Kerja Oh Kerja…

(Job Hunting…)

Hari nie sudah hari ke-4 aku menanam anggur dirumah setelah tamat pengajianku..Walaupun belum rasmi menjadi penanam anggur berjaya (sebab belum grad lagi..hehe)..Moga2 pokok2 anggur yang aku tanam berbuah..hehehe.. Alhamdulillah, walaupun menganggur menunggu peluang pekerjaan dalam bidang engineering, aku ada mindatif plus yang boleh memberi sedikit duit belanja buat ku sepanjang menanam anggur nie..Bila agaknya ada panggilan interview untuk aku..huhuhu..

Sepanjang 4 hari dirumah, tak banyak yang boleh dilakukan melainkan tengok anak2 ikan yang baru aku beli hari selasa hari tu..hehe..Puas2 tengok anak ikan, buka internet check email, dengan harapan ada panggilan untuk interview..tapi belum ada lagi..Walaupun begitu, alhamdulillah ada email pertanyaan dan tempahan mindatif plus dari pelanggan2 yang menceriakan aku sepanjang 4 hari nie..

Selain itu, sepanjang 4 hari ini aku sangat gembira apabila mendengar sepupuku (intan) membaca lancar tanpa perlu mengeja. Rasanya ketika aku balik raya cina hari tu, aku ada juga mengujinya mengeja, namun masih ada perkataan yang dia tak dapat eja. Kali ini, aku meminta dia membaca satu perenggan dalam buku rahsia minda hebat, dan dia dapat membacanya dengan lancar..Waa..kagum aku..Alahmdulillah..Aku dapat tahu dia boleh membaca lancar setelah di ajar secara serius oleh adik aku.. Seperti yang aku maklumkan dalam artikel sebelum ini (Mindatif PLUS + Membaca Buku..).

Berniaga di pasar malam..

Petang selasa yang lalu, aku menemani family ku pergi menjual mindatif plus di pasar malam di Taman Tas Kuantan. Maklumlah stokis, perlu juga membuat jualan supaya warga Kuantan tahu akan khasiat dan kebaikan produk ini..Tetapi sebelum itu, pada sebelah pagi, aku menemani abah menguruskan permohonan permit untuk berniaga di pasar malam. Baru ku tahu, bukan mudah berurusan dengan pihak berwajib untuk menjalankan perniagaan walaupun hanya perniagaan di pasar malam! Perlu join persatuan nie, perlu naik turun pejabat untuk dapatkan permit jualan dan sebagainya.. Walaupun processnya agak rumit, tapi aku salute peniaga2 pasar malam, sanggup bersusah payah untuk berniaga, termasuk ibu dan abahku..:)

Pengalaman berniaga di pasar malam memang mencabar, lebih2 lagi menjual produk makanan tambahan mindatif plus ini. Mana taknya, kebanyakkan peniaga pasar malam berniaga makanan, permainan, baju, ikan dan sebagainya..Jadi perniagaan mereka ini lebih mudah kerana pelanggan automatik akan datang dan mencari makanan. Beza dengan kami, kami perlu mengedarkan flyers atau risalah untuk maklumkan tetang produk ini..Meyakinkan pelanggan yang pertama kali tahu dan ingin mencuba sukar..

Yang manisnya, apabila once pelanggan dah mencuba produk ini, alhamdulillah bila kami buka je gerai, pelanggan datang dan terus membeli produk ini. Mereka melontarkan komen positif dan berpuas hati setelah mencuba produk ini.. Riang hati kami mendengar respond2 ini dari pengguna2 produk ini..Namun disudut hati kami, penuh harapan agar khasiat produk ini dirasai oleh semua anak2 yang ingin berjaya yang masih belum berpeluang mencuba produk ini..

Ada seorang kanak2 berusia 12 tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Beliau mendekati gerai kami dan abahku berbual2 mesra bertanyakan kepada anak kecil ini. Si anak kecil kelihatan berminat untuk mendapatkan produk ini, namun ketika itu ibunya berada di gerai yang lain. Abahku memberikan risalah kepada si anak kecil untuk diberikan kepada ibunya. Apabila si anak kecil menunjukkan risalah tersebut, si ibu tidak memberikan respon positif malah menarik tangan anaknya terus ke gerai lain..Saya pasti sekiranya si ibu bersama anaknya berada di gerai kami, akan kami terangkan satu persatu tentang khasiat produk ini. Tapi sayang si ibu tidak berpeluang mendengar kelebihan produk ini..

Pada hari rabu, keluargaku pergi pula berniaga di pasar malam Batu 11, Kuantan..Ibuku maklumkan ada pelanggan di Indra Mahkota sms bertanya bilakah kami nak menjual di pasar malam disana. Beliau ingin mendapatkan produk mindatif plus katanya..InsyaAllah esok (jumaat) kami akan ke sana memasarkan produk ini..:)

Penutup = Demi kecemerlangan anak2 bangsa..

Ya, ku tahu cabaran di alam perniagaan amat mencabar terutama pada peringkat permulaan..Ku juga tahu ramai yang tewas pada peringkat awal ini. Semoga perniagaan mindatif plus mampu mengharungi cabaran2 awal ini dengan kental.. Buat semua pengedar2 mindatif plus, saya berharap kalian semua juga kuat untuk memasarkan produk ini..InsyaAllah akan tiba suatu saat, apabila sebut mindatif plus, orang ramai terus tersenyum dan memberikan sokongan kepada produk ini..=)

Ikhlas: MindatifPLUS (MP)

6 responses to this post.

  1. berniaga di pasar malam ni sebenarnya lagi terbaik daripada berniaga di kedai. Sebab bisnes cara ni bisnes bergerak. Bila kita masuk banyak tapak pasar, lagi meluas lah pasaran yang kenal dengan produk kita. Mudah-mudahan tuan berjaya!

    Reply

  2. 0139636042.sy ingn join kelad ini

    Reply

  3. saya doakan semoga mindatif plus cepat diterima masyarakat🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: