Gelagat kanak-kanak..

(Mari bergembira..~photo from istockphoto..)

Minggu ini saya berpeluang melihat gelagat kanak2 dari pelbagai peringkat umur yang berkunjung ke pasar malam bersama keluarga mereka. Semalam (jumaat) saya dan keluarga berniaga di pasar malam Indera Mahkota, Kuantan. Gerai kami bersebelahan dengan gerai peniaga buah (tembikai dan nangka) dan gerai uncle jual ikan laga + ikan gapi + hamster..

Apabila si anak kecil melihat hamster dan ikan, mereka tertarik dan datang singgah melihat2 anak2 ikan laga dan ikan gapi..Ada yang tertarik dengan hamster meminta ibu bapa mereka belikan. Saya perhatikan ibu kanak2 tersebut kelihatan geli melihat anak2 hamster tersebut. Tetapi kerana kasih sayang kepada anak2 mereka, mereka membelikan hamster tersebut dengan sarang sekali..:) Saya juga sempat membeli seekor ikan laga berwarna biru..hehe..

Dan hari nie (sabtu) kami berniaga di pasar malam Sungai Isap, Kuantan. Kali ini gerai kami terletak di sudut jalan bersebelahan gerai lori jual kekacang + permainan. Di hadapan gerai kami juga gerai yang menjual permainan kanak2..

Berbeza dengan semalam, hari nie memang ramai kanak2 berada di gerai2 permainan. Paling menarik hati kanak2 sekarang ini adalah button slipar crocs. Saya perhatikan trend kanak2 zaman sekarang, mereka suka berkerumun dan membeli pelbagai bentuk button. Ada kanak2 tu, dah penuh slipar Crocs dia dengan botton pelbagai bentuk dan warna..Harga satu button tu RM1! Jika saya, saya rasakan rm1 tu dah mahal, tetapi saya tengok kanak2 tak kesah. Mereka beli ja..Ada tu beli sampai 5..:) Ada ibu bapa juga sanggup berbelanja untuk anak2 mereka..Begitulah tanda sayangnya ibu bapa kepada anak2..

Memang lumrah kanak2, mereka sukakan permainan..Saya dulu kecil2 pun macam tu juga..hehehe.. Saya perhatikan kanak2 sekarang yang sudah bersekolah rendah sudah bijak membeli. Buktinya?? Ada seorang kanak2 saya perhatikan, dia duduk di gerai permainan sambil memerhatikan satu persatu permainan di situ.. Kemudian dia pergi ke gerai lain tengok permainan yang lain. Agak lama juga kanak2 nie asyik memerhatikan permainan disitu. Tapi tiada pengawasan ibu bapa, rasanya anak salah seorang perniaga di pasar malam itu juga.. Dah puas tengok2 semua permainan, dia kembali dan akhirnya membeli kapal terbang berharga RM2.00..Saya rasa itu yang di berkenan dari banyak2 permainan yang ada..he..

Nak kembali ke zaman kanak2..

Bila perhatikan gelagat kanak2, teringin nak jadi kanak2 semula.. hehe.. Bukan apa, zaman kanak2, takda apa2 yang perlu dirisaukan..Tidak  perlu memikirkan tentang macam mana nak cari duit, nak kerja apa dan sebagainya.. Yang tahu, nak itu, nak ini..nak makan tu, nak makan nie.. nak beli permainan tu, nak beli permainan ini.. Dan macam2 lagi ragam..hahaha…

Tetapi itu memang mustahil, kita tak boleh mengembalikan saat kita yang telah berlalu..Setiap yang dewasa pasti melalui zaman kanak2..Dan setiap zaman kanak2 berbeza seseorang dengan seseorang yang lain..Zaman saya ketika berusia 7 tahun tidak sama dengan zaman adik saya ketika berusia 7 tahun..:)

Walau apapun, semuanya kini sejarah dan menjadi kenangan…

***********

Wahai anak2 kecil, berseronoklah kalian ketika bergelar kanak2..Membesarlah kalian menjadi insan yang berakhlak mulia dan bersopan santun.. Cabaran zamanmu lebih sukar berbanding zamanku..Zaman kini, cobaan dan godaan datang dari segenap penjuru mempengaruhi minda kalian..

Wahai kaum bapa dan ibu, bersiap sedialah  untuk berhadapan peluru ujian dan godaan masa kini.. Peluru2 yang datang bukan seperti peluru2 senjata yang datang ke arah2 tubuh2 anak kecil seperti di Palestine..Tetapi ianya lebih halus dari itu, ibarat senjata biologi atau senjata kimia yang meresap secara perlahan2 keminda anak2 kecil kita zaman ini..Bersiap sedialah dengan ilmu dan diajarkan secara sopan kepada anak2 kecil..Agar mereka mengerti erti akhlak mulia dan sopan santun..Tunjukkan kepada mereka contoh terbaik kerana anak2 kecil belajar dari persekitaran hidup mereka..

************

ikhlas: MindatifPLUS (MP)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: