Mindatif PLUS + Didikan Berterusan..

(ibu bapa perlu beri galakan anak2 membaca..)

Saya teringat tips mendidik anak kecil yang diberikan oleh Dr Tajuddin Baba khususnya kepada kanak2 yang mengambil mindatif plus. Beliau menyarankan, anak-anak yang mengamalkan mindatif plus tidak dibiarkan seperti anak2 lain sahaja terutama anak2 yang masih kecil.. Maksudnya??

Melentur buluh biar dari rebung

Dr Tajuddin memohon ibu bapa mendidik anak2 mereka dengan akhlak dan ilmu yang bermanfaat seawal usia mereka.. Walaupun mereka berusia 2 tahun, perlu mengajar mereka dengan baik.. Kerana minda anak2 yang mengamalkan mindatif plus, insyaAllah cepat pikap atau cepat belajar benda baru.. Sebagaimana kita ketahui, anak-anak belajar dari persekitaran mereka.. Sekiranya mereka melihat abang2 mereka memukul dan mengeluarkan kata2 kasar seperti ‘BODOH’..Mereka akan mengikut kerana mereka tidak mengerti makna perkataan tersebut.. Mereka menyebut kerana mendengar abang2 atau anak2 jiran menyebutnya..

Saya pasti sebagai abang dan kakak tidak mahu adik2 mereka berkata perkataan yang kasar sedangkan mereka tidak megerti maknanya.. Walaupun usia mereka masih kecil, pendidikan secara tidak formal perlu dimulakan.. Sekiranya mereka mengucapkan kata2 yang kurang baik, tegur mereka..

Gunakan psykologi kanak2 untuk mengajar mereka..Sebagai contoh anak kecil yang membuat kesalahan..Tegurnya dengan cara seperti ini..“Kalo umi dengar along sebut perkataan macam tu lagi, ibu tidak akan beli gula2 lagi untuk along..” Ini contoh psykologi yang boleh kita gunakan untuk anak yang berusia kurang dari 6 tahun..Tidak perlu bertindak mengeluarkan perkataan marah kepada mereka secara terus kerana mereka tidak mengerti.. Dan saya bimbang sekiranya proses memarah mereka berlaku setiap hari, lama2 mereka sudah lali dan tidak kesah dimarahi..Apabila dimarahi, mereka juga akan meninggikan suaran dan memarahi kita semula..Ini yang bahaya..Adakah kita mahukan adik2 atau kanak2 sebegini?? Realiti memang ada kanak2 bersikap begini..Bukan rekaan saya sahaja..Saya pernah jumpa beberapa peristiwa seperti ini..

Apabila anak2 kecil membuat kesalahan buat kali pertama, jangan terus marah.. Tegur dengan ayat memujuk mereka.. Dan apabila mereka membuat sesuatu yang mereka suka dan kita suka, contohnya mereka melukis dan mewarna lukisan, kita minta anak2 ini tunjukkan kepada kita hasil lukisan tersebut dan memberikan kata2 perangsang atau pujian kepada mereka.. Dengan cara ini mereka akan rasa dihargai dan seronok mewarna dan belajar..

Petang tadi (dalam pukul 4 lebih) saya mendapat sms dari Puan Faridah pengedar Mindatif Plus di Sandakan Sabah. Beliau sangat gembira apabila ramai ibu bapa memberikan respon positif setelah mencuba produk mindatif plus ini.. Ada seorang ibu yang anaknya beru berusia 2 tahun lebih sudah mengenal huruf jawi dan pandai menyebutnya..Anak berusia 2 tahun.. Alhamdulillah..dengan izin Yang Maha Kuasa, Allah SWT..

Anak2 seusia begini amat digalakkan diberikan kaedah pendidikan dan nasihat yang baik2..InsyaAllah anak yang diberikan pendidikan yang baik, akan menjadi anak2 yang baik..

Kanak-kanak sukakan perhatian

Saya teringat satu program bakti siswa anjuran pelajar mahasiswa islam utm ke rumah anak2 orang asli di Johor. Ketika itu saya berkesempatan mengikuti program ini dan berpeluang mengetahui gaya hidup masyarakat orang asli.. Kami tidur di sekolah rendah kampung orang asli. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan diajurkan bersama orang2 kampung asli tersebut.

Salah satunya program bersama anak2 orang asli disekolah. Beberapa fasilitator yang telah ditugasankan untuk membuat aktiviti bersama mereka. Saya juga terlibat sama menjayakan aktiviti ini..Sangat mengkagumkan sambutan anak2 kecil ini amat memberangsangkan..Pada waktu petang mereka sanggup berjalan kaki dari rumah ke sekolah untuk bersama kami..Mereka suka apabila ditunjuk ajar dan diberikan kata2 perangsang kepada mereka..

Begitu jugalah anak2 kecil yang lain.. Apabila abang2, kakak2 dan ibu bapa mereka melayan mereka dengan baik, sentiasa memberi galakakan dan kata2 kasih sayang, insyaAllah akhlak mereka juga akan turut menjadi baik..

Penutup

Jesteru itu, buat semua pengamal mindatif plus khasnya saya menyeru supaya kita sama2 sentiasa mendidik adik2 atau anak2 tuan puan secara berterusan bermula ketika usia mereka masih muda dengan akhlak dan sahsiah yang baik.. Saya berharap pengamal mindatif plus dapat melahirkan generasi yang pintar akalnya dan baik akhlaknya insyaALLAH.. Sekian.

MindatifPLUS (MP)~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: