Komen Anda

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Ruangan ini saya adakan untuk memudahkan sebarang soal jawab berkenaan produk ini. Saya telah menerima beberapa komen pertanyaan dalam beberapa artikel saya. Agak sukar untuk sahabat-sahabat kita yang lain untuk mengetahui soalan dan jawapan yang diberikan.

Diharap, ruagan ini membolehkan sesiapa sahaja yang ada sebarang pertayaan untuk bertanya disini dan memudahkan rakan-rakan yang lain untuk membaca serta mendapat info dari soalan yang di utarakan nanti.

Sekian terima kasih.

45 responses to this post.

  1. Posted by Korni on May 9, 2014 at 10:35 PM

    Saya betminat.anak kedua sy sgt tidak yakin dan pemalu.risau saya.bolehka mindatif membantu.

    Reply

  2. Posted by Syafinaz on May 30, 2013 at 6:03 PM

    Salam.

    Bolehkah saya tahu tentang sambutan rawatan homeopati di Malaysia? Apakah komen2 rakyat Malaysia yang telah mendapatkan rawatan ini?

    Reply

  3. Posted by zainal on July 1, 2012 at 8:02 PM

    Salam …ada lagi ke prodak ini berapa kos nya, tengok macam ta update

    Reply

    • Salam En Zainal.. Produk masih ada dan masih aktive dijual. Cuma blog saya tak update.. Kos dan harga produk boleh rujuk di page mindatif plus dan cara bayaran. Detail semua ada diterangkan disana.. Terima kasih bertanya.🙂

      Reply

  4. Posted by kamil on October 22, 2011 at 1:39 AM

    assalamualaikum…nama saya kamil…asal selangor..nak bertanya…boleh ke buat tempahan terus pada saudara hafizul atau boleh terus tempah dengan pengedar di kawasan2 terhampir? sebab risau pulak kalau2 pengedar tu dah tak ambik lagi tempahan ke…?

    Reply

    • @Kamil: Wslm.Terima kasih bertanya.. Jika ada pengedar yang berdekatan boleh sms mereka tanya masih ada stok atau tidak. Boleh dapat produk dengan segera. Namun jika tiada boleh juga terus membuat belian dengan saya. Saya akan poskan ke alamat rumah nanti..

      Reply

  5. Posted by hanis on June 20, 2011 at 1:12 PM

    A’kum.
    Akak telah mencuba produk ini selama hampir dua bulan dan akak dapati ank akak yg pertama, 10 thn sudah mula rajin belajar dan lebih fokus dalam pembelajarannya. Tp ank akak yang kedua berumur 5 thn masih belum nampak lagi perubahannya. Akak bagi 1 biji 2 kali sehari, pagi dan malam. Ank akak yg kedua nie susah sikit bangun pagi, akak kena dokong dia dan mandikan dia setiap pagi dan siapkan dia untuk kesekolah. Kadang-kadang bila silap sikit dia akan menangis. Akak juga bekerja dn kalang kabut jadinya bila dia buat hal pagi2. Pegi sekolah takde masalah, bangun pagi je yg liat sikit dan kerap menangis. Akak nk order 2 botol besar lagi untuk ank akak dua org nie. Insyaallah akak akan bnk in dlm minggu nie dan akan email pada fyzul.

    Reply

    • Salam Kak Hanis,

      Terima kasih atas perkongsian akak setelah mencuba produk ini. Untuk anak akak 5 tahun, akak pastikan dia tidak terus telan apabila makan. Pastikan dia kemam atau paling tidak kunyah sehingga hancur. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat nanti.

      Akak sms terus ke no phone saya alamat selepas pembayaran kerana Laptop saya baru hilang awal bulan ini, jadi kadang-kadang saya tidak buka email. Takut tidak perasan akak sudah membuat pembayaran. Terima kasih.

      Reply

      • Posted by hanis on June 22, 2011 at 2:40 PM

        Hai Fyzul, akak dh bank in tgh tadi dan dh sms pada fyzul. FYI, bagi ank akak yg 5 thn, akak memang beritahu pada dia jgn telan dn hanya kunyah saje mcm gula2. Akak akan cuba teruskan pengambilannya dan berharap akan ada perubahannya kelak. InsyaAllah.

        Reply

  6. Posted by noor maizan mohamad noor on April 18, 2011 at 5:43 PM

    A’kum adakah ubat ini membantu anak saya yg thn 1 tp susah nk ingat pelajaran…LINUS pn tak lulus..saya sgt sedih..selalu memangis..susah bgn pg..dia mcm tak ada keyakinan diri kerana selalu dimarahi dan merendah2kan dirinya(tinggal dgn nenek n datuknya)..begitu juga anak saya 2thun tp msh blum boleh bercakap…hrp ada jwpan

    Reply

    • @Kak Maizan: Salam kak, saya dah poskan produk yang akak kirim. Semoga produk selamat sampai dan dapat membantu masalah anak akak. InsyaAllah dengan izin-Nya..

      Reply

  7. Posted by Rohaya on April 13, 2011 at 4:48 PM

    Assalamualaikum,

    Anak akak di Ting 1 bukan sahaja malas belajar malahan kuat mengamuk. Dia pantang di tegur oleh kakak dan abangnya. Boleh ke mindatif plus ini membantu!

    Reply

  8. Posted by hanis on March 28, 2011 at 2:25 PM

    Salam. Akak nak tanya sikit mengenai anak buah akak umurnya 9 tahun tetapi ada masalah tak nak pegi sekolah setiap hari. Bangun pagi takde masalah tetapi masalahnya bila dh sampai sekolah dia tak mahu turun dr kenderaan dn mula menangis. Setiap hari begitu. Sy kesian lihat abg saya setiap hari terpaksa menunggu di luar sekolah sehinggalah guru anknya memujuknya dn membawanya ke kelas sambil dia menangis tak mau masuk kelas. Abg saya dh banyak berubat merata-rata tp tak berkesan langsung padanya. Adakah produk ini berkesan jika dicubanya. Untuk pengetahuan fyzul jika dibacakan ayat Al-Quran dia akan marah-marah saje. Apa yg saya baca produk ini mengandungi ayat-ayat Al-Quran, jadi sy rasa was-was untuk memberikan padanya, takut dibuang saje. Mungkin saya boleh cuba yg kecil dulu kot.

    Reply

    • @Kak Hanis: Salam kak. Saya bersimpati dengan keadaan yang berlaku pada anak buah akak. Sekiranya akak ingin memcuba dan tawakkal produk Mindatif Plus saya amat alu-alukan. Saya sarankan akak cuba sebotol besar. Mengapa sebotol besar dan tidak sebotol kecil. Kerana kuantiti yang banyak boleh mengambil masa yang lama untuk habis dan lebih banyak peluang untuk lihat perubahan kepada anak buah akak berbanding sekiranya mengambil 1 botol kecil. Tapi terpulang pada akak.

      Tambahan, sebelum berikan kepada anak buah akak, minta ayahnya baca surah al-fatihah 1x, surah al-ikhlas 3x, alam-nasyrah 3x dan selawat keatas nabi 3x, kemudian tiupkan kedalam botol produk Mindatif Plus niat untuk ditunjukkan jalan keluar bagi masalah anaknya itu. Kemudian beri kepada anak buah akak makan. Tidak perlu suruh dia baca apa-apa. Makan seperti gula-gula sahaja, dikemam sampai habis. (Jangan telan) Mudah-mudahan berkat zikir dan bacaan ayat al-Quran yang digarabkan sekali dengan produk ini dapat membantu anak buah akak. Sama-sama berserah kepadaNya setelah kita ikhtiar dan tawakkal produk Mindatif Plus ini.

      Harap jawapan saya membantu akak.

      Reply

  9. Posted by jue anas on January 11, 2011 at 9:11 PM

    ketiga-tiga anak lelaki saya mengalami kekurangan enzim dalam sel darah yang disebut g6pd(akan dihidap seumur hayat).mereka tidak boleh menggunakan sebarang ubat tanpa syor drpd doktor cth2 ubat yg tidak blh mereka gunakan adalah seperti ponstan,vit. k,quinine,ubat malaria dan dll termasuklah juga kacang parang dan ubat gegat.Bolehkah mereka menggunakan mindatif ini tanpa risiko? tkasih

    Reply

    • @jue anas: saya mohon akak tanya doktor dahulu sama ada anak akak boleh makan sebarang produk berasaskan homeopati atau tidak kerana sy tidak arif tntg kesan utk anak akak. Kandungan homeopati adalah tisu bio-kimia yang bebas dari sebarang bahan kimia. Sekiranya doktor memberi kebenaran dan selamat digunakan tanpa sebarang masalah kepada anak akak, akak boleh mencubanya.

      Reply

  10. Posted by rahayu adnan on August 9, 2010 at 9:38 AM

    a’kum,fyzol akak ni. k.ayu.sepanjang sebulan akak jd pengedar mindatif plus akak dapat feedback yg baik dari kawan2 akak yg try mindatif plus.seorang kwn kak bagitau dia selama 4 tahun dari anak darjah 1 sampai sekarang dah darjah 4, dia akan datang setiap hari ke sekolah pada waktu rehat untuk menghantar bekal makanan dan akan menemankan anaknya rehat. tetapi setelah 3 hari mencuba mindatif plus terus anak dia x bagi dia datang pada waktu rehat anak dia cakap dia boleh makan sendiri. lagi seorang kwn kak yang bagi anak dia mindatif plus selama ni anak dia pendiam tapi sekarang dah cergas dan boleh dah bergurau dan jerawat batu di muka selama ni teruk setelah seminggu try mindatif plus jerawatnya dan kecut beransur hilang.akak sendiri pun rasa perubahan terhadap anak lelaki kak jika dulu nak p sekolah akak yang siapkan dia sekarang akak kejut senang dia bangun dan dia siap sendiri. dia pun kurang degil dan kurang melawan cakap akak. pelajaran pun senang la nak terima. terima kasih kepada fyzol. selamat menyambut ramadhan yang bakal tiba semoga fyzol dan pengguna mindatif plus dirahmati Allah.

    Reply

    • Assalamualaikum akak rahayu..

      Maaf dah buka bace komen akak pagi tadi. Tapi tak sempat nak balas, sebab sibuk bungkus tempahan produk Mindatif Plus.🙂
      Selepas bace komen kawan-kawan akak, saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya anak-anak dan rakan2 akak dah menampakkan kesan walaupun baru mengambil produk ini beberapa hari.
      Semuanya dengan izin-Nya serta berkat doa Dr Tajuddin, doa2 pengedar dan ibu bapa yang bertawakkal mencuba produk ini yang telah digarabkan bersama zikirullah, doa, dan bacaan surah terpilih.
      Yang penting jgn berputus asa, cepat mengalah dan kurang yakin untuk bertawakkal mencuba produk ini.
      Selamat menyambut Ramadhan juga buat akak sekeluarga dan juga rakan2 yang membaca blog ini..🙂
      Semoga semua ummat Islam di Rahmati Allah SWT dunia akhirat.. Amin..

      Reply

  11. Posted by rahayu adnan on July 22, 2010 at 6:48 PM

    akak dh terima emel fyzul tapi akak nak balas kat emel x blh sent x tau knp tu yang akak reply kt blok fyzul ni. akak nak 20btl yang kecik dulu. nanti fyzul bagitau no akaun ye. akak nk tanya no tpn fyzul yang dlm blok ni blh guna ke kalau blh akak send sms je kalau ada apa2

    Reply

    • Okay akak.. No akaun maybank saya 151306751015. Akak, sebenarnya no akaun untuk pembayaran juga boleh di dapati pada ruangan cara pembayaran. hehe.. No phone saya 013-7019350 sama seperti saya tulis dalam blog ini dan boleh dihubungi atau sms bila-bila masa untuk bertanya tentang Mindatif Plus.🙂

      Reply

  12. Posted by rahayu adnan on July 21, 2010 at 10:00 AM

    a’kum. akak begitu tetarik dengan layanan dan reply yang fyzol berikan kepada semua yang bertanya tentang mindatif ini. walaupun akak belum berkesempatan menggunakan produk ini kepada anak akak kerana akak masih menunggu ordernya. setelah akak membaca testimoni produk ini dan cara fyzol reply kepada mereka membuatkan akak tertarik untuk menjadi pengedar produk ini. bagaimana cara untuk menjadi pengedar adakah memerlukan modal yang besar. diharap fyzol dapat membalas emel akak ye.t.q. emel akak rahayu.adnan@yahoo.com

    Reply

    • Assalamualaikum akak Rahayu.. Maaf saya baru berkesempatan online hari nie.. Saya cuba menjawab sebaik mungkin agar lebih ramai masyarakat kita berpeluang untuk mencuba produk ini dan melihat anak-anak generasi muda berjaya.
      Berkenaan modal, dalam lingkungan RM200-RM500 mengikut saiz produk sama ada botol kecil atau besar. Saya emailkan detail berkenaan pengedar di email akk. TQ.

      Reply

  13. Posted by rahayu adnan on July 21, 2010 at 9:57 AM

    a’kum. akak begitu tetarik dengan layanan dan reply yang fyzol berikan kepada semua yang bertanya tentang mindatif ini. walaupun akak belum berkesempatan menggunakan produk ini kepada anak akak kerana akak masih menunggu ordernya. setelah akak membaca testimoni produk ini dan cara fyzol reply kepada mereka membuatkan akak tertarik untuk menjadi pengedar produk ini. bagaimana cara untuk menjadi pengedar adakah memerlukan modal yang besar. diharap fyzol dapat membalas emel akak ye.t.q.

    Reply

  14. Posted by RADIAH BT YAHYA on July 9, 2010 at 9:30 AM

    saya seorang guru.. bagaimana nak jadi pengedar?

    Reply

  15. Posted by nita on May 19, 2010 at 1:35 AM

    alhamdullillah…saya rasa ingin mencuba untuk anak saya…kat penang kat mna sya ble dapakn produkt ini..

    Reply

    • Posted by fyzul on May 19, 2010 at 11:01 AM

      Sekiranya puan hampir dengan pengedar saya di penaga seberang perai, puan boleh hubungi en Ibrahim (019-4723638)..Sekiranya terlalu jauh, puan boleh terus membeli melalui saya..tQ.

      Reply

  16. Posted by husna on May 9, 2010 at 12:50 PM

    salam..sy ske bce blog awk…byk infomasi pasal minda boleh sy tau…erm..sy berminat nk jd pengedar..mcm mane ye carenye?

    Reply

    • Posted by fyzul on May 9, 2010 at 1:30 PM

      Wslm..terima kasih cik husna kerana selalu singgah di blog saya..boleh cik husna sms terus kepada saya email cik. Saya akan forward email bagaimana untuk menjadi pengedar..tq..

      Reply

  17. Posted by Pn Ayu on April 19, 2010 at 11:44 AM

    Selama mana ubat ini bolh dimakan?
    Di Pahang Khususnya di TEMERLOH dimana boleh saya dapatkan produk ini?

    Reply

    • Posted by fyzul on April 19, 2010 at 3:48 PM

      Produk ini sesuai untuk mereka (terutama pelajar) yang alami masalah pelupa, lemah pelajaran, mudah hilang fokus dan sebagainya.. Tetapi setelah puan rasa anak puan sudah tiada masalah, boleh stop menggunakan produk ini kerana produk ini tidak membuat penggunanya ketagihan..Produk ini adalah supplement atau khasiat makanan tambahan untuk minda kita..
      Buat masa ini semua pengguna dari temerloh mendapatkan produk ini terus melalui saya..Saya akan poskan produk2 tersebut ke alamat puan.

      Reply

  18. Posted by Rahiesyam on March 8, 2010 at 9:34 AM

    salam, saya ada mencuba produk ini untuk diri saya sendiri, buat pengetahuan semua, saya pelajar tahun akhir jurusan Pengurusan Teknologi di Fppsm, UTM Skudai. setelah mengambil produk ini selama kira2 sebulan, saya merasakan perubahan dalam diri dan minda saya. saya lebih fokus dan bersemangat untuk belajar. daya ingatan saya pun bertambah baik dan juga saya mampu untuk stay malam yang sebelum ini saya tidak mampu untuk melakukannya. saya juga sekarang sentiasa dapat bangun pagi dengan bagitu cergas sekali. terima kasih kerana memperkenalkan produk ini dan bersyukur kepada Allah s.w.t di atas perubahan yang saya alami ini. saya sangat berpuas hati. terima kasih.

    Reply

    • Posted by fyzul on March 8, 2010 at 9:40 AM

      Salam Rahiesyam,
      Alhamdulillah, syukur atas perubahan syam setelah mencuba produk ini.. Ini semua hadiah dari Allah buat syam..=)
      Saya gembira syam telah merasai perubahan positif setelah mencuba produk ini..Terima kasih atas perkongsian ini..Saya amat menghargainya..=)

      Reply

  19. Wsalam….
    Terima Kasih membalas dan memberi info yang amat bermanafaat pada diri saya, saya juga amat berpuas hati selepas melihat keberkesanan pengunaan produk mindatif plus kepada anak-anak saya dan juga untuk diri saya sendiri.Harganya juga berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap lapisan.Bagaimana kalau saya berminat untuk menjadi pengedar,apakah syarat-syarat yang diperlukan.

    Reply

    • Posted by fyzul on February 25, 2010 at 2:28 PM

      Terima kasih akk atas komen yang sangat membantu mereka yang pertama kali mengetahui khasiat produk ini dan ingin mencuba produk ini. Saya sangat menggalakkan pengguna2 lain yang telah menggunakan produk ini untuk berkongsi pandangan mereka tentang produk ini disini.
      Untuk menjadi pengedar, akak boleh terus hubungi no saya 0137019350. Saya akan maklumkan syarat dan kelebihan menjadi pengedar bersama saya.
      Note: Kepada sesiapa yang berminat ingin menjadi pengedar, boleh terus hubungi saya. Tiada masalah. Saya memerlukan lebih ramai pengedar agar pengguna lebih mudah mendapatkan produk di setiap kawasan mereka sahaja..1 kawasan 1 pengedar diperlukan di seluruh negara.

      Reply

  20. saya telah memberikan mindatif seawal anak saya yang pertama tadika (perempuan) dan juga yang kedua berusia 2 1/2 th (lelaki) lebih kurang (2) bulan yang lalu, apa yang saya perhatian anak saya yang tadika mudah ingat apa yang diajar oleh guru dikelas, iaitu guru itu sendiri yang memberitahu saya. Tetapi dalam hal menangani anak nakal dan mendengar kata saya lihat belum memberi kesan lagi kepada kedua-duanya malah ianya semakin aktif dari segi tingkah laku mereka. Saya percaya akan keberkesanan produk mindatif plus dimana ianya akan memberikan kesan terbaik untuk anak-anak dan juga saya sebagaimana yang diharapkan. Disini saya juga tidak pasti produk tersebut mendapat kelulusan dari kerajaan malaysia ataupun tidak, dimana ianya dikilangkan serta latar belakang mengerai Dr.Tajuddin Baba. Jawapan diperlukan segera.

    Reply

    • Posted by fyzul on February 25, 2010 at 8:28 AM

      Salam Puan Zubaidah.
      Tahniah puan telah memberikan anak-anak puan produk mindatif ini dan anak-anak puan telah pun menunjukkan perubahan dari segi pelajaran. Alhamdulillah..
      Namun yang masih membimbangkan puan adalah mereka semakin aktif selepas menggunakan produk ini ya?
      Saya ambil satu petikan perkongsian dari sahabat kita di blognya tentang sikap anak nakal atau aktive ini:

      “Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya.

      Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

      Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan. Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.”

      Note: Untuk membaca keseluruhan artikel beliau boleh click disini

      Berdasarkan info puan, anak puan masih dibawah umur 7 tahun. Saya juga bersependapat dengan artikel ini sahabat ini.
      Dalam isu menangani masalah anak-anak yang aktive ini, memang memakan masa dan memerlukan perhatian ibu bapa. Sebenarnya anak-anak pada peringkat ini mereka ingin belajar atau meneroka semua perkara yang mereka lihat.
      Saya harap puan sabar dan mencari altenatif/cara bagaimana mengawal dan mendidik pemikiran anak yang aktif ini supaya semua input yang mereka terima seawal usia 7 tahun, adalah yang positif dan perkara-perkara baik.

      Berkaitan soalan kedua puan sama ada produk ini mendapat kelulusan dari kerajaan atau tidak, saya telah terangkan dalam atikel pos saya sebelum ini homeopati:satu penjelasan. Dan saya juga ada sertakan petikan akhbar di tepi blog ini dalam tajuk INFO PENTING.

      Produk ini dikilangkan di taman sri bayu, Simpang Renggam, Johor. Puan boleh berhubung terus dengan bos saya En Ahmad di 0139539139 untuk mendapatkan jawapan yang lebih terperinci tentang produk ini.

      Akhir sekali, berkaitan latar belakang Dr. Tajuddin Baba: Beliau merupakan orang Malaysia, bumputera. Beliau merupakan ahli persatuan doktor-doktor homeopati malaysia dan telah berpengalaman dalam bidang homeopati lebih 15 tahun. Beliau memang belajar perubatan homeopati dari peringkat awal. Saya tidak dapat sertakan detail info Dr Tajuddin Baba kerana biadata lengkap beliau ada bersama ibu saya (stokis) dirumah. Saya sekarang berada di UTM SKUDAI, Johor. Puan boleh hubungi bos saya untuk bertanya tentang Dr Tajuddin. Tiada masalah.. Saya mohon maaf tidak dapat berikan info detail Dr Tajuddin disini, kerana informasi beliau tiada bersama saya sekarang.

      Harap penjelasan ini membantu puan.

      Reply

  21. Posted by samsiah on February 21, 2010 at 6:38 AM

    wslm..terima kasih krana mmbls email saya dan terima kasih jgk diatas penjelasan yg di berikan,saya telah mbaca artikel yg en fyzul berikan.brlah lega di hati saya ini,skrg saya tgh mmikirkan produk ape yg sesuai utk ank2 saya.sebagai seorg ibu pasti menginginkan yg terbaik, cepat dan berkesan utk ank nye selain dr usaha dan doa..mindatif plus ini adalah diantara senarai yg terbaik yg saya pilih..semoga saya akan mencuba utk ank2 saya…insyaALLAH..

    Reply

    • Posted by fyzul on February 22, 2010 at 2:49 AM

      Salam puan samsiah,

      Maaf lewat reply komen akk. Saya ada masalah untuk surfing hujung minggu lepas. Saya tak berkesempatan untuk membuka email dan juga blog saya. Sekiranya akak berminat mendapatkan produk ini, mohon akk terus sms ke no saya. 0137019350. Saya boleh menjawab persoalan akk terus melalui sms. Saya masih tertunggu2 bila akk ingin membuat tempahan..=) alhamdulillah sepanjang bulan 2 ini, ramai yang telah mula ingin mencuba produk ini. Sepanjang saya menjual dan menggunakan produk ini, semua pengguna berpuas hati dengan produk ini.

      Kecuali mereka yang tidak mengambil produk ini secara berterusan. Bila di tanya, mereka lupa nak makan,lupa nak tgk anak makan atau tidak, dan beberapa sebab/alasan di berikan yang menyebabkan kesan pengambilan produk ini terhadap anak-anak mereka tidak dapat dilihat. InsyaAllah pengguna yang mengambil produk ini secara berterusan pada peringkat awal, akan menampakkan perubahan yang baik.

      Peringkat awal ini merupakan peringkat yang sangat penting kepada pengguna kerana sel-sel lama yang telah mati akan digantikan dengan sel-sel baru. Dan mineral yang kurang dalam badan dan juga otak, akan diberikan hasil pengambilan produk ini. Setelah semua nutrien dan juga mineral badan mencukupi, perubahan kepada perkembangan fikiran atau otak akan dapat dilihat insyaAllah.

      Reply

  22. Posted by samsiah on February 19, 2010 at 6:51 AM

    tahun lepas saya ada memberikan kedua2 anak saya makanan berasaskan homopati.selepas penangkapan yg keluar di tv iaitu homopati ada gambar budak pandai math tu(saya x pasti ape brang nye)saya terus berhenti dan takut untuk memberinya lg.soalan yg bermain di fikiran saya adalah..adakah produk ni pun sama dgn produk yg kene tagkap tu?adakah kesan sampingan keatas otak?siapakah yg membuat produk ini?dan di mane ia dikilangkan?saya amat bimbang kerana jika di berikan makanan tambahan ini akan memudarat kn otak ank saya dan jika x di beri anak kedua saya menunjuk kan sikap mls untuk belajar dan cepat lupa ape yg di ajar.. sila bls secepat mungkin….

    Reply

    • Posted by fyzul on February 19, 2010 at 3:44 PM

      Salam puan samsiah.
      Maaf baru sempat tgk email blog saya. Saya baru sampai ke johor malam nie. Untuk persoalan puan, saya dah jawap dalam post saya di blog ini. Tajuk artikel, homeopati: satu penjelasan. Puan boleh lihat detail isu ini di situ.
      InsyaAllah produk berasaskan homeopati ini tiada kesan sampingan terhadap otak dan juga badan pengguna. Pengasas produk in Dr tajuddin baba, produk ini di kilangkan di Johor. Saya ada maklumkan alamat syarikat di page mindatifplus dalam blog ini. Ada nama pembuat dan syarikat pemasaran produk ini.
      Puan tidak perlu risau kerana produk ini telah mendapat tempat dihati pengguna. Ramai yang telah menggunakan produk ini dan alhamdulillah belum ada laporan kesihatan kesan dari pengambilan produk ini kepada mereka.
      Untuk masalah anak puan, saya sangat syorkan untuk mencuba produk ini. InsyaAllah puan akan berpuas hati dengan perubahan anak puan setelah mencuba produk ini.
      Untuk info umum produk, puan boleh lihat di home blog ini. Ada beberapa artikel berkaitan produk ini saya telah poskan.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: