Tips Belajar 5: Raikan Kejayaan..

Cepatnya masa berlalu, hari nie dah 7hb Mei 2010.. 5hb Mei yang lepas, saya berazam nak kembali update blog..tetapi sudah dua hari saya tak update blog..Buka blog pun tak lama, hanya sekejap2 jer..Masa mencemburui saya untuk update blog dua hari nie..huhu..

Alhamdulillah hari nie berkesempatan juga..Sebenarnya pagi tadi, saya dan family keluar ke KFC. Mama ingin tunaikan janji kepada adik bongsu saya yang darjah 6 tu.. Alang2 nak ke KFC, saya pun ikut sekali..Dah lama juga tak makan KFC..he.. Rupanya KFC sudah keluarkan menu ayam goreng baru.. Baru tahu bila sampai sana pagi td.. Lada hitam + sos life = memang menyengat. PEDAS!! huhu..

(Semperna kejayaanmu..)

Hadiah sebagai pembakar semangat..

Kami sekeluarga ke KFC meraikan adik yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaaan pengesanan (SKKP) sekolah baru-baru nie..Walaupun dia sentiasa mendapat no 1 dalam kelasnya, namun dah lama adik saya tak dapat 5A dalam ujian/peperiksaan. Biasanya 4A 1B atau 3A 2 B (subjek UPSR).

Maka kali ini, mama saya berjanji, jika dia berjaya dapatkan 5A dalam peperiksaan kali ini, mama saya akan belanja dia makan KFC. Alhamdulillah dia berjaya terima cabaran ini..

Apa yang saya lihat, hadiah yang dijanjikan menjadi pembakar semangat untuk dia rajin belajar dan berusaha untuk pastikan dia berjaya mendapat hadiah yang dijanjikan tanpa dipaksa belajar.

Dr Fadzilah Kamsah juga dalam ceramah motivasi beliau mengalakkan pelajar meraikan kejayaan yang diperoleh. Bukan bermaksud membangga diri, tetapi sebagai hadiah motivasi kepada diri..Hadiah ini tidak semestinya diberikan oleh family sahaja. Boleh juga belanja diri sendiri sebagi tanda terima kasih kepada diri..

Pada pendapat saya, galakkan seperti ini boleh membantu memotivasikan pelajar untuk berjaya. Secara tidak langsung pelajar akan berusaha atas kehendak sendiri dan bukan kerana terpaksa untuk berjaya. Berilah hadiah yang sesuai dengan keperluan mereka.

Hadiah tidak semestinya mewah..

Apabila meraikan sesuatu kejayaan, tidak semestinya diraikan dengan memberi hadiah yang mewah. Tidak perlu sampai membeli permainan video atau playstation kepada anak2..Ya, tidak salah memberi hadiah seperti itu, tetapi sekiranya tersalah membeli hadiah, saya khuatir mereka akan lebih banyak bermain permainan game dari belajar..

Boleh juga merahsiakan hadiah yang ingin diberikan sekali sekala. Dengan cara ini, si anak/pelajar akan tertanya-tanya untuk mengetahui hadiah yang bakal diperolehinya..

Seperti contoh adik saya, dia memang jarang-jarang dapat makan KFC, sebab keluarga kami tidak diajar makan KFC atau lain2 fast food selalu.  Maka hadiah seperti itu sangat bermakna kepada beliau.. Mungkin pada kanak2 yang dah biasa makan KFC tiap minggu, ganjaran seperti ini tidak dilayan.. Maka perlu mencari hadiah istimewa yang dirasakan mampu membuat pelajar/anak bersemangat untuk berjaya..

Raikan pada perkara-perkara penting sahaja..

Saya pasti ada sesetengah keluarga yang mampu menjanjikan hadiah kepada anak2 setiap kali peperiksaan..Tidak salah, tetapi pendapat saya apabila pelajar sudah terbiasa di tawarkan hadiah, maka saya bimbang anak2 belajar kerana inginkan hadiah semata2..

Masalah boleh timbul apabila suatu masa, kita dah tak tahu nak beri hadiah apa, maka pada ketika ini si anak mula menuntut hadiah dan akan mengamuk apabila permintaannya tidak di tunaikan.

Saya berpendapat, kejayaan yang ingin diraikan perlu sesuai untuk sesuatu perkara yang istimewa. Sebagai contoh apabila kita melihat prestasi anak2 semakin merosot dalam pelajaran, maka ambil peluang ini untuk menawarkan hadiah apabila mereka berjaya tingkatkan pelajaran sehingga akhir tahun seperti percutian dan sebagainya.

Petutup = Hadiah pengerat silatulrahim..

Jadikan bentuk hadiah yang diberikan dapat mengeratkan silatulrahim antara keluarga. Ambil masa ketika meraikan kejayaan ini dengan menyuntik kata semangat supaya kejayaan ini dikekalkan walaupun tidak ada hadiah selepas ini. Dengan cara ini, insyaAllah silatulrahim dalam keluarga lebih erat..

Sekian.

Ikhlas: MindatifPLUS (MP)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: