Kenapa begitu kawan..?

Assalamualaikum wbt.

Petang tadi saya pergi ke sebuah kedai komputer (cyber cafe) berdekatan Kuantan Parade untuk print pamplet Mindatif Plus disana. Kedai C.C tersebut bukanlah asing bagi saya kerana saya telah beberapa kali print disana.

Sebelum ini pemilik C.C tersebut memberikan P.C khas untuk print dan harga print sekeping hitam putih RM0.30. Saya tidak kesah tentang harga tersebut kerana saya print pun bukan banyak 2 keping sahaja.

Hari ini, orang yang sama seperti hari-hari sebelumnya yang menjaga C.C tersebut. Cuma, kali ini bila saya masuk untuk mengunakan P.C untuk print, beliau suruh gunakan P.C lain (P.C no 18) sebelah printer tersebut.

Saya masukkan pendrive saya dan terus print tidak sampai pun 1 minit. Selesai print saya nak bayar la, beliau maklumkan harga semua untuk 2 keping hitam putih RM1. “Hah! RM1?? Bukan ke dua keping RM0.60 jer? ” Tanya saya kepada beliau..

Beliau jawab, 40sen cas untuk guna P.C. Terkejut saya. Saya tanya la dia, kenapa tidak suruh saya guna P.C yang khas untuk print tu?

Dia jawab takut kena virus. So, kenapa perlu saya bayar 40sen lebih sedangkan saya tidak mengunakan internet pun. Saya guna pun tidak sampai 2 minit. Biasa kedai lain mana ada kenakan cas pun untuk perkhidmatan print.

Beliau tidak berkata apa, beliau bagi harga 60sen ja untuk print dengan muka masam. huhu~

Kenapa begitu kawan..??

Kenapa perlu cas tambahan untuk penggunaan komputer. Jika rasa kos sewa kedai tinggi, naikkan cas print bukan cas gunakan komputer.

Perniagaan bukan perkhidmatan 1 hala, tetapi dua hala. Berilah layanan dan service yang terbaik kepada pelanggan dan insyaAllah pelanggan akan datang kembali membeli walaupun harga dinaikkan sedikit. Yang penting kepercayaan pelanggan, dan bukan keuntungan semata-mata.

Ini pendapat saya, bagaimana pendapat sahabat sekalian??

~fyzul MP

2 responses to this post.

  1. x btol cara orang ni berniaga..pelik betollah…mungkin x paham selok belok menjaga hati pelanggan

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: