Ilmu dan Pengalaman..

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat sekalian??

Rindu rasanya saya untuk kembali mengupdate blog saya ini. Selama 4 hari saya tidak berpeluang untuk online. Sebenarnya selama 4 hari saya berpeluang untuk bermusafir ke Subang untuk satu karnival disana.

Karnival Perdagangan & Produk Islam yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 28hb Mei – 30hb Mei 2010. Saya bersama En Ahmad dan Azizi (bertiga 1 kereta) dan En Khalil bertolak pada hari khamis dan tiba disana selepas zohor. Memandangkan kami tiba sehari awal dapat berkenalan dengan lebih rapat urusetia yang terlibat bersama.

Alhamdulillah syukur kepadaNya selama 4 hari bermusafir, banyak ilmu dan pengalaman berharga yang saya perolehi tentang kehidupan, keluarga, perniagaan, akhlak dan sebagainya.

Selain itu saya juga berpeluang untuk berkenalan dengan ramai peniaga muslim disana dan saling bertukar-tukar idea dan melihat potensi produk muslim yang ada disana.

Cuma sayang sekali kerana saya tiada kamera untuk mengambil gambar sepanjang karnival ini berlangsung. Telepon n-gage  saya pun tak boleh tambah kemera. Maka tidak dapat saya sertakan gambar-gambar yang menarik sepanjang karnival tersebut.

InsyaAllah segala ilmu yang diperoleh sepanjang berada disana akan saya kongsikan bersama sahabat sekalian dari semasa ke semasa. Semoga kita sama-sama dapat mengambil ikhtibar dan memperoleh manfaat darinya insyaAllah.

p/s: Saya juga ingin memohon maaf kerana sepanjang 4 hari tidak online, saya meminta adik saya untuk menjawap komen pertanyaan sahabat sekalian tentang produk mindatif plus. Semoga jawapan beliau membantu.

~fyzul MP

3 responses to this post.

  1. bagus dikongsi tu…

    Reply

    • sham: Saya bisnes mindatif plus dan portal pendidikan mystar. En Khalil bisnes penapis air produk beliau sendiri. Lain-lain perniagaan ais cream produk muslim, kelapa jeli, barang2 askar pun ada, prduk HPA, dan banyak lagi. Kain baju, buku-buku, buah-buahan, gerai makanan, perfume, takaful pun ada juga masuk jual. Total gerai peniaga 120 buah..

      pd: insyaAllah akan saya kongsikan..=)

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: