Minda 3: Wangian Mencergaskan Minda..

Masih ingatkah lagi artikel minda 2 saya sebelum ini. Dalam entri tersebut saya menceritakan peranan warna, muzik dan bauan dalam merangsang otak. Kali ini saya ingin menyambung kupasan tentang wangian.

Siapa yang tidak suka wangi-wangian???

Saya pasti semua orang suka terutama golongan wanita..:) Saya pun suka..

Kebiasaanya, wangian dikaitkan dengan perfume atau minyak wangi. Tetapi sebenarnya alam semula jadilah yang mengeluarkan wangian tersebut. Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui hamba-hambaNya menyukai wangi-wangian. Maka diciptakan tumbuhan yang pelbagai warna dan mengeluarkan haruman yang wangi. Sebagai contoh pokok bunga rose, limau kasturi, pokok kemangi dan sebagainya yang disukai manusia. SubhanAllah..Hebat ciptaan Allah SWT.

Kita tahu, wangian ada dua macam, yang disukai dan tidak disukai..

Yang tidak disukai tentulah wangian yang berbau busuk, tengit dan sebagainya yang membuatkan kita tidak selesa bukan?

Dalam entri sebelumnya saya hanya menyentuh sedikit tentang situasi wangian di suatu tempat merangsang otak berfikir.. Kali ini saya ingin menambah info tentang wangian tersebut insyaAllah..

Dalam buku minda hebat karangan Dato’ Siti Nor Bahyah Mahmood bersama Haji Muhammad Zakaria, beliau ada menyentuh tentang wangian ros, kasturi, kemangi dan ambar. Terdapt juga hadis-hadis Nabi SAW tentang wangian ini. Saya tidak menyentuh tentangnya disini..:) Untuk mengetahui detail, boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran..

Bilik Selesa vs Terganggu..

Kebanyakkan pelajar suka belajar di dalam bilik mereka, terutama pelajar universiti atau tinggal dirumah. Pelajar di asrama seperti pelajar MRSM, SBP, dan lain-lain, mereka perlu belajar di bilik darjah waktu petang dan malam (dulu kami panggil ‘prep’)..Mereka ada jadual belajar yang telah ditetapkan..Semasa di UTM, saya juga menghabiskan masa study di dalam bilik.. Jarang-jarang pelajar belajar di perpustakaan atau bilik tutorial..Kebayakkan mereka suka belajar dibilik..

Pendapat saya tidak kesah nak belajar dimana asalkan kita belajar dan bukan bermain atau tidur. Cuma saya ingin kongsikan disini, suasana bilik belajar yang berudara segar membantu meningkatkan keupayaan otak berfikir.Oxygen yang diperlukan oleh tubuh akan berkurang sekiranya kita belajar ditempat tertutup. Apabila tubuh kurang menerima oxygen, ia akan menyebabkan kita cepat mengantuk atau selalu menguap ketika belajar.

Ada rakan-rakan kita suka study group di bilik rakan-rakan yang lain. Kita perlu kenal pasti adakah bilik kita berkeadaan selesa. Maksudnya berbau wangi atau sebaliknya. Biasanya pemilik bilik tersebut tidak tahu bahawa biliknya berbau tidak menyenangkan kerana dia tiap hari berada di bilik tersebut. Jika nak tahu bilik kita wangi atau tidak, ajak rakan yang suka wangian masuk ke bilik kita. Jika dia mampu berada lama atau tidak berkata apa-apa, maksudnya bilik anda selesa buat mereka.. Sebaliknya sekiranya bilik kita tidak selesa, ia mengganggu rakan2 kita nak fokus belajar bersama kerana fikiran mereka asyik memikirkan tentang bau yang tidak selesa tersebut. Sebab itu bilik yang segar, berbau wangi dan selesa sangat penting merangsang otak berfikir dengan baik..

Bau badan menganggu fikiran..

Masalah badan berbau dihadapi oleh setiap orang. Apabila badan berpeluh, lebih kuat bau yang kurang selesa akan terhasil. Empunya badan juga akan tidak selesa dengan keadaan ini.

Biasanya kita akan cuba mengatasi masalah ini dengan memakai deadorant, perfume dan sebagainya. Ada juga bauan ini tidak kekal lama..

Sekiranya kita menghadapi masalah ini, terutama pelajar, kita tentu tidak mahu bau ini menganggu rakan-rakan kelas terutama rakan disebelah kita. Jesteru cara yang boleh diatasi dengan membawa minyak wangi atau perfume sentiasa di dalam kocek. Biasanya perfume yang bersaiz kecil memudahkan kita membawanya kemana-mana. Kini produk perfume mini sangat popular hari ini. Banyak jenama2 produk yang berada di pasaran.

Imtiyaaz Aroma merupakan salah satu produk perfume muslim terbaru. Saya pun baru tahu hari ini tentang produk ini. Menariknya duta produk ini ialah penulis buku minda hebat, Dato’ Siti Nor Bahyah Mahmood.πŸ™‚ Produk ini ada 3 set wangian..Produk ini boleh diperolehi secara online sahaja..(Sedikit promosi tentang produk ini..hehee..)

Wangi-wangian tidak salah untuk dipakai kerana suasana yang segar dan wangi sebenarnya turut membantu dalam merangsang keupayaan otak berfikir. Namun jangan terlalu tepu bilik dengan bau wangi kerana ia boleh menimbulkan rasa rimas juga. Bersederhana mengawal wangian yang selesa buat diri kita dan orang sekeliling..Untuk para pelajar, pilih tempat belajar yang sesuai. Sekiranya kita dapati tempat tersebut tidak sesuai, ubah atau beralih mencari tempat yang selesa untuk kita belajar.

Apabila kita selesa dengan suasana sekeliling, insyaAllah pembelajaran juga akan mudah diingat dan paham. Sekian.

Ikhals: MindatifPLUS (MP)

3 responses to this post.

  1. Posted by asma on August 29, 2011 at 6:13 PM

    ada betul nyew.. tapi kt mrsm, amat penat prep petang penat, wat hmwrk ala kadar jew.. pastu prep mlm 9-11 sebk nk wat mhmwrk.. x de masa nk ulgkj.. sedey.. result jatuh….. ada tips nk urus jadual di asrm? trutm d mrsm.. sbb ms pdt sgt..

    Reply

    • @asma: Selamat hari raya..πŸ™‚ Blaja kat MRSM ya?? mmg jadual di mrsm padat.. Siang malam prep..hehehe.. Apa yang dapat saya bagi tips sangat penting iaitu disiplin dan never give up! Mmg homework banyakkan tapi ambil peluang buat homework tu sbgai ulang kaji sekali. Jd tak perlu ambil masa sekali lagi utk ulangkaji subjek yang sama dgn homework.. Tips lain, yg sy perasan sikap kawan sy yang cemerlang dan dpt smbung study ke rusia lepas SPM, lepas prep mlm dia smbung buat latihan dan ulang kaji setiap malam sampi exam. Org lain lepas prep terus enjoy. Dia tak, baring kat atas katil buat latihan sebanyak mungkin. Harap ini dapat bantu awk serba sedikit..πŸ™‚

      Reply

  2. bagus entri ini. Sangat suka.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: