  dan membukanya..Memang menarik kupasan dan pengalaman yang beliau kongsikan..

Saya sempat go through beberapa artikel beliau, saya tertarik dengan satu post artikel beliau bertajuk enjoy your moment.. Simple tetapi pernuh bermakna..

***

Ditulis oleh: Dr Arshad Ahmad (AA)

Semalam seorang traiee dalam kumpulan saya berkongsi MMS yang diterimanya. MMS itu berbunyi (lebih kurang maksudnya):

Dalam sebuah kelas, seorang guru mengajar tentang “mencari yang terbaik”. Dia menyuruh seorang anak muridnya, “pergilah kamu ke padang sana, dapatkan rumput yang terbaik dan bawa pulang ke sini. Tetapi ingat, apabila kamu telah melangkah ke hadapan, jangan sekali kamu melihat lagi kebelakang, sebaliknya hendaklah kamu teruskan berjalan ke hadapan.”

Maka murid itu pun terus ke padang melaksanakan arahan gurunya. Dia berjalan sambil memilih rumput yang baik. Apabila dia melangkah ke hadapan dia menjumpai pula rumput lain yang baik, dan begitulah seterusnya sampai ke hujung padang. Kemudian dia kembali tanpa sehelai rumputpun di tangan.

Maka guru bertanya, “di manakah rumput yang terbaik itu?” Murid tersebut menjawab, ” dalam perjalanan, saya menjumpai banyak  rumput yang baik tetapi saya gagal mendapatkan yang terbaik kerana mungkin ianya telah saya tinggalkan di belakang”.

Guru lantas berkata, “begitulah hidup ini sebenarnya. Apabila kamu menjumpai yang baik, anggaplah  ia sebagai suatu yang terbaik dan jangan cari lagi yang lebih baik kerana kamu akan sukar memutuskan yang mana satu yang lebih baik.”

haha… apa pandangan anda? Mungkin message itu berkaitan hubungan perasaan antara dua insan, memujuk supaya pasangannya tidak mencari yang lain. Namun jika maksudnya diluaskan supaya merangkumi kehidupan seluruhnya, memang kita perlu bersyukur dan berpada dengan apa yang ada. Ini amat penting dalam menilai erti kehidupan dalam dunia yang mencabar. Setiap satu yang ingin dicapai itu mempunyai cabaran dan implikasi yang datang bersama dengannya. Kenaikan pangkat datang dengan tanggung-jawab, liabiliti dan akauntabilti tambahan. Penambahan pendapatan juga seringkali menjemput perbelanjaan yang lebih besar (tanpa menyebut pengingkatan cukai pendapatan). Ada kalanya status baru yang dicapai itu juga membawa tekanan sosial kepada kehidupan.

Mungkin mereka yang telah separuh umur boleh membayangkan suasana kehidupannya 10 atau 20 tahun sebelumnya. Ketika itu dia mungkin berpendapatan lebih rendah, berkhidmat sebagai seorang eksekutif muda, tinggal di rumah teres 2  bilik bersama isteri dan seorang anak. Kini dia seorang yang berjaya dalam profesionnya, tinggal di rumah lebih besar dengan anak-anak yang menempuh usia remaja. Jika dilihat secara menyeluruh, mungkin dia akan merasa sukar untuk menyatakan hidup yang mana lebih bahagia? Dulu atau sekarang? Cabaran dulu berlainan dengan sekarang.

Jika dilihat dari perspektif kewangan, kita biasa dengar ungkapan ” dunia ibarat air laut, semakin minum bertambah haus”. Pendapatan yang banyak seringkali mengubah cara dan standard kehidupan. Bagi orang yang bekerja makan gaji, dia mungkin bersetuju bahawa, baki bulanan dalam bank di hujung bulan mungkin tak banyak berbeza dengan keadaan di masa lampau.

Eloklah kita berhenti sejenak dan memikirkan perkara ini…

Bagi saya, adalah penting untuk kita menikmati hidup setiap hari  dan bersyukur dengan apa yang ada. Setiap hari juga kita perlu laksanakan semua tanggung jawab dengan baik kerana hari itu akan terus berlalu mengikut kitaran masa tanpa mengambil-kira apa yang kita lakukan.

Kita juga perlu bersiap untuk hari esok dan seterusnya (dunia dan akhirat).  Namun, dalam melaksanakan agenda masa depan itu, jangan sekali kita melupakan hari ini…

Nikmati saat ini kerana di saat akan datang, saat ini telah ditinggalkan…

***

Memang benar, lumrah manusia kita mahukan yang terbaik dalam hidup kita..Tidak salah mencari yang terbaik, namun mencari yang terbaik bukan mudah.. Kadang kala kita rasakan ini yang terbaik, namun seketika kemudian kita jumpa lagi yang paling baik..Dan seterusnya..
Saya teringat pesanan supervisor saya, En Ismail Mahmood ketika membuat thesis sem lepas..Setiap kali perjumpaan bersama beliau, beliau akan memberikan kami banyak nasihat tentang kehidupan ini..

Salah satu nasihat beliau, beliau mengajar kami erti berkata cukup.. Dalam maksud lain beliau menekankan kepada kami supaya sentiasa banyak bersyukur.. Apa jua yang kita perolehi dalam kehidupan, jangan lupa bersyukur kerana semua yang kita perolehi adalah dengan izin-Nya..

Dalam kontek mencari yang terbaik, belajarlah berkata cukup.. Perlu banyak mensyukuri nikmat yang telah kita perolehi kerana apa yang kita ada sekarang adalah pilihan yang terbaik oleh Allah SWT..Tiada yang lebih bermakna melaikan  pilihan terbaik yang diberikan oleh Rabb, Sang Pencipta kepada Hamba2-Nya..

Semoga pilihan yang kita buat senantisa mendapat rahmat dan redha ALLAH SWT..

Ikhlas: MindatifPLUS (MP)~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: