Motivasi: Hikmah Gembala Kambing..

Assalamualaikum wbt..

Pasti rakan-rakan masih ingat entri saya sebelum ini berkenaan tetamu yang tak di undang (kambing). Hari ini kambing-kambing ini masih ‘menziarah’ di kawasan rumah saya. Puas dah menghalau, tapi tetap datang juga.. Kali ini saya tidak mahu celoteh tentang telah mereka..Tetapi saya ingin bawakan hikmah gembala kambing.:)

Sebagaimana kita maklum semasa belajar sirah para nabi, kebanyakkan nabi-nabi mengembala kambing. Ya mengembala kambing..Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW juga mengembala kambing.

Aktiviti mengembala..(Pic by Google)

Ingatkah rakan-rakan cerita “Ahmad Albab” lakonan Allahyarham P.Ramli? Dalam cerita tersebut P.Ramli melakonkan watak sebagai pengembala kambing sehingga seekor kambingnya sesat masuk ke dalam gua. =)

Jika kita perhatikan hari ini, aktiviti mengembala kambing sudah tiada di Malaysia, yang ada menternak kambing.. Pendapat saya, ada perbezaan antara mengembala dan menternak kambing. Salah satunya, kita perhatikan dalam kisah ‘Ahmad Albab’, memang tugas pengembala kambing membawa kesemua kambing ke padang meragut rumput dan memerhatikan kambing-kambing tersebut dari pagi sehingga petang. Manakala penternak moden hari ini, membela dan memberi makan dalam kandang sahaja. Cara ini memang lebih mudah untuk menjaga kambing-kambing tersebut.

Namun, apabila dilepaskan dari kandang, ada pemilik jarang-jarang sekali memerhatikan ke mana kambing-kambingnya meragut rumput. Dikawasan tanah mereka ke atau kawasan kebun orang lain. Ada juga penternak melepaskan kambing mereka awal pagi dan mencari kambing-kambingnya pada sebelah petang sahaja. Maka aktiviti tersebut saya tidak panggil gembala kambing.. Ini pendapat saya ja..=)

Comelkan kambing nie..? =)

Untuk pengetahuan rakan-rakan ada hikmah besar mengembala kambing dari perspektif bisnes.

Sebagaimana yang kita ketahui, antara sifat kambing adalah kambing berbau hapak, degil serta tidak mendengar arahan walaupun dipukul seteruk mana sekalipun. Pengajaran yang dapat diambil terutama kepada usahawan adalah:

  1. Membentuk sifat sabar (self-control), agresif dan berjiwa kental menempuh cabaran yang datang.
  2. Membentuk sifat bekerja kuat dan berdisiplin.
  3. Pengurusan masa (time management) dalam kehidupan seharian.
  4. Usahawan perlu bijak membuat kira-kira (accounting) dan mengawal sumber yang ada.
  5. Memikirkan kebesaran ciptaan Allah SWT akan mampu membuka minda untuk berfikiran lebih jauh.

p/s: Sumber infomasi diperoleh dari buku Jejak Bisnes Rasul terbitan PTS.

Saya tertarik pengajaran no 4 di mana dari sudut gembala kambing, pengembala perlu melihat keluasan padang ragut dan kuantiti kambingnya. Disamping itu pengembala perlu mengira setiap berapa bulan baru dia boleh datang kembali ke kawasan tersebut berdasarkan geografi dan iklim setempat agar dapat memberi cukup masa untuk rumput-rumput tumbuh dan boleh dijadikan kawasan ragut kembali.

Sekiranya pengurusan sumber ini tidak dirancang dengan baik, silap hari bulan kambing-kambing akan kelaparan kerana sumber rumput telah habis diragut..=)

Semoga para usahawan dapat mengambil pengajaran dari hikmah gembala kambing ini untuk terus berjaya dalam perniagaan. Sekian untuk kali ini. InsyaAllah bersua kembali dalam entri akan datang.

~fyzul MP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: