Bila lama tak menulis..

Tiap hari saya membuka blog saya, tetapi hanya melihat post2 sebelumnya.. Ingin rasa untuk menaip satu dua artikel terbaru tentang tips belajar, rahsia minda hebat dan sebagainya..Rasanya sudah berminggu2 saya tak menulis entri berkaitan topik2 tersebut..

Saya masih ingat azam saya untuk cuba berkongsi tips minda hebat setiap hari rabu. Namun sudah beberapa minggu hari rabu telah berlalu.Namun artikel sambungan masih belum ditulis..Saya minta maaf..Saya cuba menulis namun saya rasakan kupasan yang cuba diberikan belum cukup baik untuk dikongsikan. Mungkin kerana idea menulis hilang, maklumlah sudah lama tak menulis..Begitu juga tips belajar, sudah lama terhenti..InsyaAllah beberapa hari akan datang saya akan cuba menaip kembali..

Lari topik kejap..

Hari nie saya berpeluang ke bandar Kuantan menaiki bas..huhu..Sebenarnya dah selalu ke bandar Kuantan, tetapi biasanya naik kereta..Tapi hari nie saya terpaksa naik bas.. Sudah lama tak naek bas, kadar tambang bas pun tak tahu..hehehe..Kadar tambang bas biasa RM1.70 dan bas air-corn RM2.00 rupanya..Perjalanan dari rumah ke bandar Kuantan sekitar 15-25minit..

Sebenarnya tak buat apa pun keluar ke bandar, cuma pergi ke pejabat pos menghantar tempahan mindatif plus. Selepas selesai urusan, singgah ke Kuantan Parade..Tak tau nak cari apa, just jalan2..Tempat yang biasa saya singgah disana kedai buku Darul Ansar..Sebenarnya saya dah lama tak masuk ke kedai buku, bila singgah disana, banyak buku2 menarik dengan topik2 fresh menambat hati saya untuk membaca.. Nak beli tapi kena kira bajet dulu..Antara buku yang menarik, buku terbitan telaga biru, majalah solusi dan tak lupa juga buku terbitan PTS..Buku2 terbitan lain juga tak kurang menariknya..Saya sempat membelek membaca beberapa sinopsis buku sahaja. Tak membeli lagi sebab duit perlu guna untuk keperluan lain..InsyaAllah akan datang pergi semula membeli.:)

Sebenarnya bila melihat buku2 nie, teringat rakan2 di UTM..Ada beberapa rakan saya nie memang suka membaca. Di bilik dia, penuh buku2 ilmiah..(bukan buku kuliah ya..he.) Saya biasa pinjam dari dia jer. tapi tak semua koleksi buku dia saya habiskan..hehe. Mana2 yang menarik hati je, saya pinjam..:) Kadang2 bila tengok dia shopping buku, sampai beratus juga duit habis membeli buku. Tapi tak rugi membeli buku2 ilmiah ini kerana ianya kekal dan boleh dibaca dari semasa ke semasa selagi elok keadaannya..

Kembali kepada topik kita..

Menaip..dan teruskan menaip..

Kerana dah lama tak menaip tips2 ilmiah, sukar mendapat idea kupasan yang baik..Boleh jer copy paste artikel, tapi kalo macam tu, rakan2 boleh baca terus dari link blog orang tersebut..Tak perlu susah2 nak copy paste..kn?? Kecuali artikel tersebut memang menarik dan penuh fakta2 yang sukar diolah semula seperti beberapa artikel saya sebelum ini yang diambil dari Ustaz Zaharuddin berkaitan cara didikan anak2 dan juga dari blog saudara Hilal Asyraf.

Bila dah tak tahu nak tulis apa, menjelajah ke blog rakan2..Salah satu blog  yang dilawat ialah blog hasrol dan ariffshah dan terbaca entri berkaitan momentum menulis. Memang benar once dah stop menulis, nak dapatkan mood dan idea menulis kembali bukan mudah..Lebih2 lagi bila rasa malas..haaa..itu confirm2 dah memang liat untuk mula menaip kembali..

Tips yang saya dapat nak aktive update blog, banyakkan membaca, melawat blog2 rakan2 untuk dapatkan idea dan teruskan menaip..;)

Berkongsilah sesuatu yang bermakna walaupun ianya hanya sebaris kata..

~MindatifPLUS (MP)

2 responses to this post.

  1. thanks for the link wak seman.
    nak dapat momentum ni balik.. itulah. kena kerja keras lebih sikit supaya diri terbiasa update blog selalu. nanti senang la idea datang

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: