NOTICE: ACCOUNT SUSPENSION/DEACTIVATION

Info PENTING!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan satu informasi yang PENTING kepada rakan-rakan terutama yang baru mencuba menggunakan khidmat online banking.

Tajuk entri saya kali ini diambil khas dari tajuk email yang saya perolehi kononnya dari MAYBANK. Saya telah menerima beberapa email seperti ini sebelum ini dan saya terus delete. Tetapi saya dapati email seperti ini terus masuk ke email saya. Maka baik rasanya saya kongsikan perkara ini di blog saya agar rakan-rakan tidak ditipu yang boleh menyebabkan duit dalam akaun kita hilang tanpa kita sedari.

Jesteru kepada rakan-rakan yang menggunakan online banking, jangan terpengaruh dengan sebarang email yang ada kaitan dengan akaun bank seperti contoh dibawah:

Berapa perkara yang perlu kita pastikan apabila menerima email seperti ini adalah:

  1. Lihat alamat email penghantar. Sekiranya meragukan seperti contoh ini dan seumpamanya ( = Maybank Berhad <mbb2u@bc2m2u2.com> ) JANGAN sekali-kali klik pada link yang diberikan.
  2. Cuba login akaun bank anda menggunakan link yang telah di bookmark dalam PC anda atau dari rungan search seperti google dll. Sekiranya anda dapat login seperti biasa dan duit dalam akaun masih sama maka rasanya akaun onile anda tiada masalah.
  3. Sekiranya anda gagal login akaun anda, terus ke bank dan laporkan kepada pegawai di bank. JANGAN kembali ke email anda dan klik link diberi.

Sekali lagi saya ingatkan, jangan sekali-kali klik atau open akaun bank kita menggunakan link yang diberi dalam email kerana dikhuatiri penyangak mampu mencuri duit dalam akaun kita tanpa kita sedari.

Semoga info ini membantu rakan-rakan dari terpedaya dengan email palsu seperti ini. Sekian.🙂

 

Update: 29.10.10

Berikut email terbaru saya dapat.. Contoh email menipu dan SPAM..Kali ini dalam inbox SPAM.

5 responses to this post.

  1. aku pun kerap jgk dpt email mcm ni…ada jgk aku dgr cerita sebab email mcm nila org hilang duit tanpa disedari

    Reply

  2. Posted by intan on October 29, 2010 at 12:59 PM

    owah, good info.. thanks

    Reply

  3. tq utk info yg berguna….
    truskn mmberi info yg trbaik ye…🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: