Bertudung Ikut Trend atau Hukum?

(Jujurlah kamu dengan Allah..)

Assalamualaikum wbt.

Semasa 4 hari berniaga di karnival subang, saya dan rakan-rakan berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat melayu muslim. Terutama golongan wanita. Pelbagai fesyen tudung dan gaya berpakaian boleh dilihat. Bukan semasa di karnival sahaja, tetapi dimana-mana sahaja ramai golongan wanita berpakaian seperti ini. Lantas kami rakan-rakan niaga berbincang akan isu ini.

Bertudung kerana gaya..

Kami berbincang dan kami bersetuju bahawa rata-rata masyarakat muslim wanita bertudung kerana fesyen. Pelbagai jenis fesyen tudung yang berada di pasaran hari ini..Ada diantaranya cuba menampilkan gaya tudung tersendiri, kononnya itu keunikan atau tread mark mereka. Saya tidak mahu bawakan contoh gambar sebenar gaya-gaya bertudung masyarakat kerana kita boleh lihat sendiri di luar sana bagaimana mereka bertudung. Ada yang bertudung pendek, bertudung tapi pakaian sendat, bertudung tapi pakai baju lengan pendek, bertudung tapi pakai skirt dan macam-macam gaya lagii..

Bila ditanya mengapa bertudung gaya seperti itu, mereka akan menjawab ingin menutup aurat. Alhamdulillah, niat yang baik untuk menutup aurat. Namun adakah gaya seperti itu yang dianjurkan dalam Islam??

Bagaimana garis panduan dalam Islam tentang cara menutup aurat?

Kesalahan bertudung dan pakaian..


Beginilah gaya-gaya pakaian hari ini bukan??

Rata-rata wanita hari ini bertudung kerana gaya bukan hukum kerana cara pemaikan tidak selari dengan hukum di dalam Al-Quran itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berapa ramai wanita yang mengikut hukum dalam cara berpakaian hari ini??

Ini baru cara bertudung, belum dikira wanita yang tidak bertudung lagi..Lagi la pelbagai gaya yang pelik-pelik dapat dilihat..

Saya  membawa isu ini bukan untuk mencetuskan kontraversi atau menaikkan kemarahan wanita namun saya melihat masalah ini semakin menular. Perlu rasanya saya untuk menyampaikan kebenaran disini walaupun sepatah ayat agar umat Islam di negara kita kembali kepada cara Islam yang sebenar, dan agar negara kita terhindar dari kemurkaan Allah SWT.

Penutup: Sebaik pakaian adalah Takwa

Saya memohon para wanita yang membaca entri ini agar membetulkan kembali cara berpakaian sekiranya cara-cara pakaian saudari hari ini seperti diatas. Marilah sama-sama kembali ke jalan yang benar. Kerana kehidupan di dunia ini tidak lain hanya persinggahan sebentar sahaja sebelum  perjalanan sebenar di akhirat sana yang kekal abadi.
Saya akhiri entri kali ini dengan sepotong ayat al-Quran.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud;

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan- bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

~fyzul MP

22 responses to this post.

  1. Amat berterima kasih ats penulisan ini.

    Reply

  2. Setuju sangat jikalau kita bertudung kerana hukum ALLAH SWT.
    Hukum serta perintahnya wajib di ikuti.

    Tidak salah sekiranya nak berfesyen. Tetapi harus kena pada caranya.
    Iaitu mengikut syariat.

    Reply

  3. Posted by Diya on February 1, 2014 at 12:45 PM

    mohon copy =)

    Reply

  4. Posted by shaharimah on February 11, 2013 at 12:08 PM

    assalamualaikum…saya nk tanya…boleh ke pakai tudung tutup dada sedikit dan mngenakan baju kurung moden yg tidak trlalu ketat dan masih longgar…

    Reply

  5. Posted by al-faizal paisey on August 8, 2012 at 7:32 AM

    assalamualaikum semua..
    saya seorg lelaki islam yg blum habis belajar tentang islam..sekarang saya tengah berusaha untuk mengetahui tentang islam dgn lbih dalam..tp wt mase nie saya tgh belaja sedikit demi sedikit tentang islam..
    saya nk tnye 1 soalan tentang aurat wanita islam..wanita bertudung memang wajib atau sebalik nye??dah ape hukum nye..wajib ke tidak??boleh sape2 tolong jelaskn kepada saya??

    Reply

    • Waalaikumussalam wbt..

      Saudara faizal: Terlebih dahulu saudara perlu paham tentang aurat lelaki dan perempuan. Lelaki: Pusat hingga lutut Perempuan: Seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka.

      Tiada dinyatakan hukum bertudung TETAPI yang dinyatakan adalah hukum MENUTUP AURAT adalah WAJIB.

      Maka tujuan bertudung itu adalah untuk menutup AURAT, secara tidak langsung hukum bertudung jatuhnya WAJIB bagi perempuan yang baligh.

      Kemudian dalam Al-quran juga lengkap memberi tahu perlu menutup kepala kelesuluruhannya kecuali muka dan hendaklah melabuhkannya sehingga menutup bahagian dada.

      Jadi perlu bijak memilih trend tudung agar mengikut garis panduan islam.

      Diharap jawapan saya membantu.

      Sekian.

      Reply

  6. sy smmgnyar ssh untuk brtudung sb pda pndangan sy kalau brtudung sb trend lbih baik x brtudung… kdang2 trlintas jga d hati untuk brtudung tpi tkt trperangkap dgn trend brtudung skrang..,doakn agar Allah swt bri sy ptunjuk & hidayahNYA….

    Reply

  7. Assalamualaikum , sy seorg muslimah dan sy sy sntiasa brusaha utk mnjd muslimah yg lbih baik dripada skrg . Sy cume ingin meminta pndpt .Adakah brdosa skiranya kaum hawa mngenakan tdung yg plbgai jenis tp masih tdk mlggr hukum syarak . Sy ingin mminta pndpt anda . Harap sy dpt jwapan nya🙂

    Reply

    • @nurul: Wslm… Alhamdulillah. Semoga kita semua sentiasa menjadi lebih baik dari sebelumnya. Berkenaan soalan awk, ini pendapat saya berdasarkan ilmu sejengkal yang ada:

      Aurat bagi wanita adalah menutup keseluruhan bahagian badan (kecuali muka dan tapak tangan) dan tidak menampkan bentuk tubuh. Maknanya pakaian perlulah longgar dan labuh..

      Manakala untuk tudung yang dinyatakan dalam al-quran adalah perlu labuh menutup bahagian hadapan (dada). Tidak dinyatakan secara kursus fesyen yang bagaimana cara bertudung. Cuma pada hari ini fesyen tudung terlalu banyak, maka para ilmuan berbincang berdasarkan al-quran dan hadis2 nabi bagaimana ciri-ciri tudung yang diharuskan. Namun konsepnya sama perlu menutup (labuh) bahagian hadapan.

      Maka bila bertanya tentang hukum sama ada berdosa atau tidak, itu saya tidak berani katakan. Selagi syaratnya dipatuhi pendapat saya tiada masalah untuk pakai.

      Memang kita nak juga ikut trend semasa agar tidak kelihatan kolot. Maka carilah yang bersesuaian dengan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Islam.

      Semoga pendapat saya menjawab persoalan awk..🙂

      Reply

  8. camne nak nasihatkan orang supaye dy pakai tudung ae??..

    Reply

  9. my teacher said “sebenarnya nk pakai tudung nak tutup aurat, tapi dah terlebih.. jadi ikut trend…” kalau pakai tudung atas dada pon tak boleh sebenarnya..

    Reply

    • @anis: Sebenarnya ramai yang tahu..tapi tak mahu ikut sebab nanti gaya tudung tak ikut zaman la nampak kolot la.. Ditambah dengan lambakan fesyen tudung yang cantik-cantik tapi tak ikut sunnah.. Sapa tak tertarik nak mencuba… Pendapat saya jer..

      Reply

  10. Posted by nur nabilah syahirah on December 13, 2010 at 9:39 AM

    betul3…
    saya setuju…
    ta berapa nak faham

    Reply

    • Isu ini sebenarnya telah banyak dikupas oleh ustaz-ustaz. Ustaz Zaharuddin juga ada menyentuh isu ini dalam blog beliau baru-baru ini dan saya baca kupasan ustaz zaharuddin lebih menarik.. hehe.. Kita mungkin tak boleh nak mengubah keseluruhan masyarakat tetapi pesan memesan perlu diteruskan terutama ahli keluarga dan rakan-rakan yang berdekatan dengan kita.

      Reply

  11. Posted by JalanSufi on September 1, 2010 at 2:20 PM

    Assalamualaikum…thanks 4 reminded. smoga saudara dberi kekuatan&kesabaran untk meneruskan perjuangan ini.sy sungguh tersntuh ht mlihat prbandingan respond blog sbegini berbnding respond blog berkaitan urusan dunia yg lain. Smoga niat saudara drahmati Allah. Sentiasa berpegagng tguh pada perkataan ini “Allah sentiasa bsma org yang bersabar”…dan kta perlu mnolong umat islam yg lain yg kurang pegetahuan berkaitan perintah sbenar dlam islam.

    Reply

  12. Baru sempat mampir nih!
    Liat-liat dulu….
    Situsnya bagus nih!
    apalagi kalau disuguhi makan!
    hehehehehhehehe
    Kunjungan balik ya sob, ini blog saya
    http://modelkebayamodern.blogspot.com/
    Salam kenal….

    Reply

    • Salam kenal kembali..
      Sayangnya saya kurang paham maksudnya.. Kami orang Malaysia ada bahasa rakan disana yang kurang paham..🙂

      Reply

  13. saya sokong!!!

    Reply

    • Posted by peace lover on May 16, 2011 at 10:15 PM

      ada jugak pakai tudung sebab badan dah mengembang dan sebab rambut keriting halus mengerbang…..niat dah tak betul sebab dia nak tutup daging2 selambak kat badan mereka…wallahualam…moral of the story..pakai tudung ,tutup aurat and anything we do mestilah kerana Allah!🙂

      Reply

      • Terima kasih atas pandangan. Betul tu.. Namun bukan mudah nak menegur.. Tapi kena usaha jugakan..🙂

        Reply

      • HIJAB JUGA BUKAN SBG UNTUK MENUTUK AURAT SHJ. IA JUGA BERTUJUAN SUPAYA WANITA TIDAK TERLALU OBSESSED DGN KECANTIKAN DIRI DAN BERBANGGA2 ATAU MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN WANITA LAIN. SEMUA SAMA SAHAJA…FAHAM NIAT SEBENAR DI MUKA BUMI INI TUJUAN HANYA BERIBADAT KPD ALLAH & MEMBANTU SESAMA MANUSIA…SECARA TIDAK LANGSUNG WANITA TIDAK TERLALU OBSESSED MELAKUKAN PLASTIC SURGERY…MEWARNA RAMBUT / TUKAR HAIRSTYLE…OBSESSED DGN BERAT BADAN…ANOREXIC…COSMETICS..MENAYANG2 BARANG KEMAS ETC. KERANA SECARA LAHIRIAH WANITA DILAHIRKAN SUKA MENGHIASI DIRI & BERBAGGA-BANGGA…SEBAB ITU ADA GUIDLINE DLM QURAN.

        Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: