Nostalgia Sukan Sekolah..

Hari ini apabila melihat pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Padang bersukan semperna hari sukan tahunan sekolah, nostalgia sekolah rendah masuk ke dalam jiwa..Teringat kenangan ketika bergelar pelajar sekolah rendah..hehe..

Keseronokkan ketika itu masih segar terasa bagaikan baru berlalu beberapa tahun yang lalu.

Hari ini sukan sekolah SKKP hanya membariskan acara barlapan atau olahraga sahaja. Tidak sezaman ketika ku bersekolah. Lebih banyak acara dan aktiviti yang dilakukan.. Zamanku lebih seronok dari hari ini..~~hehe..

Jom tengok beberapa aktiviti olahraga budak-budak nie..;)

Yang ini acara 4X100 meter lelaki..

Yang nie pula acara 4x100meter perempuan..

Ini rumah sukan mereka..Nama2 rumah sukan SKKP; Merah=Bendahara, Biru=Laksamana, Hijau=Shahbandar, Kuning=Termenggung

Sekarang nie rumah sukan guna khemah biasa je.. Zaman saya dahulu lebih menarik reka bentuk rumah sukan..Kejap lagi saya tunjuk..~hehe.

Ini hiasan rumah kuning. Yang nie ja sempat saya ambil sebab dia duduk tepi skali.

Rumah2 lain tak sempat nak ambil sebab sibuk acara olahraga. Tak boleh nak tunjuk gambar setiap rumah sukan dari dekat..rugi skit la..huhu..

Tapi pertandingan rumah paling cantik tahun nie jatuh kepada rumah kuning!! Tak sia2 dapat ambil gambar rumah kuning sahaja..hehe..

Keseluruhan pertandingan dimenangi oleh rumah Hijau a.k.a shahbandar. :)

Setiap kali acara sukan, tidak sah kalo takda air milo percuma kan??

Saya mula-mula ingat tiada air milo percuma tahun ini sebab lori maggi yang sampai. Rupa-rupanya air milo..hehe~

Budak-budak sekolah beratur ambil air milo..

Ibu bapa? Tetamu lain??

Air milo percuma khas untuk pelajar sekolah sahaja!!

Aduih!! Keciwa, tak dapat  nak merasa air milo percuma..hehe..

Nasib baik ada gerai-gerai jualan dibuka.. Dapat membasah tekak yang kering..

Gerai pun cuma ada 5 buah sahaja..

Saya belek-belek album gambar saya. Mencari kot-kot ada gambar-gambar masa saya sukan darjah enam sekolah rendah. Cari punya cari akhirnya jumpa 4 keping gambar nie.. Tapi nie ambil guna fone bukan scan, jadi tak berapa cantik la ya kawan-kawan..hehe..

Ini gambar rumah sukan ketika itu. Zaman saya, rumah sukan dibuat khas dari pokok buluh. Setiap khemah rumah sukan direka oleh team kampung saya dan kampung sebelah atau team dari wakil syarikat yang berminat.

Sewaktu itu ada pertandingan reka bentuk rumah tercantik. Boleh kata setiap tahun akan ada reka bentuk khemah yang berlainan. Tempat duduk pelajar juga dari pokok buluh. Memang best sangat ketika tu..hehe. ;)

Ini gambar sewaktu perbarisan rumah sukan..Set lengkap kuning tu. hehe.. Ingat lagi, ketika tu saya pakai baju bola sebab takda baju warna kuning lain yang sesuai..;)

Yang ini acara sukaneka. Bawa bola hoki keliling kon.. Saya kalah sebab lambat..hahaha…

Zaman saya macam-macam acara sukaneka untuk pelajar dan ibu bapa ada. Acara lari dalam guni, tarik tali, pertandingan makan buah, mengayam ketupat dan macam-macam lagi. Ada sekali tu hari sukan semasa musim durian, guru-guru buat acara makan buah durian untuk bapa..Memang seronok sangat..Abah saya pun masuk.hehe..

Yang bestnya tahun tu panggil A&W datang..hehe..Belakang tu rumah sukan saya, kuning a.k.a temenggung..=D Konsep rumah minangkabau direka oleh team pertanian..hehe.. Tahun tersebut rumah tercantik jatuh kepada rumah kuning juga!! =D

Rakan-rakan juga mesti ada nostalgia ketika sukan tahunan sekolah rendah kan? Mari kongsi disini bagaimana hari sukan sekolah rakan-rakan ketika itu..Saya nak tahu juga..hehe..

~fyzul MP

About these ads

7 responses to this post.

  1. Posted by kakiayam on July 7, 2010 at 7:41 PM

    nostalgia yang menarik

    Reply

  2. Posted by kakiayam on July 7, 2010 at 7:40 PM

    caya la fyzul

    Reply

  3. Posted by kakiayam on July 7, 2010 at 7:39 PM

    menarik juga cerita fyzul kali ni.

    Reply

  4. Posted by kakiayam on July 7, 2010 at 7:39 PM

    menarik juga cerita fyzul.

    Reply

  5. zaman persekolahan memang banyak kenangan indah dan nostalgia, sukar di cari ganti kegemilangan zaman tu hehe :D

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 39 other followers

%d bloggers like this: