Hobi yang belum terlaksana..

Hobi….

Saya ada hobi ker? hehehe.. Ntah la.. Tak tahu nak cakap..

Tapi saya suka bela ikan. Bela, mati.. Bela, mati.. Dah banyak kali beli ikan, mati juga  (ikan koi)..hehe.. Terbaru ikan gapi, yang nie alhamdulillah hidup sepasang dan sudah beranak..Ini boleh kira hobi jugakan?🙂

Pada saya satu kepuasan melihat ikan berenang dan lebih menyeronokkan bila dapat bermain dengan ikan (ikan koi) sewaktu beri makan.

Namun, memandangkan sekarang saya berada di Senai, Johor saya tak tahu nak buat apa. Nak bela ikan, hingga hari ini belum pergi beli lagi. hehe.. Cuma setiap kali pergi Giant Taman Universiti, pasti akan singgah kedai ikan. Nak tengok ikan-ikan berenang.🙂

Jika dulu akuarium hanya ada gambar hiasan, pokok-pokok plastik dan batu-batu berwarna-warni.. Sekarang ada yang tidak menggunakan latarbelakang seperti contoh ini..

Simple tetapi menarik..Cantikkan ikan gapi tu? hehe..

Tapi perasan tak sekarang trend akuarium macam mana..?

Yang saya perasan, sekarang ini trend akuarium yang cantik ada tumbuhan hidup dan juga kayu atau batu..(Bukan penuh dengan pokok-pokok) Dasarnya rumpai menghijau dan tengah-tengah sebiji batu atau tunggul kayu. Sesimple itu sahaja tapi semulajadi..(Bayangkan..) hehe..

Bila lihat tumbuhan hijau + ikan-ikan berenang.. Memang cantik.. Terpukau mata memandang.. Minggu lepas ada keluar harian metro tentang akuarium trend tu.. Di Giant, pemilik kedai maklumkan air akuarium sudah 3 tahun tidak ditukar cuma tukar penapis saja..

 

picture tiada nak tunjuk..huhu.

Saya berhajat nak buat satu macam tu.. Tapi.. Boleh ke..? Sebab bahan-bahan pasti susah nak dapat dan pasti memakan masa (bertahun-tahun) untuk hasilkan satu design akuarium yang cantik dan kena pastikan tumbuhan akuatik hidup kerana perlu mengambil kira lighting, composisi CO2 untuk rumpai hidup dan macam-macam lagi.. Maka jalan shotcut kena beli satu set terus.. hehe.. Tapi modalnya la.. Paling tidak Rm2500++ untuk satu set..Aduih..

So, ini hobi saya yang belum terlaksana..hehe..

p/s: usaha kumpul duit untuk beli satu set.. Bila agaknya tercapai..🙂

3 responses to this post.

  1. Admin tak penah cuba bela ikan arowana… Mencabar, tapi kena buat research byk sikit la…. Sebab komitmen kena tinggi skit la.

    Reply

  2. salam

    Memang cantik yg satu set. Tapi lagi seronok kalau dapat design sendiri.. hehe tak pe la.. mula2 buat sendiri. sikit-sikit.. nanti ada duit pakcik kayo.. boleh satu set panjang 4 kaki punya hehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: