Mindatif Plus: Aturan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini hanya tinggal beberapa hari lagi. Rakan-rakan di facebook, blogger-blogger, dan juga email telah banyak menyentuh dan berkongsi tips persedian sebelum Ramadhan dan juga pelbagai fadhilat bulan Ramadhan yang sangat di tunggu-tunggu umat Islam.

Saya juga berharap semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun lepas. Teringat lirik lagu nyayian Man Bai dan Raihan yang famous tu bila masuk bulan Ramadhan.πŸ™‚

Entri kali ini saya cuma ingin maklumkan beberapa perkara berkaitan Mindatif Plus menjelang bulan Ramadhan nanti.

Begini, beberapa hari yang lepas, sorang pengguna baru Mindatif Plus, Cik Siti Husna dari UIA Gombak sms saya bertanya bagaimana aturan pemakanan Mindatif Plus ini semasa bulan Ramadhan?

Saya telah menjawab persoalan beliau menerusi sms dan juga terfikir selepas itu untuk menaip entri berkenaan isu ini. Dari sehari ke sehari, masih tidak tertaip dan akhirnya malam ini saya ingin menulisnya memandangkan Ramadhan semakin hampir.πŸ™‚

Kepada rakan-rakan yang telah mengamalkan Mindatif Plus atau baru ingin mencuba Mindatif Plus untuk anak-anak terutama menjelang baki beberapa hari sebelum mula peperiksaaan UPSR/PMR/SPM tahun ini, aturan pengambilan Mindatif Plus adalah sama iaitu pagi (sahur) dan malam.

Namun saya percaya, ada ibu bapa yang bermasalah untuk mengejutkan anak-anak mereka bangun sahur atau pelajar IPT yang memang sukar bangun sahur maka disini saya sarankan mengambil Mindatif Plus pada sebelah malam sebelum tidur skali gus untuk sehari pengambilan. Sebagai contoh untuk pelajar sekolah rendah, aturan mereka adalah 2 biji pagi dan 2 biji malam, maka saya sarankan terus mengambil 4 biji sebelah malam.

Keduanya; kepada para ibu yang mengambil atau baru mencuba Mindatif Plus untuk anak mereka yang bakal UPSR tahun ini atau anak yang sangat lemah dalam pelajaran hingga saat ini, saya syorkan memberi anak-anak puan makan lebih sikit Mindatif Plus ini seperti 6 biji sehari sehingga habis peperiksaan. InsyaAllah, semoga dengan cara ini dapat membantu meningkatkan daya ingatan anak-anak menjelang akhir-akhir sebelum peperiksaan.

Namun suka saya ingatkan, jangan pula hanya tinggal seminggu lagi sebelum peperiksaan baru mencuba dan memberi anak makan produk ini dalam kuantiti yang lebih banyak dengan harapan mampu membantu. Walaupun produk ini tiada sebarang kesan sampingan, namun dari segi tindak balas memori pelajar dalam masa seminggu, saya tidak pasti adakah produk ini mampu memberi kesan terbaik atau tidak dalam masa begitu singkat. Semua dengan izin Allah SWT.

Ketiga; saya ingin ceritakan satu testimoni baru yang saya terima dari mulut rakan yang berniaga tudung di pasar malam hari ini sendiri. Minggu lepas saya dan keluarga berniaga di Pasar Malam Taman Dahlia, dan rakan yang menjual tudung datang bertanya dan berminat untuk mencuba produk ini untuk anak-anaknya yang nakal.

Hari ini kami datang berniaga, beliau datang ke gerai kami dan menceritakan perubahan anak beliau selepas mengamalkan Mindatif Plus selama seminggu. Kata beliau, anaknya yang sebelum ini gagap, alhamdulillah berkat produk ini sudah tidak gagap lagi sekarang. Beliau sangat gembira dengan perubahan anaknya ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah, semuanya berkat dan izin-Nya.

Sebenarnya minggu lepas juga ada sorang abang yang telah mengamalkan produk ini dan membeli produk ini di Mersing, datang ke gerai kami dan bertanya adakah saya menjual produk ini di Kuantan kerana selama ini beliau membeli terus di Mersing. Beliau yang telah mengamalkan produk ini mengakui kepada kami produk ini sangat bagus dan baik untuk orang tua yang mula nyanyuk juga. Kami sebagai penjual tersenyum kerana semestinya kami tahu produk ini sangat baik untuk pengguna.πŸ™‚

Kepada rakan-rakan yang belum mencuba, tidak salah mencuba dan lihat sendiri perubahan kepada anak-anak atau adik-adik atau diri sendiri TETAPI perlu mengamalkan mengikut aturan yang disarankan. Semoga khasiat produk ini turut sama dirasai oleh rakan sekalian. Sekian.

p/s: testimoni hari ini bukan saya reka-reka untuk lariskan jualan tetapi ianya diluahkan sendiri oleh pengguna produk ini.

~fyzul MP

2 responses to this post.

  1. ade jual lg ke ubat ni?

    Reply

    • Ya..Senantiasa ada stok pada saya untuk pelanggan-pelanggan saya..πŸ™‚

      Jika berminat, boleh terus hubungi no saya 0137019350 atau lihat senarai pengedar terdekat kawasan awk..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: