Anak-anak ikan laga aku dah lama pergi..

Sedihkan tajuk entrinya.. huhu..

Beberapa hari lepas saya kongsikan entri berkenaan hobi saya yang belum terlaksana juga berkisar tentang membela ikan.🙂

Hari ini, khas untuk rakan-rakan peminat betta yang sudi singgah ke blog ini membaca dua entri saya tentang ikan laga “akhirnya ikanku mengawan juga..” dan  “apa dah jadi dengan ikan laga aku tu..?” serta banyak  bertanyakan tentang ikan laga. Saya cuba kongsikan apa yang saya tahu tentang ikan laga ini.

Sedar tak sedar sebenarnya sudah lebih 5 bulan saya menulis tentang ikan laga saya tu. Dan logiknya tentu anak-anak ikan laga saya tu dah besar-besar.

Tetapi yang berlaku sebaliknya. Anak-anak ikan laga saya mati. Antara faktornya makanan untuk anak ikan tidak sesuai. Menurut ahli forum betta, air dari kolam ikan keli boleh menjadi makanan untuk anak-anak ikan betta selain dari anak kutu air. Saya berikan masukkan anak-anak ikan laga dalam air dari kolam ikan keli, namun sahari demi sehari bilangan yang survive makin sikit dan akhirnya kesemua anak ikan mati.

Bukan itu sahaja, actually pasangan ikan saya juga sebenarnya mati di”tampar” kucing disebabkan air dalam kolam saya kurang. Bila saya tengok keesokkanya ikan laga saya dah tidak berdaya tepi kolam dan akhirnya mati. Saya cuba cari pasangan baru di kedai, namun tiada yang berkenan dihati kerana ikan-ikan jantan kelihatan sangat tua dan warna tidak menarik.

Untuk mengubat hati yang duka ketika itu, saya beli ikan-ikan gapi dan sekarang sudah beranak dirumah. Besar mana dah saya tak pasti sebab last sebelum ke johor anak-anak ikan gapi baru menetas pada 10hb november tahun lalu.

Saya ingat nak mancari semula sepasang ikan laga di Johor jika ada. Nak dapatkan ikan betina yang susah sebab kebanyakkan ikan jantan dijual di kedai-kedai akuarium.

Gambar Hiasan: Kepuasan melihat kecantikan warna dan bentuk ikan laga..

p/s: Rakan-rakan yang arif tentang ikan laga bolehlah share ilmu dengan kami yang beginner ini.. hehe..

5 responses to this post.

  1. jo.ko gne air telage..bli microworm sket ntuk fry 3 ari keatas..nk cri bake bru try ar usha kat kg.tgh

    Reply

  2. Posted by fadil on June 11, 2014 at 1:02 AM

    Salam saudara..saya ada membela ikan laga dlm tangki air rumah….alhamdullillah skg dah membiakdan anak2 dah besar…cara yg saya buat dlm tangki tu letakkan tanah liat tp nak menjernihkan air tu seksa la sikit…nak senang saudara cari tangki yg dasarnya ada lubang yg boleh ditutup..senang buat kepala paip…bleh bukak tutup…masukkan tanah liat…buat pastu biar air lalu smpi jernih….dah jernih tu tutup lubang dan tinggal air dlm sejengkal…tanah liat tu byk sumber mkanan utk anak2…selamat mencuba

    Reply

  3. Posted by Haziq Aziz on June 26, 2013 at 1:27 AM

    Klau bleh bagi Anak ikan laga/guppy nie mkan “Microworm”… Mase dia umo 3 hari da bleh start bgi dia mkan microworm tu…
    Microworm ni idop… kita beli skali je microworm ni… pastu kita bleh biakkan lagi microworm ni… sng je xyah nk bli mkanan ikan byk2 hahaha..

    Reply

  4. Posted by arfan on February 15, 2011 at 12:12 PM

    Nanti bleh lk tulis psl apa dh jdi dkt ankx2 ikan gapi tuh!!!
    hahaha
    cantik gak ikan laga kt gmbr tuh

    Reply

    • @arfan: anak-anak ikan gapi semua sehat-sehat.. Dah ada anak generasi kedua dari ibu dan bapa yang sama..heheheehe… Nanti saya balik rumah, nak tengok dah beranak pinak tak.. Silap-silap penuh kolam depan rumah dengan ikan gapi..hehe…:)

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: