Sejauh mana kita mengenal ibu..??

(Mama..Selamat hari ibu..)

Hari nie hari istimewa buat semua insan yang bergelar ibu..Selamat hari ibu!! Khasnya buat mamaku Puan Zaiton Abd Jalil. Love you so much!!

Saya teringat nasihat dan pesanan lecturer saya En Ismail Mahmood tentang sikap dan perasaan hati seorang ibu.

Hari ini saya ingin kongsikan nasihat beliau kepada rakan2 sekalian..

Perasankah kita, sewaktu kita masih kecil kita rasakan ibu kitalah orang yang paling garang di rumah. Pantang buat kesalahan, ibu akan marah kita.. Cubitan, rotan dan pukulan si ibu memang lumrah ketika kita berusia kanak-kanak..

Apabila kita meningkat remaja, berada di sekolah menengah, perasankah kita akan perubahan sikap ibu kita? Adakah si ibu akan merotan kita bila bergelar remaja?? Sudah tiada bukan..Ibu kita akan menasihati kita sekiranya kita membuat salah. Merotan bukan lagi kaedah yang ibu gunakan. Kerana si ibu hormat perasaan anak-anaknya. Namun adakah kita mengerti penghormatan ibu berikan? Ada anak2 hari ini, yang bergelar remaja, apabila di nasihat mereka tidak endahkan. Mereka rasa mereka dah besar! Dah cukup mengenal dunia!! Wah! Hebat anak2 hari ini. Sanggup membelakangkan nasihat si ibu yang lebih makan garam tentang kehidupan ini.

Natijahnya? Lihat lah dunia, gejala sosial yang melanda!! Kelahiran anak luar nikah yang berleluasa..Jangan salahkan ibu yang mengandung, tapi salahkan diri yang ego dan tidak mendengar nasihat yang baik!!

Tahukah kita,

Apabila si ibu semakin dijamah usia, si anak-anak semakin meningkat dewasa, sudah mampu berdikari.. Si ibu mengharapkan bantuan si anak membantunya. Bukanlah bantuan wang ringgit yang diperlukan, tetapi kasih sayang anak-anak yang di inginkan. Apabila di dapur, jika sewaktu kita kecil si ibu akan memasak untuk anak2 mereka. Namun setelah anak-anak dewasa, si ibu inginkan si anak bersamanya di dapur memasak bersama. Kadang kala si ibu inginkan si anak sendiri masak untuk mereka pula..Adakah kita perasan akan hal ini rakan-rakan sekalian??

Walaupun si ibu tidak berkata apa-apa apabila si ibu masih memasak berseorangan untuk anak2nya yang dah dewasa. Namun dalam hatinya adakah kita tahu perasaannya?

Tahukah sahabat sekalian, hati si ibu semakin sensitif apabila semakin meningkat usianya..Si ibu lebih mesra untuk berbual bersama anak-anaknya ketika ini dari memberi arahan2 kepada anak-anaknya kerana si ibu tahu, anaknya sudah dewasa..

Semperna hari mulia ini, mari sama-sama kita menyelami hati ibu kita..

Berikan yang terbaik buat mereka. Hormati mereka. Kasih mereka..Siapa kita tanpa ibu dan bapa..

****

Belaian Ibu

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu

****

4 responses to this post.

  1. Posted by nita on May 19, 2010 at 1:20 AM

    perempuan yg melahirkan anak blm tntu dpt menjdi seorg ibu..syukur dan beruntung kepada insan2 yg dikurniakan seorg ibu yg mithali,,,namun x smua yg bernasib baik…

    Reply

    • Posted by fyzul on May 19, 2010 at 10:59 AM

      Saya setuju dengan pendapat puan, beruntung insan yang mendapat seorang ibu mithali..Cuma penulisan ini saya bawakan dari sudut seorang anak..Saya ingin membawa insan2 yang bergelar anak, memahami hati seorang ibu. Walaupun ibunya hanya ibu biasa, atau ibunya bukan muslim, atau ibunya kurang soleh, tetapi sebagai seorang anak wajib menghormati dan menjaga hati ibu kita. Kerana syurga itu di bawah kaki ibu..

      Reply

  2. Posted by fyzul on May 10, 2010 at 9:58 AM

    Ya memang benar..namun kadang kala bila kita tak mengerti isi hati seorang ibu, bimbang tindakan kita membuat hatinya terluka tanpa kita sedari..Seperti kisah teladan seorang sahabat Nabi SAW yang melebihkan isteri dari ibunya sendiri..

    Reply

  3. syurga di bwah tapak kaki ibu.. sayangi dan hormati mereka

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: