Memandu dalam keadaan jam..

(fokus ketika memandu..)

Selama ini asyik jadi penumpang sahaja. Sejak lesen P  kereta saya dah dapat minggu lepas, jadi saya sendiri la yang perlu drive kereta abah menghantar tempahan produk mindatif plus ke pejabat pos..Sebelum ini abah yang drive, saya jadi penumpang je..

Hari ini, dalam 3.15pm saya keluar untuk ke pejabat pos bandar kuantan selepas tengok taufik hidayat kalahkan permain jepun tadi badminton separuh akhir piala thomas..Saya keluar je ke jalan utama  ke bandar kuantan lebih kurang dalam 2 kilometer tetiba jalan jam..Kereta mula bergerak perlahan-lahan. Panjang pula tu, hampir 30 minit juga jamnya.  Ingatkan kenapa..Rupanya ada kereta excident kat selekoh kobalt kuantan. Saya tak tahu kereta apa terlibat sebab bila lalu kawasan tu, kereta dah kena tarik kot. Cuma nampak ada kereta kenari yang juga terlibat berada di tepi jalan. Teruk juga belakang kenari tu..

Ini first time saya pandu kereta dalam keadaan jam. Penat rupanya bila memandu dalam jam..Lenguh kaki2 duk jaga clash..Sebelum ini bila jadi penumpang tak tau bagaimana rasa memandu kereta bila dalam jam..huhu..Nampaknya kena pakai kereta automik la selepas nie. Senang, cuma jaga break dan minyak jer..hehehe..Takdalah kaki penat sangat bila jam..kn?

Saya trauma duduk sebelah pemandu..

Saya sebenarnya ada trauma juga jadi penumpang nie. Sebab pernah terlibat dengan excident beberapa kali bila kawan menandu. Sebenarnya tiap kali keadaan jam or kereta banyak, kaki saya terasa nak tekan minyak and clash tu sebab takut langgar belakang kereta orang.

Trauma langgar belakang berlaku 2 tahun lepas kot. Masa tu di kuantan juga, kawan saya yang bawa kereta. Saya duduk sebelah dia, kami keluar berdua je. Kami keluar lepas maghrib. Niatnya nak pergi lepak kat warung kat taman cenderawasih. Kami balik rumah hujung minggu dari UTM skudai. Kebetulan bila sampai jalan utama sebelum simpang permatang badak kuantan, jalan jam teruk. Ingatkan kenapa, rupanya malam tu ada ceramah umum oleh parti keadilan. Lebih-lebih lagi penceramah malam tu ketua umum pakatan pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Memang sesak betul..

Dalam kesesakkan tu, kawan saya yang memandu asyik sms sambil kereta bergerak perlahan-lahan. Nak dijadikan cerita, kebetulan dihadapan kereta kawan saya nie, kereta honda civic baru. Kawan saya kereta kancil ja..Ntah macam mana, dia asyik sms, lepas tu tertekan minyak, tersondol kereta honda civic tu. Mata kawan saya duk pandang telefon dia, saya yang pandang depan nie terkejut, menjerit juga..huhu.. Habis kereta civic tu, bonet belakang terangkat tak boleh tutup..Mujur cuma libatkan kereta civic  sahaja, kalo banyak kereta yang terlibat tak tahu la saya macam mana..Kami settle tepi jalan jer. Kawan saya kena bayar ganti rugi kat pemilik kereta civic tu. Orang melayu kelantan, alhamdulillah sahabat kita tu tak marah-marah. Kira settle tak banyak cerita..

Sejak hari tu, memang kalo saya duduk jadi penumpang depan, saya akan ada sikit trauma lebih-lebih lahi jika follow belakang kereta lain. Alhamdulillah mujur sewaktu memandu kereta tadi tiada perasaan trauma tu. Nasihat saya, ketika memandu jangan la berbalas sms, sangat-sangat berbahaya. huhu..

Tadi pun sewaktu memandu, saya follow belakang lori.. Cuak juga duduk belakang lori nie. Ada ketikanya lori tu ke belakang sedikit bila mula nak bergerak. Saya follow ikut jarak selamat seperti di ajarkan sewaktu kelas memandu. Biarlah jauh sedikit, asalkan kereta kita pandu dalam keadaan selamat sewaktu jam.

Akhir kata, pandulah berhati-hati, ingat orang tersayang..

ikhlas: MindatifPLUS (MP)

4 responses to this post.

  1. wah, dah dpt lesen P yek..mantap la kawan kita sorang ni..hati2 semasa memandu, jgn jadi macam kawan kita yang main sms tu yek..hehe

    Reply

  2. tahniah dah dapat lesen🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: