Terima Kasih Semua Pengedar dan Selamat Datang Pengedar Baru.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji bagi-Nya yang mengurniakan rezeki kepada semua makhluk-Nya.

Sekalung tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR pada tahun ini terutama pelajar yang mengamalkan Mindatif Plus sebagai medium tambahan membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai beberapa hari lagi. Pelbagai cabaran dan pengalaman telah kita tempuhi sepanjang tahun 2010 dan saya pasti tiap individu mempunyai kenangan manis dan pahit yang berbeza-beza sepanjang tahun ini.

Tahun ini bagi saya sesuatu yang manis kerana bermula tahun ini saya mencuba mempromosikan produk Mindatif Plus dengan harapan ramai pelajar yang lemah boleh dibantu apabila mengamalkan produk Mindatif Plus.  Alhamdulillah keputusan adik saya (Mohd Amin Asyraf – 5A) dan juga rakan-rakannya (5A dan 4A 1B) di kampung yang mengamalkan Mindatif Plus tidak mengecewakan (saya mohon maaf tidak update keputusan adik saya kerana sekarang saya berada di Johor). Saya berharap pengguna Mindatif  Plus yang lain begitu juga. Dan lebih manis kerana tahun ini saya telah berjaya menamatkan pengajian saya di UTM selama empat tahun dan telah graduate pada bulan september yang lalu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengedar Mindatif Plus  yang sudi untuk  bersama-sama memperluaskan dan menyebarkan khasiat produk ini di kawasan masing-masing sepanjang tahun ini. Tanpa bantuan rakan-rakan pengedar, produk ini tidak mungkin dapat diketahui dan disebarkan kepada masyarakat sekaligus membantu pelajar yang lemah dan memerlukan bantuan sampingan seperti produk homeopati ini. InsyaAllah semoga bermula tahun baru nanti permintaan produk ini semakin berkembang dan diketahui umum sekali gus membantu mempermudahkan urusan jualan semua pengedar Mindatif Plus.

Alhamdulillah menjelang penutup tahun 2010, dua pengedar baru Mindatif Plus sudi menyebarkan dan mempromosikan produk ini dikawasan mereka. Selamat datang saya ucapkan kepada pengedar baru dan semoga rezeki kita semua dipermudahkanNya. Dengan adanya pengedar baru ini, pengguna di kawasan berdekatan yang ingin mendapatkan produk ini bolehlah menghubungi pengedar-pengedar untuk mendapatkan produk Mindatif Plus ini.

 

1. Mohd Ghalil Bin Abdul Rahman, Manik Urai-Kuala Krai Kelantan. (014-8426137)

2.  Saripah bt Zakaria, Kuala Lipis Pahang. (019-9184248)

 

Akhir kata, jutaan kemaafan dari pihak saya atas sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang tahun ini. Saya sebagai wakil bagi pihak Syarikat De Men C Marketing juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua  pengguna produk Mindatif Plus dan pengedar yang membantu mempromosikan produk Mindatif Plus ini.  Semoga terus kekal menggunakan produk kami.🙂 Sekian terima kasih.

~Mohd Hafizul Halim~

4 responses to this post.

  1. Posted by izainurulinda mohd isa on March 28, 2012 at 2:39 PM

    Anak saya baru mengamalkan mindatif kurang lebih sebulan dan berhasrat meneruskan pemakanannnya. Saya berminat nk tahu lebih lanjut untuk jadik pengedar…sila email saya ke arepeace1103@gmail.com

    time kasih

    Reply

  2. Posted by Nazri on June 4, 2011 at 2:36 AM

    Salam, saya berminat jd pengedar. Apa syarat dan keuntungan. Tk

    Reply

  3. tadak wakil dari melaka ke

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: