Update: Dah berada dirumah..

Alhamdulillah…

Semalam bertolak dari Johor selepas maghrib lebih kurang 7.30mlm ke Kuantan. Konvoi berdua dengan kawan yang balik Kuala Terengganu..

Walaupun penat bekerja belum hilang, tapi semangat nak balik kerumah memadamkan kepenatan bekerja..hehe..

First time sebenarnya drive malam, lebih-lebih lagi perjalan jauh lebih 400km.. Alhamdulillah tiada masalah, tambahan jalan lengang tiada banyak kenderaan. Maka boleh “meluncur” lebih sikit.. Sedap juga perjalanan waktu malam, sejuk dan tidak banyak kenderaan..

Cuma saya risau mengantuk… Alhamdulillah semalam tidak mengantuk. Tetapi perut bernyanyi kencang kelaparan..Mana tidaknya, balik kerja hanya beralaskan sekeping roti dan neslo ais sebelum bertolak. Sempat singgah di Petronas beli coklat cadbury dan air 100plus mengisi perut..

Dalam perjalan, terlintas ingin singgah makan di Mersing atau Endau. Tapi teringatkan pesan sorang pakcik yang biasa memandu bas express waktu malam. Katanya jika nak memanju jauh, jangan makan makanan berat. Nanti berat mata dan mudah mengantuk.. Saya ambil pesanan ini sebab tidak pernah drive waktu malamkan. Alhamdulillah selesa memandu semalam..🙂

Hari ini, di rumah…..

1. Makan kenduri kahwin jiran sekampung

2. Beli 4 ekor ikan gapi jantan untuk di tambah dalam kolam saya tu. Dah beranak pinak. Cuma ada corak yang kurang menyerlah. Cari baka jantan yang cantik tadi.. Dengan harapan akan lahir generasi yang cantik-cantik..hehee…

3. Ke Jom Heboh dengan akak dan adik-adik. Jalan-jalan tengok gerai jualan. Shopping air dutch lady je tadi.. hehe..

Malam ini?? Lepak tengok tV je nanti..hehehe..

Ok.. Maaf jika tiada apa yang menarik.. Terima kasih sudi membaca.. Alang-alang bace, komen sikit pun boleh..🙂

Adios.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: