Motivasi: Kejayaan Dicipta..

(Cabaran mendaki ke puncak kejayaan..)

Dalam sebok2 mengemas barang sebelum pulang ke rumah hujung minggu ini, saya terselak satu buku motivasi.. Dan saya tertarik dengan satu frasa yang mengingatkan saya perjalanan saya selama 4 tahun di UTM Skudai demi mendapat segulung ijazah..=) Frasanya berbunyi:

” Puncak Everest Tidak Dapat Ditawan Dalam Keadaan Selesa.”

Pernahkah kita mendengar berita ada pendaki yang berjaya menawan puncak everest hanya dalam masa 1 hari?? Itu mustahil bukan?? Kecuali dia datang hanya dengan menaiki helikopter..

Begitu jugalah saya rasakan semasa belajar selama 4 tahun di UTM dalam bidang Chemical Engineering ini. Untuk menghabiskan 4 tahun kuliah, bukanlah semudah yang disangka. Setiap subjek yangdiambil setiap semester semakin bertambah sukar sesuai dengan basic knowledge yang telah ada. Selain tugasan dan pembelajaran dalam kuliah, mahasiswa juga perlu aktive dalam mana persatuan untuk memperoleh pengalaman dan soft-skill yang lain yang tidak diperolehi secara direct dalam kelas. Memang ada suara2 yang menyatakan, ala belajar bukan susah pun.. Tugas ko duduk dan belajar jer, bukan bekerja seperti kami..

Ya saya akui, setiap bidang ada cabaran masing2 yang berbeza2.. Seperti mendaki gunung juga. Cabarannya pasti tidak sama dengan cabaran mereka yang memancing di laut dalam. Sebab masing2 mempunyai bidang tugas dan skop yang berbeza. Namun setiap pekerjaan itu pasti akan ada cabaran sebelum kita memperoleh sebuah kejayaan.

Kejayaan Dicipta..

Ingatkah kita lagi sejarah bagaimana sebiji mentol berjaya dihasilkan?? Ianya bukanlah hanya dengan sekali percubaan atau eksperiment sahaja, malah sainstis telah mencuba beratus2 kali sebelum kita dapat menikmati cahaya mentol pada hari ini..

Banyak kejayaan yang dicipta oleh mereka yang terdahulu telah mempermudahkan kehidupan kita sekarang seperti penciptaan kenderaan, komputer dan sebagainya..Dan apabila kita perhatikan, kejayaan itu bukanlah tercipta dengan sendirinya atau tiba2 jer ada. Tetapi kejayaan dicipta oleh semangat dan kemahuan seseorang untuk memperbaiki cara hidup diri sendiri, masyarakat, negara dan sebagainya.

Dan sesuatu kejayaan itu terhasil setelah semua cabaran dan halangan sepanjang tempoh mencipta kejayaan itu berjaya di hadapi dengan jayanya. Seperti mendaki gunung juga, sepanjang pendakian, mereka bukan hanya mendaki dilaluan landai sahaja malah mereka terpaksa mendaki cerun2 bukit yang tinggi, berbatu, licin dan sebagainya.. Mereka juga perlu menyediakan peralatan pendakian yang secukupnya disamping persediaan dari segi fizikal dan mental..

Begitu juga dalam pembelajaran, sekiranya kita ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, persediaan dari segi ilmu pengetahuan perlu sebelum menduduki peperiksaan. Soalan2 exam akan ada yang senang, sederhana dan juga sukar. Sekiranya kita kurang persediaan dari segi pembacaaan dan penguasaan ilmu, mungkin hanya mampu menjawab soalan peringkat mudah dan sederhana sahaja.. Dan keputusan cemerlang yang diharapkan sukar menjadi kenyataan..

Kesimpulan..

Jika kita impikan kejayaan, kita perlu bergerak dan berusaha kearah kejayaan tersebut. Kenal pasti setiap cabaran yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan untuk mencipta kejayaan tersebut dan bersedia untuk menghadapi setiap cabaran tersebut.

Ikhlas: MindatiPLUS (MP)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: