Minum Susu Kambing Tak?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sahabat sekalian sehat sejahtera selalu..

Dah ada jawapan untuk soalan saya tu? hehe…

Saya (rasanya) tidak pernah merasa susu kambing sebelu ini..hehe..

Alhamdulillah, hari khamis yang lepas saya berpeluang merasa susu kambing fresh.. Terima kasih Abg Zulkifli (Pemilik Kambing Panching Ternak) kerana membawa saya melawat kandang kambingnya.

Saya pernah mendengar cakap-cakap orang la yang susu kambing nie bau dia hamis (sebab saya tak pernah rasa lagikan sebelum ini..hehe..) Ada tu baunya terlampau kuat sehingga perlu menutup hidung untuk minum susu kambing. Betul ker??

Susu kambing Panching Ternak, still ada bau hamis kambing tu tapi tak kuat sangat rasanya sebab bila susu dah masuk mulut baru terasa sikit bau hamis kambing tu..

Saya ada research dan baca-baca juga dalam internet tentang khasiat susu kambing nie. Rupanya susu kambing ini baik dan lebih banyak khasiat berbanding dari susu lembu.Tidak percaya boleh search di google..hehe..

Disamping itu juga meminum susu kambing juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W kan..πŸ™‚ Sesiapa mengamalkan meminum susu kambing niat untuk mengikut sunnah Rasulullah InsyaAllah dapat ganjaran disisi Allah kan..πŸ™‚

Saya cuba bertanya tentang permintaan susu kambingnya di kawasan sekitar kuantan nie. Kata Abg Zul, Alhamdulillah susu kambingnya mendapat sambutan baik dan ramai menolong mempromosikan (menjadi agen jualan)Β  susu kambingnya.

Setelah merasa sendiri susu kambing beliau dan juga feedback permintaan susu kambing beliau, saya pun ingin mencuba mempromosikan dan menjual susu kambing beliau. Dalam kata lain saya pun jadi agen susu kambing juga la..hehehe…

Saya dan keluarga mencuba menjualnya di pasar malam disamping jualan MindatifPlus kami ini. Setelah dua hari menjual susu kambing, alhamdulillah ada permintaan dan peminat susu kambing di Kuantan. Mudah-mudahan semakin ramai orang Kuantan khasnya yang menggemari susu kambing ini dan membeli dengan kami.πŸ™‚

Sekiranya rakan2 kita yang berasal dari Kuantan berminat untuk dapatkan susu kambing ini boleh terus hubungi saya di no 0137091350 (hafizul). Saya akan maklumkan lokasi pasar malam yang terdekat dengan tempat rakan-rakan untuk mempermudahkan rakan-rakan mendapatkan susu kambing ini..

Saya hanya boleh menjual dipasaran Kuantan sahaja kerana susu kambing ini perlu sentiasa dalam keadaan beku agar rasanya asli dan tahan lama (tidak masam/rosak).

Owh.. Sebelum saya terlupa.. Berapa harga susu kambing tu kan? hehe..

Okay, untuk pengetahuan rakan-rakan harga sebotol (330ml) adalah RM7/botol.

Ini gambar susu Panching Ternak tersebut..

Susu Kambing Asli..

Rakan-rakan yang berminat, jangan segan-segan sms saya ya..hehe..

Okay, jumpa lagi nanti.. Daa..πŸ™‚

2 responses to this post.

  1. hmmmm….
    susu kmbing memg bgus utk kesihatan kte..
    sedap lg..
    bgus2,,anda telh postkn artikel ini..
    tq..;)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: