Tips Belajar 4: Percaya Pada DIRI..

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Lirik Lagu: Fikirkan Boleh

Adakah anda masih ingat lagu fikirkan boleh di atas?? =)

Lagu ini menjadi favorite apabila saya menghadiri kem2 motivasi atau kem bina semangat semasa zaman persekolah dahulu.. Apabila menyanyikan lagu ini, jiwa rasa berkobar2 dan bersemangat! Kan??

Lagu ini sangat bagus sekali kerana message yang ingin disampaikan adalah jelas. “Percaya kepada diri sendiri..”

Aku boleh lakukan!

Saya dapati, kita akan takut membuat sesuatu yang tidak pernah kita mencubanya.. Lebih2 lagi kita akan takut apabila melihat orang yang terdahulu mencuba tetapi gagal..

Pada tahun lepas, saya mengikuti aktiviti bersama kawan2 ke air terjun kota tinggi, johor..Airnya jernih dan sejuk terutama di kawasan batu2 air terjun tersebut. Sesiapa yang belum pernah datang ke air terjun ini boleh datang kesini bercuti sambil mandi manda..Bayaran dikenakan sebanyak RM10 per person jika tak silap saya untuk masuk ke kawasan air trjun ini..

Pelbagai aktiviti kami lakukan disana seperti treasure hunt, bola air dan sebagainya.

Kebetulan di kawasan air terjun kota tinggi ada gelongsor ular yang menggunakan pelampung.. Kita duduk atas pelampung dan menggelongsor turun ke bawah sehingga terjatuh dalam air.. Ala2 sunway lagoon punya la, tapi sunway lagoon lebih tinggi dan mencabar rasanya.. Saya pun tidak tahu sebab tidak pernah masuk ke sunway lagoon. tengok gambar jer..hehehe..

(Yang ini la maksud saya..ini di sunway lagoon..he..)

Saya memang tidak pernah bermain permainan seperti ini.. Di kota tinggi, kawan2 yang bermain permainan ini mengajak saya turut sama bermain. Tetapi saya menolak..

Puas kawan2 saya mengajak mencubanya, tapi saya menolak juga.. Sebenarnya saya takut.. Apabila dengar suara dorang menjerit, saya rasa cuak, bimbang dan sebagainya..Bukan saya sorang je yang taku mencuba, ada juga beberapa kawan2 lain pun sama sebab tidak pernah mencuba.. Tiba2 ada sorang rakan yang berkata kepada kami yang tidak mahu mencuba..” Kalo kita tak melawan rasa takut tersebut, sampai bila kita akan berani untuk mencuba?? Korang akan takut sampai bila2.. Korang perlu mencuba, ketakutan akan hilang dan keseronokkan akan datang..

Lepas dengar kata2 kawan saya, saya pun beranikan diri mencubanya.. Perasaan takut tu memang ada, tapi saya nak cuba juga.. Memang menjerit kuat2 semasa turun dari gelongsor tu.. Takut maa.. Tapi lepas tu, memang betul kata kawan saya, rasa seronok datang..Ketakutan seketika tadi sebelum mencubanya berkurang dan rasa seronok datang..=)

Percaya = Yakin = Seronok..

Dalam apa2 bidang yang kita ceburi, sama ada kita belajar, bekerja dan sebagainya, perasaan takut akan datang terutama apabila kita kali pertama berhadapan dengannya..Sebagai contoh, pelajar akan takut gagal dalam peperiksaan subjek yang baru baginya. Namun sekiranya kita tidak belajar, tidak yakin kita boleh dapat keputusan cemerlang dalam subjek tersebut, ya memang kegagalan sangat dekat dengan kita..

Sebaliknya, apabila kita percaya pada diri sendiri, keyakinan akan bertambah sedikit demi sedikit dan semangat untuk berjaya juga akan bertambah.  Dari situ, kita akan mula seronok melakukan perkara yang kita percaya dan yakin boleh lakukan.InsyaAllah kejayaan yang diimpikan akan tiba..Semuanya bergantung pada diri sendiri, doa dan juga tawakkal..

Akhir kata, perasaan takut memang tidak dapat dibuang dalam diri seseorang.. Cuma ianya boleh dikawal. Seseorang perlu tahu mengawal perasaan tersebut dengan cara percaya kepada diri sendiri. Namun perlu di ingat, jangan sekali2 kali membuat perkara jahat atau negatif. Belajarlah untuk menjadi lebih baik dan bukan sebaliknya..

***

“I May Not Be The Best, But Whatever I DO, I DO My Very Best.”

Untuk menjadi yang terbaik atau no. 1, kita mestilah terlebih dahulu dapat mengalahkan orang lain. Adakalanya kita tidak mampu berbuat demikian. Tetapi yang lebih penting tidak semestinya menjadi no 1. Yang lebih penting ialah, apa sahaja yang kita lakukan, kita lakukan sepenuh hati dan sepenuh tenaga, iaitu kita lakukan dengan sebaik mungkin.

~Dr. Shukri Abdullah.~

Ikhlas:MindatifPLUS (MP)

Perasaan takut memang tidak dapat dibuang dalam diri seseorang.. Cuma ianya boleh dikawal. Seseorang perlu tahu mengawal perasaan tersebut dengan cara percaya kepada diri sendiri. Namun perlu di ingat, jangan sekali2 kali membuat perkara jahat atau negatif. Belajarlah untuk menjadi lebih baik dan bukan sebaliknya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: