Mindatif PLUS + Membaca Buku..

(Bimbinglah anak2 membaca tanda kasih sayang kita..)

Tadi sempat bersembang dengan mama dan adik saya tentang perkembangan jualan mindatif selepas sarapan mee goreng dan teh tarik.. Alhamdulillah sambutan semakin mengalakkan dan respon pengguna yang mengamalkan produk ini bertambah baik..Tetapi masih ramai ibu bapa yang lain yang tidak tahu tentang produk ini dan khasiatnya.

Pagi nie saya sedih apabila mendapat tahu dari mama saya, ada pelanggan memberi anak2 mereka mengamalkan mindatif plus tetapi tidak memantau anak2 mereka belajar..

Mereka bersungguh-sungguh memberi anak mereka makan mindatif plus dengan harapan anak mereka akan lebih mudah belajar, mudah menghafal dan rajin belajar. Terima kasih kepada pengguna yang sentiasa mengamalkan produk ini.. Tetapi sayangnya walaupun anak-anak mereka makan produk ini, dari segi membaca buku, ibu bapa tidak memantau anak2 mereka belajar..Ada anak2 yang mengamalkan produk ini, tetapi tidak membaca buku..Bagaimana kesan rangsangan otak akan bertindak sekiranya tidak membaca buku??

Ya..memang saya nyatakan produk ini boleh membantu anak2 yang malas belajar untuk membaca..Tetapi jika sebelum ini anak2 tersebut kuat bermain, ibu bapa tidak serius memantau atau menyuruh anak mereka membaca buku, maka setelah makan produk ini juga, tanpa arahan atau bimbingan ibu bapa untuk anak2 membaca, mereka akan seronok bermain sahaja seperti sebelum ini..Naluri anak2 memang sukakan permainan sahaja..Ibu bapa perlulah memastikan masa bermain dan belajar anak2 seimbang..

Kes sepupu saya..

Seperti saya nyatakan dalam testimoni tentang sepupu saya (intan sofia izzati namanya..), ya setelah mencuba produk mindatif plus, alhamdulillah ada perubahan dari segi pelajaran dia..Beliau mula makan produk mindatif plus pertengahan tahun ketika berusia 6 tahun. Namun ketika usia 6 tahun, apabila di suruh membaca buku sendiri beliau masih malas membaca.. Walaupun sudah ada peningkatan, tetapi sekadar arahan membaca sahaja, beliau lebih suka bermain permainan dan mewarna.

Apabila memasuki darjah satu tahun ini, sepupu saya di tempatkan dalam kelas ke-3 kerana prestasi semasa tadika kurang baik..Pada awal tahun ini, adik perempuan saya membantu beliau belajar. Mengajar beliau dan memerhatikan beliau semasa beliau belajar. Dalam kata lain, ajar mcam tuisyen la..Peringkat awal beliau masih liat2 la sikit..Biasa la tu budak2.. Tapi alhamdulillah setelah di ajar secara bersungguh dan paksa dia belajar, pelajaran beliau bertambah baik.. Beliau cepat belajar dan mengaji. Pada peperiksaan awal tahun baru2 nie beliau dapat no satu dalam kelas. Dan alhamdulillah sekarang dia telah di tukarkan ke kelas ke-2.. Baru2 nie, mama beliau belikan buku cerita, dan beliau seronok membaca buku cerita tersebut dan boleh membaca dengan lancar tanpa disuruh.

Pantau anak2 membaca..

Kepada pengguna produk mindatif plus yang saya kasihi, saya memohon kepada tuan/puan agar memantau anak2 kecil dan membimbing mereka membaca..Bimbinglah mereka mengenal huruf, membaca satu persatu pada peringkat awal..Sekiranya sebelum ini anak2 tuan/puan kuat bermain, saya mohon peringkat awal nie, tegas memantau anak2 tuan/puan membaca buku..Saya tahu, tuan/puan membeli produk ini dengan harapan membantu pelajaran nak2 tuan/puan. Saya pun berharap seperti itu juga.

Tetapi saya akan terkilan sekiranya anak2 yang makan produk ini tidak di pantau belajar. Bijak mana pun seseorang, sekiranya dia tidak membaca dan tidak mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkara, beliau tidak tahu juga..Saya sangat menekankan hal ini kerana saya tidak mahu, pengguna menyatakan produk ini tidak membantu..

Bagaimana nak tahu jika tak membaca..

Saya ada seorang rakan cina semasa di UTM. Beliau sangat bijak dalam kursus kami, tetapi saya terkejut apabila satu hari saya minta beliau membaca iklan mandarin di papan kenyataan, namun beliau kata beliau tidak tahu.. Saya tanya kenapa? Beliau pun bertanya, kalo saya minta awk baca jawi, awak boleh baca tak  jika awak tidak belajar?? Saya jawab tidak. Maka dia pun memberikan jawapan yang sama. Beliau tidak belajar membaca dan menulis mandarin. Sebab tu beliau tak tahu dan tidak belajar..

Sangat jelas lah disini bahawa belajar sangat penting. Sepandai mana kita dalam sesuatu perkara, tidak bermaksud kita tahu semuanya. Sekiranya kita tidak membaca, kita tidak tahu.. Seperti isu2 semasa juga, sekiranya kita sebok bermain game sepanjang masa, tidak membaca surat khabar dan menonton berita, adakah kita akan tahu isu semasa hari ini??

Penutup

Saya sekali lagi bermohon kepada pengguna produk mindatif plus agar pastikan anak2 yang mengamalkan produk ini tidak hanya makan sahaja, tetapi perlu juga membaca buku. InsyaAllah selepas beberapa ketika, mereka akan seronok membaca buku kerana semua yang mereka pelajari mereka mudah paham dan ingat. Cuma peringkat permulaan perlu pantauan serius dari ibu bapa..

Akhir kata, semoga doa, ikhtiar dan tawakkal kita untuk melahirkan lebih ramai anak2 cerdik pandai di negara kita diredhai dan diberkati ALLAH SWT dengan mengamalkan produk mindatif plus ini. Amin..

ikhlas: MindatifPLUS (MP)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: