Siri 5: Jom ke Kedai Buku..

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya saya dapat menulis entri terbaru kali ini walaupun telah beberapa hari tidak meng’update’ blog saya ini.

Kali ini insyaAllah saya ingin berkongsi pendapat saya tentang tarbiah memupuk minat membaca dikalangan anak-anak. Walaupun saya masih bujang, diharap pendapat saya ini sesuai dan boleh diterima oleh rakan-rakan sekaian..;) Saya juga berharap diakhir entri ini rakan-rakan sekalian boleh melontarkan pendapat rakan-rakan sekalian juga disini..:)

Ilham menulis topik ini saya peroleh selepas balik dari membeli buku di  Darul Ansar Book Store dalam Kuantan Parade. Semasa disana saya dapati banyak bahan-bahan ilmiah (buku-buku) yang menarik dijual disana. Saya jadi rambang mata untuk membeli kerana banyak buku-buku yang sangat menarik dan berkualiti dijual. Lebih-lebih lagi buku-buku keluaran telaga biru dan juga PTS. Kulit buku mereka sahaja pun sudah mampu menarik hati pembaca. Bahkan topik dan tajuk-tajuk buku juga sangat menarik.

Hari ini saya tertarik satu buku karya Dato’ Fadzilah Kamsah bertajuk “Anda ingin jadi seorang Gentleman?” hehe.. Niat hati nak membeli juga buku tersebut, tetapi saya kiv dulu untuk mendapatkan buku tersebut kerana saya telah membeli dua buku lain yang lebih utama. Kepada kaum rakan-rakan kaum adam yang lain, saya sarankan untuk dapatkan buku ini segera.hehe..

(Ini bukunya..Picture by islividish.blogspot.com)

Selain buku-buku ilmiah, novel-novel islami juga banyak dihasilkan oleh penulis kita.  Malah buku-buku yang dijual bukan hanya untuk dewasa malah untuk remaja, dan kanak-kanak juga ada dijual seperti majalah asuh untuk kanak-kanak.

Cuma sayangnya pengunjung ke kedai buku tidak seramai pengunjung di kedai-kedai DVD/VCD bersebelahan.

Semasa saya berada di dalam book store tersebut, ada seorang ibu dan juga dua orang anak remajanya masuk ke kedai tersebut. Lantas si anak bertanya ibunya, “nak buat apa kat sini?” Saya tersenyum apabila makcik itu lalu dihadapan saya.

***

banyaknya buku..bestnya dapat baca semua buku nie…hehee..

Habis tentang kedai buku yang saya pergi tengah hari tadi. hehe..

Sebagaimana yang kita ketahui, pelbagai kempen membaca atau memupuk minat membaca telah dianjurkan. Namun peratusan membaca dikalangan masyarakat kita masih rendah.

Apa yang saya dapati seseorang akan membaca buku apabila keperluan mendesak, seperti menjelang peperiksaan, mencari info yang berkaitan dengan tugasan atau apa-apa sahaja yang perlu merujuk buku. Itu sahaja..  Masa lapang, kebiasaanya kita lebih menghabiskan masa menonton TV, berfacebook atau lepak bersama kawan-kawan. Betul tak?? Sebab saya pun macam tu juga.hehe..

Saya sebenarnya bukanlah seorang yang senantiasa membaca buku. Saya juga jarang-jarang membeli dan membaca buku ilmiah. Tetapi minat saya untuk membaca tetap ada..:) (Bukan nak puji diri sendiri,cuma nak bagitau ada ‘minat’ pun dah ok sebenarnya dari tak minat langsung kan?)

So, saya terfikir bagaimana nak memupuk minat membaca dikalangan anak-anak hari ini. Pada pendapat saya, minat membaca sudah memadai walaupun tidak membaca buku ilmiah setiap hari. Jika ada itu yang terbaik.. Kerana, apabila perasaan minat itu telah ada, insyaAllah lambat laun dia akan suka membeli dan membaca buku ilmiah ini dengan sendirinya.

Saya berpendapat, cara memupuk minat membaca adalah dengan sentiasa mengajak anak-anak ke kedai-kedai buku setiap kali keluar membeli-belah.  Tidak semestinya setiap kali membawa mereka ke sana, kita wajib membeli buku untuk mereka.

Apa yang saya perhatikan, sesetengah masyarakat cina mengajar dan mengajak  anak-anak mereka ke kedai-kedai buku terutama di MBS atau kedai buku Popular atau MPH. Disana ada diantara mereka yang sanggup duduk atas lantai sambil membaca buku! Bukan selak-selak tau, mereka membaca buku. Kerana di kedai buku MBS MPH mereka tidak menghalang kita untuk membaca. Jadi apa yang anak-anak cina lakukan, mereka membaca disana.

Walaupun dimata kita, tindakan tersebut kurang manis atau sesuai. Namun dari sudut  pandangan yang lain, cara ini merupakan kaedah yang baik untuk di adaptasikan daam usaha kita memupuk minat membaca dikalangan anak-anak. Sekiranya kita tidak mampu membeli buku yang ada disana, maka bertanya kepada pekerja disana adakah kita diizinkan membaca buku-buku mereka. Sekiranya boleh, gunakan peluang ini.

InsyaAllah apabila anak-anak dilatih sentiasa ke kedai buku, lama-kelamaan mereka akan suka ke kedai buku dan minat membaca akan datang dalam diri mereka dengan sendirinya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan sekalian. Sekiranya ada pendapat lain mohon dikongsikan bersama.🙂

~fyzul MP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: