UPSR, PMR: Apa Pendapat Anda?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Hari ini saya membaca isu berkenaan cadangan peperiksaan UPSR dan PMR untuk dimansuhkan. Idea ini mencetus pelbagai reaksi positif dan juga negatif dari pelbagai pihak.

Saya ambil beberapa artikel dari akhbar2 tempatan hari ini:

1. Beritah Harian  Tajuk: ‘Dua peperiksaan tidak lagi relevan’

…Tokoh pendidik yang juga Pengerusi Panel Sekolah Kluster, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad ketika dihubungi Berita Harian, semalam, berkata: “Dulu peperiksaan dibuat bagi menentukan kelayakan pelajar untuk menyambung pengajian ke Tingkatan Satu dan Empat, tetapi kini ia tidak lagi berfungsi kerana semua pelajar Tahun Enam dan Tingkatan Tiga automatik layak meneruskan pengajian mereka.

…Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad pula berpendapat, pemansuhan itu perlu kerana apa yang dilaksanakan ketika ini hanya membuat pelajar lebih berorientasikan peperiksaan semata-mata. “Pemansuhan kedua-dua peperiksaan berkenaan akan lebih memberikan fokus terhadap penilaian kemajuan berasas sekolah (PKBS) iaitu peperiksaan semester biasa.

“Ketiadaan peperiksaan awam lebih memudahkan sekolah memfokuskan kepada matlamat menjadikan sekolah mesra pelanggan dan membolehkan sekolah melihat lebih dekat kelemahan yang boleh diperbaiki dan menjadikan semua mata pelajaran adalah mata pelajaran penting dan tidak hanya menumpukan mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan saja,” katanya.

2. Berita Harian Tajuk: Pandangan berbeza mansuh UPSR, PMR

…Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Hartamas, Lim Sai Tuck, 16, cadangan itu tidak wajar kerana tanpa satu peperiksaan khusus yang akan menentukan pencapaian pelajar sukar untuk pelajar fokus terhadap peperiksaan kerana ia tidak dijadikan penanda aras bagi menentukan kecemerlangan mereka.

…Putri Syazreen Norazman, 14, pelajar Tingkatan Dua di sekolah sama, berkata cadangan itu adalah sesuatu yang baik kerana pelajar tidak terlalu tertekan dengan suasana berorientasikan peperiksaan.

…Sementara itu, ibu bapa pelajar yang ditemui, Marizan Abdul, 36, berkata langkah memansuhkan UPSR dan PMR perlu disambut baik kerana ia kini tidak lagi relevan dalam menentukan pelajar layak memasuki pengajian peringkat menengah rendah dan Tingkatan Empat kerana semua pelajar yang lulus minimum secara automatik boleh menyambung pengajian mereka.

…Aminuddin Musauddin, 41, berkata peperiksaan PMR mungkin boleh dimansuhkan tetapi tidak bagi UPSR kerana ia menjadi peperiksaan standard yang perlu dilalui setiap pelajar sekolah rendah.

“Kalau UPSR dimansuhkan, ibu bapa mungkin berdepan kesukaran untuk memilih sekolah terbaik untuk anak mereka kerana sebelum ini UPSR adalah bentuk penilaian yang membolehkan pelajar sekolah rendah dinilai tahap pencapaian pelajaran mereka sepanjang berada di sekolah,” katanya.

3. Kosmo Tajuk: Tunggu reaksi rakyat dahulu

…Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, cadangan pemansuhan UPSR dan PMR itu berniat positif ke arah perkembangan pendidikan negara.

“Kita akan kumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa sebelum menentukan tindakan seterusnya,’’ katanya di sini semalam.

4. Utusan Malaysia  Tajuk: Keputusan mansuh UPSR, PMR diketahui dalam masa terdekat

…Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, ini disebabkan kerajaan masih meninjau pandangan daripada pelbagai pihak termasuk orang ramai berhubung perkara tersebut.

“Pihak kami kini dalam proses untuk mengumpulkan pandangan daripada semua pihak sebelum menghantar kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan keputusan yang telah diambil.

“Apa yang pasti, ia akan diketahui dalam sedikit masa lagi, mungkin seminggu dua lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

5. Utusan Malaysia  Tajuk:  mansuh UPSR, PMR wajar

…Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, kewajarannya itu adalah berdasarkan usaha kerajaan untuk membangunkan modal insan secara holistik termasuk berakhlak mulia.

Menurutnya, pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu adalah munasabah bagi membolehkan para pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap hala tuju masa depan mereka.

”Pendekatan sebegini (memansuhkan UPSR dan PMR) pasti dapat memantapkan lagi sistem pendidikan negara seterusnya melahirkan pelajar yang lebih fokus, tenang serta seimbang sifatnya dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek.

”Ini kerana sistem pendidikan yang kita praktik sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dan ini memberi tekanan kepada pelajar,” katanya di sini hari ini.

***

Peperiksaan kayu ukur pencapaian pelajar..

Perubahan yang ingin dibuat sudah pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat. Ahli-ahli akademik seperti guru-guru dan pensyarah-pensyarah universiti juga ada pandangan tersendiri.

Saya juga pasti pihak kerajaan masti telah meneliti dan ada perancangan rapi apabila mencadangkan perubahan ini.

Beberapa pendapat dan persoalan saya tentang isu ini.

1. Kemana hala tuju MRSM, SBP, Sekolah-sekolah Teknik dan Vokasional selepas ini. Kerana melalui UPSR dan PMR pelajar-pelajar akan diserap ke sekolah-sekolah ini. Sekiranya peperiksaan ini dimansuhkan satu kerugian kepada kerajaan yang membina sekolah-sekolah ini. Apakah kreteria pelajar-pelajar yang akan dilihat untuk memasuki MRSM dan SBP  selepas ini, atau MRSM dan SBP akan menjadi seperti sekolah kebangsaan yang lain?😉

2. Masyarakat panik dengan cadangan pemansuhkan UPSR dan PMR  secara tiba-tiba kerana mereka bimbang anak-anak leka kerana tempoh pendidikan yang lama dan tempoh untuk menduduki SPM masih jauh. Namun sekiranya pihak kerajaan mencadangkan pemansuhan ini berserta pembentangan perubahan dan dasar pendidikan baru secara kasar yang lebih jelas untuk dinilai oleh rakyat, saya yakin masyarakat akan memberi respon yang lebih membina.🙂

3. Pendapat saya, dasar pendidikan yang mesra ilmu boleh dilahirkan sekiranya dasar pendidikan negara digubal sepenuhnya. Ini pendapat peribadi saya, diharap pendapat ini tidak menjadi kontorversi..huhu..

Sekolah rendah berperanan mencunkil bakat dan minat setiap individu. Sebagai contoh di sekolah rendah, selain pembelajaran 3M yang sangat penting, pendidikan kemahiran yang lebih membina juga sudah boleh dibentuk. Guru-guru sudah boleh menilai selama 6 tahun pelajar ini disekolah dari segi akademik dan juga kokurikulum. Setiap tahun guru-guru bersama ibu bapa berbincang prestasi akademik dan minat anak-anak.

Sekolah menengah terus menjadi medium untuk membentuk kerjaya pelajar. Sekiranya anak-anak cenderung kearah kerjaya profesional seperti engineer, doktor, saintis dan sebagainya kita boleh gunakan sekolah-sekolah MRSM dan SBP khas untuk mengajar dan menekankan mereka tentang ilmu menjadi profesional dalam kerjaya mereka.

Sementara pelajar-pelajar yang lebih sukakan kemahiran, kita jadikan sekolah teknik dan vokasional khas mengajar mereka tentang kemahiran dan bagaimana mereka boleh pergi jauh dengan kemahiran mereka itu secara lebih detail. Beri pendedahan terus seperti contoh membaiki motosikal or kereta secara hand-on di sekolah dan bukan teori semata-mata.

Dengan pendidikan yang lebih spesifik ini, pelajar-pelajar terus tahu hala tuju mereka bila melangkah masuk sekolah menengah dan bukannya menunggu semasa di universiti. Medium universiti pula membolehkan mereka melanjutkan kemahiran dan teori yang telah dipelajari semasa disekolah menengah untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan. Dengan cara ini proses pembelajaran lebih berterusan insyaAllah.

Walaupun sekali pandang akan menimbulkan perbandingan diantara pelajar MRSM, Sek Men Keb dan Teknik. Namun dari segi ilmu dan manfaat, kita tempatkan mereka spesifik berdasarkan minat, akademik dan kelayakan mereka disamping persetujuan mereka bukan berdasarkan peperiksaan semata-mata. Bidang ilmu mereka juga berbeza disini. Dengan cara ini pihak kerajaan dapat mengetahui potensi besar pelajar dari awal yang bakal melahirkan pelbagai lapisan masyarakat yang berkemahiran tinggi satu hari nanti.

Bagi pelajar yang tidak dapat digilap bakat semasa sekolah rendah, sekolah menengah kebangsaan boleh menjadi medium untuk mereka mengenal pasti bakat dan minat mereka.

Pendapat saya, sekiranya pendidikan yang lebih spesifik dilaksanakan kita mampu melahirkan generasi yang mampu mencipta teknologi baru yang lebih bermanfaat untuk rakyat negara kita dimasa hadapan dan mengurangkan pergantungan kepada penggunaan teknologi negara lain.

Bagaimana pendapat rakan-rakan yang lain??🙂

~fyzul MP

9 responses to this post.

  1. Posted by reinovNia on September 25, 2012 at 12:47 PM

    x setuju bah. nanti dorang pelajar x nak belaja betul2. almaklum la, tiada tujuan.

    Reply

  2. Posted by Ameer on July 20, 2010 at 5:12 PM

    Perkara utama yang mesti kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita (generasi akan datang). Saya cuma risaukan anak-anak lelaki, mcmana mereka nak survive dlm sistem pendidikan malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Budak-budak lelaki ni bukan malas belajar, cuma mereka ni jenis banyak berfikir.

    “Betul ke apa yg cikgu aku ni ajar ? Aku tak penah dengar pon apa yg cikgu ajar tu, Aku kelirulah.”,itulah antara luahan hati budak-budak lelaki. Diaorg tak suka sumbat 100% dalam otak sehinggalah diaorg faham. Selain itu, budak-budak lelaki ni tak suka mengadap buku berjam-jam kerana mereka juga perlukan masa untuk riadah dan bersukan. Saya rasa mungkin adalah bagus sekiranya sistem baru dirangka supaya pelajar lelaki masih boleh dinilai walaupun tanpa perlu membaca dan menghafal.

    Reply

    • Terima kasih pendapat saudara ameer..🙂
      Ya saya setuju pelajar lelaki lebih suka kemahiran dari teori semata-mata.
      Tapi saya tidak pasti adakah mereka jenis byk berfikir perkara kebaikan atau tidak. Sbb saya perhatikan hari ini, remaja kita seoalah-olah tiada hala tuju di sekolah. Balik sekolah lepak, banyak bermain. Mungkin dikawasan saya kot macam tu. Tapi sikap begini membimbangkan..

      Memang kebayakkan anak laki tidak suka membaca berjam-jam tetapi bukan semua. Kerana masih ada segelintir antara mereka yang cenderung kepada bidang profesional seperti engineering, doktor, arkitek dan sebagainya perlu mempelajari berbagai ilmu teori asas yang penting, dan ada yang berminat membacanya. Kerana tu impian dan cita-cita mereka.🙂

      Sekiranya pengkelasan mengikut minat di buat dari peringkat awal, pendapat saya pelajar lelaki akan lebih berjaya apabila mereka telah kenal pasti bidang yang mereka minat sejak dari sekolah dan diberi pendedahan secara serius semasa disekolah.

      Riadah dan bersukan tidak menganggu pelajaran pada pendapat saya kerana sebelah petang selepas asar mereka boleh luangkan masa tersebut untuk riadah. Yang menjadi masalah mereka tidak mahu belajar langsung dan nak seronok je..Aii..ini masalah besar..huhu~ (Saya teringat zaman saya belajar dahulu.. Sikap kawan2 sekelas..)

      Reply

  3. Posted by aman on June 22, 2010 at 8:20 PM

    sebagai seorang pendidik saya berpendapat kerajaan tidak mahu sistem pendidikan sekarang berorientasikan peperiksaan..sehinggakan matapelajaran lain diabaikan.. contohnya seperti UPSR…ada sesetengah sekolah yang menggunakan waktu matapelajaran bukan teras untuk murid belajar matapelajaran peperiksaan UPSR. Realiti sebenarnya di sekolah guru lebih mementingkan kecemerlangan keputusan UPSR berbanding falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan murid yang cemerlang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Murid dikerah belajar seolah-olah itulah peperiksaan terakhir yang akan mereka ambil..sedangkan walaupun murid mendapat 5E dia still lg boleh naik ke ting 1. so untuk apa UPSR dan PMR sebenarnya. sama juga jikalau murid mengambil peperiksaan akhir tahun seperti murid2 lain..kita juga menilai pencapaian anak2 melalui peperiksaan itu dan suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan

    cadangan saya, sistem pendidikan boleh dinilai dr tahun 1 hingga tahun 6 menggunakan sistem CGPA, murid membawa markah dr tahun 1 – 6 seperti sistem di universiti. 40% kerja yg dinilai oleh guru dan 60% peperiksaan

    Reply

  4. pihak pendidikan sembang kencang…
    baik kaji semula system pendidikan yang kita guna pakai…

    Reply

    • sistem pendidikan kita dh cukup bagus…=P

      Reply

      • wawawa: Sistem Pendidikan sekarang bagus, dan ramai yang telah berjaya..=) Sekiranya kita mampu mengolah pendekatan sistem pendidikan kita alaf baru nie, saya rasa lagi ramai rakyat Malaysia yang akan berjaya dan mampu menggegar dunia..hehehehe..

        Sir M: No komen..hehehe.. Kaji semula sistem pendidikan perlu usaha dan kajian yang berterusan..kan?

        Reply

  5. setuju dgn pendapat saudara..

    pmr dan upsr ptut dikekalkan.. ni adlh medium untk tau setakat mna pencapaian kita..

    rata2 pelajar x menonjol time upsr/pmr tpi tiba2 naik time spm..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: